Tuesday, July 12, 2011

Nur Kasih The Movie... Cukup Menyentuh Hati...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Semalam saya berkesempatan menonton sebuah filem yang cukup hebat dan penuh penghayatan iaitu “Nur Kasih The Movie”. Filem arahan saudara Kabir Bathia ini cukup hebat dan skripnya pula oleh Mira Mustaffa cukup mengagumkan.



Apa yang menariknya menonton filem ini adalah dapat menyaksikan sedikit aura filem ‘Qaisy & Laila’ turut diterapkan dalam filem ini. Seperti babak tembakan oleh pengganas kepada orang Islam dan sebagainya lagi.

Beralih ke lakonan mantap oleh barisan pelakon-pelakonnya juga hari dipuji seperti Remy Ishak, Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah dan sebagainya lagi. Menjadi penyeri kepada filem ini adalah lakonan hebat oleh pelakon cilik iaitu Mia Sara yang cukup ‘Comey’…

Filem ini juga menampakkan mesej yang kuat iaitu hubungan suami isteri yang begitu mendalam dengan perasaan cinta mereka itu terhadap Allah Taala. Turut diselitkan adalah pengorbanan pasangan adik-beradik iaitu Aidil dan Adam terhadap perkongsian ilmu kepada anak-anak muda.

Tetapi filem ini dapat saya katakana sedikit ‘slow’ mungkin disebabkan plot yang dipaparkan agak perlahan dan ianya dikawal oleh lakonan mantap pelakonnya dan skrip yang cukup menyentuh hati. Filem ini dapat saya katakan sebagai sebuah filem yang harus ditonton oleh semua lapisan masyarakat terutamanya belia hari ini. Belia hari ini perlu mengenal apa itu ‘Cinta’ dan apa itu ‘Kasih’.

Selepas menghayati keseluruhan filem ‘Nur Kasih The Movie’ ini dapat saya berikan 4 bintang dari 5 bintang dan 1 bintang lagi tue adalah kritikan saya tadi. Oleh itu, saya mengesyorkan kepada mereka yang masih belum menonton filem ini, jemputlah menonton bersama-sama ahli keluarga anda dan sahabat-sahabat anda.

Akhir kata, filem ini layak dicalonkan sebagai antara Filem Terbaik tahun 2011 bagi filem Malaysia.

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

2 comments:

Nadia Havez said...

ada softcopy dia? nak...

Najihah Razali said...

masih menunggu dan setia menunggu masanya industri filem tanah air mengetangahkan konsep islamik serta merta melahirkan artis yg beriman. seperti KCB. :)