Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
“Damai Yang Hilang” itulah ungkapan yang dapat saya tujukan kepada mereka-mereka yang masih bermaharajalela menggadaikan akal fikiran dan tindakan semata-mata untuk memastikan kerusi empuk itu masih diduduki mereka.
Syabas saya tujukan kepada mereka yang masih berani memberi sokongan semata-mata menuntut keadilan dan demokrasi dalam sistem pilihanraya akan datang di Negara kita. Banyak suka duka dapat kita saksikan di media massa yang ‘ADIL & SAKSAMA’. Tapia pa-apa pun takziah kepada mereka yang tercedera, mungkin inilah yang dinamakan kebangkitan rakyat.
Saya tak mahu bercerita panjang mengenai perkara ini, dan saya biarkan anda semua berfikir dan melihat beberapa keping gambar yang diambil dari beberapa jenis blog terkemuka. Dan saya iringi pemerhatian anda semua dengan lirik lagu ‘Damai Yang Hilang’.
DAMAI YANG HILANG – Now See Heart
Tercalar pelangi dihiris gerimis
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah
Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa
Anak-anak kecil mengongcangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya
Tergaadaikan maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawapan
Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan
Sekian, wallahua’lam…
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com
Saturday, July 9, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment