Friday, September 3, 2010

Tanda-Tanda Kiamat Kecil (1)...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit bacaan saya iaitu berkaitan dengan Tanda-Tanda Kiamat iaitu tanda-tanda yang akan muncul pada zaman kita dan kebanyakan peristiwanya kita alami. Tapi saya akan berkongsi hanya satu-persatu tidak sekali gus…he3… Harap korang semua dapat ikutinya, Insyaallah…

WANITA YANG BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Ada dua jenis manusia di antara penghuni neraka yang belum pernah aku lihat. Iaitu satu kaum yang memiliki cemeti seperti ekor sapi yang digunakan untuk memukul manusia; dan wanita yang berpakaian tapi telanjang, yang condong mencondongkan, kepala-kepala mereka seperti bonggol belakang unta yang miring. Mereka tidak akan masuk syurga, bahkan tidak akan mencium baunya. Padahal bau syurga itu dapat dicium dari jarak perjalanan sejauh ini dan sejauh ini.”

Tidaklah bersembunyi bagi seorang pun apa yang kita saksikan pada hari ini, wanita-wanita muslimah yang berpakaian tetapi pada hakikatnya adalah telanjang. Mereka mengenakan pakaian yang terbuka yang menampakkan keindahan dan maruah seorang wanita. Mereka menentang perintah Allah untuk memakai pakaian yang menutup tubuh, berhijab dan menjaga kesucian. Allah SWT berfirman yang bermaksud :

“Dan katakanlah kepada wanita yang beriman :”Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang zahir daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya”…” (An-Nur :31)

Begitu juga dengan apa yang kita lihat pada hari ini, wanita-wanita berhias dan mendandan rambut mereka dengan keterlaluan seperti bonggol di belakang unta. Ini merupakan kiasan tentang bagaimana mereka mendandan rambut mereka menjadi tinggi dan seolah-olah membentuk pyramid kecil.

Allah SWT dan Rasul-Nya telah memberi peringatan bahawa tidak akan sesekali-kali masuk syurga, sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis tersebut, bahkan tidak akan dapat mencium baunya dari arah dan jarak mana pun.

Sekian…Wallahua’lam…

Sumber : Kiamat Sudah Dekat : Tanda-tanda Kiamat Kecil (Syaikh Mahir Ahmad Ash-Shufi)

0 comments: