Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
Pulang ke kampung halaman merupakan satu perkara yang sungguh indah bagi insan yang bergelar mahasiswa atau pelajar. Di tambah pula dengan gelaran “Perantau”, menampakkan lagi diri kita ini sungguh teristimewa disebabkan merantau demi menuntut ilmu untuk dipenuhkan di dada sebagai persediaan bergelar masyarakat awam.
Pada 3 september 2010 yang lalu, saya bersama hampir 80 mahasiswa UTM IC yang berasal dari Utara Malaysia (Alor Star, Sungai Petani & Butterworth) pulang bersama-sama dengan menaiki bas yang telah dirancang. Ada baiknya dan ada juga buruknya apabila mencuba untuk mempermudahkan perjalanan mahasiswa Utara ini. Pelbagai perkara yang tidak dirancang telah berlaku. Ada juga terkilan di hati dengan sikap sesetengah mahasiswa yang bersikap terlalu mendesak ini.
Pertamanya, apabila bas yang dijanjikan itu telah mengalami sedikit masalah dan akhirnya ditukar dengan bas baru. Masa yang dijanjikan adalah pada pukul 9.00pm – 10.30pm tetapi bas yang dijanjikan itu tiba pada pukul 12.30am. Dengan pelbagai rungutan dan keluhan mahasiswa yang berada di situ termasuk mahasiswa Kelantan, saya, Aliff Azri (Bob) serta Azmirul sungguh terkilan disebabkan dengan kejadian sebegitu.
Inilah yang dinamakan dugaan dan cabaran apabila melakukan sesuatu yang baru untuk mempermudahkan urusan semua pihak tetapi dibalas dengan keluhan dan rungutan. Tapi dengan sikap professional masing-masing, semuanya berjalan dengan lancar. Apabila difikirkan semula, inilah yang dinamakan manusia. Mudah lupa dan mudah goyah. Tapi Alhamdulillah, kerana ada lagi mahasiswa yang memahami keadaan saya, bob dan azmirul.
Terima Kasih sesangat kepada korang kerana memahami keadaan sebegitu, kerana semuanya bukan dirancang oleh kami untuk melengahkan dan membuang masa mahasiswa semata-mata untuk menunggu bas tetapi itulah yang dinamakan takdir. Kami hanya merancang TETAPI Allah Taala yang menentukannya. Mungkin ada hikmahnya di sebalik kejadian seperti itu.
Saya memohon maaf sekali lagi sekiranya kejadian itu menyebabkan ada sesetengah mahasiswa tidak berpuas hati tetapi ingin saya tegaskan di sini, bahawa kejadian seperti itu bukannya kami yang rancang. Kepada mahasiswa yang memahami keadaan saya ketika itu, TERIMA KASIH sesangat kerana korang terus menyokong saya dan memahami keadaan saya.
Mana-mana mahasiswa yang ingin meneruskan usaha murni ini untuk mempermudahkan urusan mahasiswa pada masa akan datang, jadikanlah kejadian ini sebagai PENGAJARAN dan TAULADAN buat diri anda masing-masing. Buatlah perancangan yang sebaik mungkin dan Insyaallah, Allah bersama-sama dengan orang yang teraniaya.
Sebelum mengundur diri, Saya bagi pihak diri saya, Bob, & Azmirul ingin mengucapkan ucapan, “SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN serta SELAMAT BERCUTI” buat seluruh mahasiswa UTARA dan seluruh mahasiswa UTM IC…
Sekian, Wallahua’lam…
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com
Monday, September 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment