Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...
ALHAMDULILLAH...kerana akhirnya dapat juga untuk makan bersama dengan rakan-rakan seperjuangan, rakan-rakan Exco MPM UTM IC dan rakan-rakan sekelas... Saya nak ucapkan berbanyak TERIMA KASIH kerana meluangkan masa untuk datang ke bilik saya untuk menjamu selera walaupun ianya sekadar pelbagai jenis kerepek, keropok dan kek coklat.
Apa-apa pun, ianya bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan PERSAHABATAN dan PERSAUDARAAN antara kita sesama insan kerana kemungkinan besar inilah jamuan terakhir yang dapat saya sediakan pada bulan Ramadhan kali ini. ALHAMDULILLAH, apa yang dapat saya perhatikan adalah UKHUWAH itu kembali terjalin antara pelbagai rakan yang datang ke bilik saya.
Pelbagai sahabat yang hadir untuk "My Open Room" kali ini, ada dari Jurutek, Geomatik, Peharta, Aero, Pemka....ada Tahun1, ada Tahun2, dan ada Tahun3.. Ada yang Muslim dan ada jugak yang Non-Muslim...Semuanya dah nampak sangat ceria kerana masing-masing dah tak sabar untuk ambil mood raya.
Apa-apa pun diharapkan UKHUWAH yang terjalin ini berkekalan ke akhirnya. Kerana anda semualah yang sering menggembirakan diri saya ini walaupun kadang-kadang hati ini terluka dek perselisihan yang berlaku.
Kepada yang tidak dapat hadir, saya berharap sangat agar korang semua dapat bersama-sama dengan saya lagi selepas bukak cuti nanti untuk "Open Room" sempena Hari Raya Aidilfitri pula. Dan kali ini kita ubah konsep, korang pakat-pakat datang bersama kuih dan biskut raya masing-masing. Kita semua dapat bertukar-tukar dari negeri masing-masing. Wow...sungguh meriah...INSYAALLAH....
Akhir kata,
Kalau ada sumur di ladang
Bolehkan saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
"Open Room" akan datang kita bertemu lagi...
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN"
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com
Friday, September 3, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment