Tuesday, September 7, 2010

Zainab Al-Ghazali...Wanita Pejuang Agama...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Pagi ini saya ingin berkongsi sedikit cerita mengenai tokoh wanita pejuang agama yang cukup dikagumi iaitu Zainab Al-Ghazali. Sebelum itu, mesti ada segelintir sahabat-sahabat dan pembaca blog tertanya-tanya siapakah insan yang bernama Zainab Al-Ghazali ini? Marilah kita bersama merungkai insan yang bernama Zainab Al-Ghazali ini…


Zainab Al-Ghazali adalah wanita yang memperjuangkan hak-hak Islam. Beliau dilahirkan pada 1917 di Buhaira, Mesir. Beliau adalah keturunan Khalifah Umarr al-Khattab dan Al-Hasan bin Ali bin Abi Talib. Zainab adalah wanita yang kental dan berani dalam memperjuangkan agama Islam. Semasa beliau masih remaja iaitu pada tahun 1936, beliau menyertai Kesatuan Wanita Mesir. Namun beliau keluar daripada kesatuan itu dan menubuhkan Jamaah Wanita Muslimah. Penubuhan ini adalah bagi mengurus segala perkara yang berkaitan dengan aktiviti wanita berlandaskan ajaran Islam.

Zainab ditangkap dan dipenjara pada tahun 1965 apabila pihak kerajaan Mesir berasa curiga pada pertubuhan Ikhwanul Muslimin di mana pemimpinnya iaitu Imam Hasan Al-Banna mahu supaya Jamaah Wanita Muslimah bergabung dengan Ikhwanul Muslimin tetapi ditolak oleh Zainab dan Zainab bersetuju memberi kerjasama apabila diperlukan. Maka Jamah Wanita Muslimat dibubarkan. Pada tahun 1966, Zainab dibicarakan dan dihukum penjara seumur hidup dengan melakukan kerja-kerja berat.

Pada tahun 1967, kerajaan Mesir di bawah pimpinan Jamal Abdul Nasser mengalami kekalahan kepada Israel dan sekutunya dalam perang tiga serangkai. Pada tahun 1971, hukuman pada Zainab dibatalkan dan beliau dibebaskan dari penjara apabila Jamal Abdul Nasser meninggal dunia. Beliau dibebaskan oleh pemerintah Mesir yang baru iaitu Anwar Sadat.

Zainab seorang yang berbakat besar dalam bidang penulisan. Beliau banyak menulis di dalam majalah al-Da’wa. Beliau adalah editor bagi sebuah ruangan dalam majalah al-Da’wa bagi pembangunan rumah tangga Muslim yang sejati. Kata-kata yang beliau berikan juga bernas dan berlandaskan agama Islam. Ini terbukti apabila beliau mengeluarkan kenyataan dalam satu temu ramah di rumahnya pada tahun 1981.

Antara karya beliau yang terkenal adalah sebuah buku yang bertajuk “Return Of The Pharaoh”. Buku itu diharamkan oleh pihak kerajaan Mesir kerana isi kandungannya khas ditujukan kepada Presiden Mesir pada masa itu. Zainab Al-Ghazali menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari Rabu, 3 Ogos 2005 semasa umurnya 88 tahun.


Alhamdulillah, diharapkan anda semua dapat mengambil yang baik dan pupukkan dalam diri masing-masing. INSYAALLAH...

Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era 1 UTM..."

0 comments: