Thursday, September 30, 2010

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Mahasiswa UTM IC...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2010 PERINGKAT MAHASISWA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA INTERNATIONAL CAMPUS


Berikut adalah maklumatnya ,

Tarikh : 5 OKTOBER 2010 (SELASA)
Masa : 12 Tengahari - 2 Petang
Tempat : Dataran Ilmu UTM International Campus


Saya selaku Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC ingin mengajak semua mahasiswa UTM IC untuk bersama-sama menyertai majlis terbuka Jamuan Hari Raya Aidilfitri ini. Dan Digalakkan juga untuk seluruh mahasiswa memakai Baju Kebangsaan pada hari kejadian...
Sekian, Wallahua'lam...


Ikhlas dari,

WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus

Wednesday, September 29, 2010

Isu Berbangkit Di KSJ (3)...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Tindakan susulan telah dilakukan oleh Pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia International Campus (MPM UTM IC) berhubung dengan desakan dan aduan yang dilaporkan oleh mahasiswa selaku penghuni Kediaman Siswa Jaya berhubung masalah yang berlaku di Kediaman Siswa Jaya.

Tepat jam 12.45pm tadi (29/09/2010), saya selaku Exco Kebajikan, Kolej & Pengaduan Awam, MPM UTM IC telah menghantar satu surat rasmi iaitu PENGADUAN MENGENAI MASALAH DI KEDIAMAN SISWA JAYA DAN MEMOHON MEMBERIKAN PENJELASAN SECARA BERTULIS BERKENAAN DENGAN MASALAH TERSEBUT yang bernombor rujukan UTM 06.09/24.10/1/6/MPP JLD 1 ( 32 ) kepada Cik Mazlyna Bt Rosly, selaku Penolong Pendaftar (Kebajikan & Biasiswa) Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa, UTM IC.

Tindakan yang dilakukan ini adalah langkah ketiga yang dilakukan oleh pihak MPM UTM IC setelah membangkitkan perkara yang sama kepada Pengetua Kolej Kediaman Siswa Jaya dan Pengarah Kampus UTM IC awal semester ini. Tindakan ini juga dilakukan sebagai desakan daripada pihak MPM UTM IC ke atas pihak yang terlibat terutamanya pada masalah yang berkaitan.

Antara perkara yang dibangkitkan pada kali ini adalah berkaitan dengan masalah Kerosakan Lif di Blok A & B, Masalah Wireless di Kediaman Siswa Jaya dan Layanan Yang Kurang Sopan oleh Segelintir Staf Pejabat di Kediaman Siswa Jaya.

Saya menyeru agar seluruh mahasiswa membuka mata dan memandang apa sebenarnya yang berlaku di Kediaman Siswa Jaya. Kerana banyak persoalan yang timbul terutamanya pada sesetengah masalah yang dibangkitkan oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa sendiri. Saya juga menyeru kepada seluruh mahasiswa agar membuat tindakan dengan membuat aduan yang sebanyak mungkin sebagai bukti dan sokongan kita dalam memastikan hak kita di Kediaman Siswa Jaya adalah terjaga.

Saya bukannya bertindak untuk mengeruhkan keadaan dengan masalah yang berlaku TETAPI sebagai kesedaran kepada setiap mahasiswa yang menginap di Kediaman Siswa Jaya. Sebabnya, ada sesetengah isu yang telah dibangkitkan sebenarnya telah diusulkan dan dibangkitkan oleh kepimpinan mahasiswa sebelum ini tetapi sehingga sekarang tiada sebarang tindakan yang diambil kecuali berkenaan dengan “WIRELESS” yang menampakkan peningkatannya.

Kita semua harus sedar bahawa setiap infrastruktur yang disediakan oleh pihak Universiti Teknologi Malaysia adalah untuk kegunaan dan kemudahan kepada mahasiswa. Oleh itu, sekiranya berlakunya VANDALISME yang diperkatakan itu adalah salah dari pihak mahasiswa, saya akan katakan “YA” memang perbuatan itu salah. TETAPI yang menjadi masalahnya adalah APA TINDAKAN YANG DIAMBIL OLEH PIHAK YANG TERLIBAT BERKENAAN DENGAN VANDALISME??? Persoalan ini sehingga sekarang belum dijawab oleh pihak yang terlibat walaupun pernah dibangkitkan oleh saya sendiri dalam beberapa pertemuan yang telah dilakukan.

Saya amatlah berharap agar pihak mahasiswa membantu pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC dengan memberikan sebarang maklumat dan aduan yang berkaitan kepada pihak MPM UTM IC sebagai bukti dan simpanan yang diterima dari pihak mahasiswa. Saya juga mewakili pihak MPM UTM IC memohon maaf sekiranya perkara ini membuat sesetengah mahasiswa tidak berpuas hati. Saya percaya, ALLAH bersama dengan hamba-Nya yang teraniaya dan dizalimi. INSYAALLAH…

Sekian, Wallahua’lam…

“DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA”

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Monday, September 27, 2010

Langkah Kita...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Kebangkitan Mahasiswa...


Puisi ini ditujukan khas buat seluruh mahasiswa bagi meneruskan perjuangan dalam memastikan kebangkitan mahasiswa dalam memacu suasana kepimpinan mahasiswa seluruh negara. Terimalah, "Langkah Kita...". Hayati dan fahamilah maksudnya...Insyaallah...


LANGKAH KITA



Mengorak langkah satu persatu
Bergandingan bahu…Berpimpin tangan
Menggerakkan kebangkitan kita semua
Melangkah terus ke hadapan…

Menoleh kiri dan kanan
Mengenalpasti erti perjuangan
Menghayati gandingan persaudaraan
Melangkah terus ke hadapan…

Langkah kita…langkah kejujuran…
Langkah kita…langkah kehadapan…
Langkah kita…langkah kedamaian…
Langkah kita…langkah kebangkitan…

Langkah kita…langkah kesetiaan…
Langkah kita…langkah kebenaran…
Langkah kita…langkah kemenangan…
Langkah kita…langkah kejayaan…

Rapatlah antara kita semua
Genggamanlah tangan kita bersama
Bangkitlah wahai anak muda
Perjuangan mesti diteruskan bersama…

Allahu Akbar…
Allahu Akbar…
Allahu Akbar…




"SALAM KEBANGKITAN MAHASISWA"


Nukilan :
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Sunday, September 26, 2010

Rukun Negara : Satu Huraian Ringkas...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Pagi ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang saya perolehi daripada Majalah INFO terbitan Jabatan Penerangan Malaysia mengenai “RUKUN NEGARA”. Mahasiswa UTM IC dan pembaca blog bolehlah memahami dan menghayati huraiannya satu persatu. Insyaallah…


PRINSIP PERTAMA : KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada tuhan. Sesungguhnya dengan nama tuhanlah bangsa dan Negara ini wujud sebagai sebuah bangsa dan Negara yang berdaulat. Islam adalah agama rasmi Persekutuan. Agama-agama lain dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram. Tindakan membeza-bezakan seseorang atas alasan agama adalah dilarang.

PRINSIP KEDUA : KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Sistem Beraja juga diamalkan di setiap negeri dan Yang di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur, dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpahkan taat setia mereka kepada raja yang memerintah negeri tersebut tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Kesetiaan dari sanubari kepada raja dan tanah air ini mampu menyatukan kita semua dari pelbagai rumpun menjadi satu bangsa yang bersatu padu.

PRINSIP KETIGA : KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Negara memberi perlindungan kepada setiap anggota masyarakat negara ini dari segi melindungi hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Perlembagaan juga meletakkan tanggungjawab-tanggungjawab dan kewajipan-kewajipan warganegara yang mendukungnya. Sejajar dengan itu, setiap warganegara harus menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang penggubalannya bagi memastikan Malaysia terus aman, makmur dan maju dalam segenap bidang. Oleh sebab perlembagaan negara digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan pihak di negara ini, maka ia merupakan kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu-gugat oleh mana-mana pihak. Perlembagaan negara juga merupakan sumber rujukan kepada semua perkara yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosioekonomi rakyat Malaysia.

PRINSIP KEEMPAT : KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi dalam negara Malaysia. Ketaatan kepada undang-undang negara banyak dibantu oleh pihak yang berkuasa seperti polis, penjara dan institusi kehakiman (mahkamah) yang bebas dan berwibawa. Kepatuhan kepada undang-undang mampu menjamin keharmonian masyarakat dan keselamatan negara juga lebih terjamin. Oleh itu, setiap anggota masyarakat hendaklah patuh kepada undang-undang yang telah digubal supaya keamanan negara tercapai seterusnya usaha-usaha pembangunan dapat dijalankan dengan lebih lancar. Kebebasan rakyat untuk menyuarakan buah fikiran masih tertakluk kepada beberapa perundangan tertentu bagi menjamin keamanan.

PRINSIP KELIMA : KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Prinsip ini memberi penekanan kepada peri pentingnya personaliti dan tingkah laku seseorang dalam menggambarkan kebudayaan rakyat negara ini. Sifat sopan-santun dan tatasusila adalah penting dalam konteks perhubungan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Bahasa yang lembut dan tingkah laku yang sopan dapat menjamin hubungan yang harmoni dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Pembentukan individu yang berdisiplin dan bermoral tinggi hasil didikan yang berhemah dapat menjamin kewujudan sebuah masyarakat yang saling berinteraksi dalam suasana yang bersatu padu dan aman.

Diharapkan agar semua mahasiswa dapat memahami dan menghayati sebagai mungkin dan berfikir sejenak berlatarkan apa yang berlaku dalam parlimen dan negara kita sekarang. Kita sebagai mahasiswa perlu berfikir secara bijak dalam membuat keputusan dalam memilih pemimpin negara pada masa akan datang bagi memastikan RUKUN NEGARA terus dipertahankan...

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Saturday, September 25, 2010

Sahabat...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Terimalah puisi “SAHABAT” nukilan dari saya… Puisi ini diilhamkan setelah pelbagai perkara yang berlaku terhadap diri saya iaitu berkaitan dengan kawan, rakan dan sahabat… Dan yang paling pedih dan terseksa adalah apabila “KAWAN MAKAN KAWAN”… Puisi ini ditujukan khas buat kamu…

SAHABAT…

Memang sukar untuk diri ini
Ungkapkan, Luahkan…
Apa yang bersarang di mindaku…

Memerhati, meneliti…
Apa sebenarnya yang diinginkan…
Adakah sebuah persahabatan yang berpanjangan?
Atau perselisihan yang berterusan…

Kaki melangkah terus ke hadapan
Mencari…apa itu erti sebuah persahabatan..???

Sungguh terseksa di jiwa
Pabila ditipu dek kepuraan sebuah topeng
Yang terus menghantui di benak jiwaku…

“Ya” memang aku tidak tahu
Apa sebenarnya yang menjadikan kamu
Dengki, dendam dan iri hati terhadapku…

Kawan makan kawan??
Entah…adakah itu yang berlaku terhadapku
Dek kepuraan yang insan yang bergelar sahabat…

Tidak apa!
Aku akan tetap melangkah ke hadapan
Walau apa pun yang terjadi
Aku masih seperti dulu..
Sedia memaafkan kamu…

Tapi aku mohon agar dirimu…
Terus kembali mencari kesilapan yang telah
Mu lakukan terhadap aku…

Insyaallah…
Aku sedia memaafkan dirimu….



Nukilan : WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH

Kepincangan Yang Melanda...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Kita mengakui bahawa krisis sosial membabitkan golongan belia remaja memang wujud dengan begitu meluas di Malaysia dan kita sepatutnya perlu memandang masalah ini secara lebih serius lagi. Terutamanya di universiti kita sendiri yang melibatkan semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing.

Apa yang jelasnya, bersesuaian dengan gagasan pembangunan ala Malaysia dan 1 Malaysia yang dilaung-laungkan oleh pemimpin negara, yang lebih mampan dan seimbang di antara elemen fizikal dan spiritual, bertentangan dengan konsep pembangunan ala barat, kita tidak boleh menganggap isu ini sebagai masalah kecil. Kerana secara jelasnya, golongan belia remajalah yang akan mencorak kerajaan pada masa akan datang.

Oleh itu, krisis sosial ini perlu dititikberatkan oleh semua pihak terutamanya Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri masing-masing bagi memastikan elemen pembangunan sahsiah dan pembinaan insan cemerlang diteruskan sebagai penguat kepada gabungan elemen fizikal dan spiritual ini. Memang tidak dinafikan bahawa ibu bapa seharusnya menjadi tunjang utama dalam pembentukan sahsiah anak-anaknya tetapi pihak kerajaan juga seharusnya membuka peluang kepada badan-badan NGO mahu pun pihak-pihak tertentu melibatkan diri dalam pembentukkan sahsiah remaja ini.

Kita juga perlu melihat masalah sosial belia remaja ini secara lebih realistik, holistik, dan mengamalkan pendekatan ‘solutionist’ dengan cara mengemukakan cadangan plan bertindak yang difikirkan boleh mengatasi masalah yang semakin parah sejak akhir-akhir ini. Fenomena-fenomena keruntuhan akhlak dijelmakan melalui tabiat mensyirikkan Allah, meneguk arak, berzina, berpoya-poya, cintakan hiburan yang melampau, merempit, gay, dan sebagainya.

Didapati masalah keruntuhan akhlak di kalangan belia remaja adalah disebabkan pelbagai punca yang saling kait-mengait. Inilah yang dikatakan sebagai hubungkait antara satu sama lain. Di antaranya ialah kurangnya didikan agama di kalangan anggota masyarakat, kurangnya prihatin di kalangan segelintir ibu bapa terhadap anak-anak, pengaruh media massa dalam pelbagai aktiviti hiburan yang melampau, pertumbuhan pusat-pusat hiburan yang tidak terkawal, pengaruh persekitaran, sikap hidup masyarakat yang individualistik dan lain-lain lagi.

Oleh kerana itu, adalah menjadi tanggungjawab kepada mana-mana pihak yang menjadi penyebab kepada suburnya gejala sosial ini, agar kembali memuhasabahkan diri segera, bagi mengenal pasti kelemahan dan kesilapan masing-masing yang menyebabkan terjerumusnya sebahagian anggota masyarakat ke dalam kemelut masalah ini.

Saya sendiri begitu sedih melihat perkara ini yang semakin tidak terkawal terutamanya di universiti kita sendiri. Hanya segelintir mahasiswa yang ‘alert’ mengenai perkara ini. Saya menyeru kepada semua mahasiswa supaya kembalilah ke pangkal jalan sebelum terlambat kerana harapan ibu ayah anda itu lebih tinggi berbanding anda mengejar cinta yang kemungkinan besar akan membawa anda ke lembah kehinaan sekiranya hawa nafsu tidak terkawal.

Selain itu, saya juga sering berpesan kepada diri saya sendiri dan sahabat-sahabat supaya “Berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan” kerana apabila “Nasi sudah jadi bubur”, anda sendiri akan menyesal dan ingatlah selagi boleh berfikir secara waras, berdoalah selalu kepada Allah agar kita tidak terjerumus dengan perkara yang tidak sihat itu. Banyak ayat Al-Quran memberi amaran bahawa Allah Taala akan mengadili hamba-hamba-Nya walaupun kebaikan yang dilakukan itu sebesar zarah. Dan ingatlah, setiap kelakuan anda itu akan diperhatikan Allah Taala, Firman Allah Taala yang bermaksud :

Barang siapa yang mengerjakankebaikan seberat zarah nescaya dia akan melihat balasannya dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah nescaya dia akan melihat balasannya pula.”
(Al-Zalzalah 30 : 7 - 8)

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Friday, September 24, 2010

Akademik Mahasiswa Tunjang Utama...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Akademik merupakan perkara utama yang perlu mahasiswa titikberatkan ketika masih menuntut ilmu di universiti untuk dipenuhi di dada sebelum keluar ke dunia realiti. Perkara ini menjadi tunjang utama bagi insan yang bergelar mahasiswa mengejar akan cita-citanya.

Saya sendiri menjadikan perkara akademik itu sebagai teras utama dalam mengejar impian saya dan merealisasikan harapan ibu dan ayah saya. Anda semua juga tidak terkecuali dengan tanggungjawab anda sebagai seorang mahasiswa dan seorang anak yang soleh.

Setelah hampir 3 tahun bergelar mahasiswa di Universiti Teknologi Malaysia International Campus (UTM IC) ini, apa yang diperhatikan banyak jalan boleh digunakan bagi mencapai hasrat tersebut di univesiti ini. Ianya juga sebagai langkah memastikan taraf akademik itu setaraf dengan mahasiswa yang berada di luar negara.

Universiti sendiri telah mewujudkan persatuan atau kelab yang berkaitan dengan akademik iaitu dengan kewujudan persatuan akademik bagi memberi suntikan baru kepada mahasiswa dalam memberi sokongan terhadap bidang akademik.

Sepertimana yang terdapat di UTM IC, hampir 15 persatuan akademik telah ditubuhkan bagi memperjuangkan bidang akademik sebagai teras utama. Antara persatuan yang terdapat di UTM IC ialah Persatuan Mahasiswa Pengurusan Harta Tanah (PEHARTA), Persatuan Mahasiswa Ukur Bahan (QS-BINA), Kelab Mahasiswa Aeronautik (AERO), Persatuan Mahasiswa Jurusan Elektrik (JURUTEK), dan sebagainya lagi.

Tapi apa yang saya perhatikan di sini, hanya segelintir persatuan sahaja yang ‘alert’ dengan tanggungjawab asal mereka bagi mempertingkatkan bidang akademik dalam bentuk praktikal. Contoh yang boleh saya tunjukkan adalah sepertimana Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Geomatik (GEO) yang telah mengadakan Program Penerokaan Sfera Jumantara yang bertempat di Observatori Negara Langkawi yang bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa jurusan Ukur Tanah mengenai perkaitan bidang Astronomi dalam Kejuruteraan Geomatik.

Selain itu, pelbagai inisiatif dan perkaitan boleh dilakukan bagi menggabungkan nilai akademik dengan bukan akademik seperti sukan, dan sebagainya. Ini telah terbukti sepertimana Persatuan GEO dengan aktiviti yang telah dijalankan itu. Begitu juga dengan Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Mekanikal (MESA) dengan Program Eimarace yang menonjolkan kemahiran mahasiswa UTM IC. Ini merupakan perkara sepatutnya yang digunakan oleh setiap persatuan akademik.

Ini hanyalah sekadar pandangan dari saya setelah hampir 3 tahun di UTM IC dan setelah menerima pelbagai pengalaman dari setiap organisasi seperti Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa (JKM), Persatuan Akademik (PEHARTA) dan terkini Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM).

Inilah yang dikatakan sebagai idea kreatif dan inovatif yang disumbangkan oleh persatuan akademik terhadap pembangunan ilmiah mahasiswa. Dan inilah realiti sebenarnya yang perlu anda semua fikirkan. Saya sendiri pernah ditegur mengenai perkara ini ketika memimpin organisasi Persatuan Pengurusan Harta Tanah (PEHARTA) sesi 2009/2010 walaupun hanya selama 3 bulan sebelum membuat keputusan untuk bertanding kerusi umum Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC. Dan “YA” itulah kebenaran yang seharusnya menjadi misi dan visi persatuan akademik.

Sekian, Wallahua’lam…

“AKADEMIK MAHASISWA TUNJANG UTAMA”

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Thursday, September 23, 2010

Hasad Dengki Pemusnah Persaudaraan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Hasad dengki merupakan suatu wabak yang berbahaya yang ada dalam diri seseorang jika tidak dibendung atau dijaga secara wajarnya. Terutamanya ketika kita yang masih berada di gedung ilmu untuk mencapai impian masing-masing.

Hasad dengki boleh diertikan sebagai suatu sikap yang tidak senang atas kenikmatan, kesenangan atau kelebihan yang ada pada orang lain dan berusaha untuk menghilangkan kenikmatan itu agar dapat memilikinya. Dengan demikian, sifat hasad dengki boleh menyuburkan perasaan dendam, permusuhan dan suka berprasangka buruk terhadap orang lain.

Dalam Islam sifat hasad dengki adalah tercela dan tergolong amalan orang-orang munafik. Firman Allah Taala yang bermaksud :


“Ataukah mereka dengki kepada manusia (Muhammad) kerana kurnia yang telah diberikan Allah kepadanya? Sungguh, kami telah memberikan kitab dan hikmah kepada keluarga Ibrahim, dan kami telah memberikan kepada mereka kerajaan (kekuasaan) yang besar. ”
(An-Nisa’ : 54)

Orang yang mempunyai sifat hasad dengki ini juga membuatkan jiwa mereka sentiasa merasa serba kekurangan dengan apa yang mereka telah miliki. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Yang paling aku takut dari apa yang aku takut pada umatku ialah yang banyak harta pada mereka, lalu mereka saling berdengki dan berbunuh-bunuhan.”
(HR Ibnu Abid Dunya dan Amir Al-Asy’ari)

Cuba kita lihat sejak kebelakangan ini serta apa yang terjadi pada keceriaan syawal pada kali ini, kita digemparkan dengan kehilangan dan pembunuhan kejam terhadap Jutawan Kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya. Semuanya disebabkan pengaruh hasad dengki yang sudah terpekung lama di hati.

Saya sendiri pun pernah merasai suasana apabila segelintir kawan-kawan yang berdengki terhadap diri saya. Itu ibarat satu lumrah yang perlu saya tempuhi untuk terus berdiri sebagai seorang mahasiswa yang mengejar akan impiannya di universiti.

Pernah terlintas di benak hati saya satu persoalan yang mungkin tidak terjawab oleh saya sendiri, kenapa orang iri hati atau dengki terhadap diri saya? Kenapa orang tikam belakang saya? Kenapa itu semua berlaku? Persoalan ini mungkin pernah pembaca atau sahabat-sahabat alami sendiri.

Saya juga pernah berkongsi bersama seorang hamba Allah yang rapat dengan saya, berkenaan perkara yang saya alami sejak kebelakangan ini. Pesanannya ringkas, iaitu bacalah doa ini,


“Ya Allah Ya Tuhanku, kukuhkanlah hubungan aku dengan semua sahabat aku.”

Saya akan mengupas lebih mendalam mengenai perkara ini kerana saya agak terkilan melihat anak muda, belia remaja dan orang dewasa yang tidak henti-henti berdengki sesama sendiri, tidak kira dalam perniagaan mahu pun di mana saja. Sedangkan nikmat Allah itu akan datang sekiranya, kita terus berdoa dan bertawakal kepada-Nya.

Sekian, Wallahua’lam…

“HASAD DENGKI PEMUSNAH PERSAUDARAAN”

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Ziarah Aidilfitri Senior/Junior DDF...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Pada 20 September 2010 (Isnin) baru-baru ini, saya, Farid dan Fauzee mewakili Tahun 3 Pengurusan Harta Tanah (3DDF) telah mengadakan satu ziarah aidilfitri ke bilik-bilik Tahun 1 Pengurusan Harta Tanah (1DDF) di APL, Kolej Kediaman Siswa Semarak, UTM IC.

Tujuan ziarah aidilfitri yang diadakan itu adalah sebagai langkah dalam memastikan hubungan antara senior dan junior itu terus terjalin tanpa sebarang masalah. Hampir kesemua mahasiswa tahun 1 menyambut kedatangan kami dengan baik. Alhamdulillah…

Begitu berbeza apa yang berlaku ketika mana saya mula belajar di UTM IC ini. Itulah antara transformasi yang dititikberatkan dalam pembangunan sahsiah diri dalam memastikan jalinan ukhuwah terus berkekalan. Saya sendiri selaku mantan Presiden Persatuan Pengurusan Harta Tanah (PEHARTA) begitu teruja dalam mengekalkan visi yang diperjuangkan dalam PEHARTA ketika di bawah pimpinan saya dahulu.

Saya juga mengambil tindakan baru dengan menukar visi yang terdapat dalam PEHARTA dengan mewujudkan visi yang baru iaitu Melangkah ke hadapan dalam mempertingkatkan kualiti dan prestasi PEHARTA setelah mendapat mandat dari seluruh ahli PEHARTA.

Ukhuwah yang dilakukan ini juga sebagai pemula untuk memastikan seluruh mahasiswa UTM IC mempereratkan hubungan dan tali persaudaraan sesama seagama dan sebangsa terutamanya. Walaupun ziarah aidilfitri ini dilakukan hanya setengah jam tetapi ianya mencapai matlamat yang diharapkan.

Semoga hubungan dan tali persaudaraan antara kita semua terus terjalin dan berkekalan hingga ke akhirnya. INSYAALLAH… Saya akan pamerkan sekeping gambar yang telah diambil ketika ziarah aidilfitri tersebut.





Sekian, Wallahua’lam…

“TERJALIN ERAT SENIOR DAN JUNIOR”

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Mantan Presiden
Persatuan Pengurusan Harta Tanah (PEHARTA) sesi 2009/2010
wan_hazem90@yahoo.com

Wednesday, September 22, 2010

Sombong Di Hati...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Sombong adalah perilaku yang menolak kebenaran dan meremehkan orang lain dengan anggapan bahawa kelebihan dan kehebatan yang dimiliki tidak dapat ditandingi. Biasanya sifat sombong ini disebabkan oleh ilmu, ibadah, keturunan, kekayaan dan kecantikan yang dimiliki oleh seseorang yang mudah dipengaruhi nafsu.

Bersikap sombong terhadap sesama manusia seluruhnya adalah dilarang dalam Islam kerana ianya boleh mendatangkan kebencian dan kehinaan daripada orang lain serta amat dibenci oleh Allah.

Firman Allah Taala yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga diri.”
(An-Nisa’ : 36)

Bersikap sombong dan membangga diri adalah amalan orang-orang munafik dan termasuk kufur terhadap nikmat Allah. Oleh itu, Allah memberi balasan azab terhadap mereka yang bersikap sombong dalam pergaulan dengan sesama manusia.

Firman Allah Taala yang bermaksud :
“Tidak diragui lagi bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka lahirkan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong.”
(An-Nahl : 23)

Rasulullah SWT bersabda yang bermaksud :
“Daripada Nabi SAW baginda bersabda : “Tidak akan masuk syurga seseorang yang mempunyai sifat sombong (di hati) walaupun hanya sebesar zarah.””
(HR Muslim)

Apa yang dapat saya katakan adalah dengan kesombongan juga dapat merenggangkan hubungan antara manusia. Banyak contoh yang dapat saya katakana daripada pemerhatian yang dibuat. Antaranya, segelintir mahasiswa yang ‘kedekut’ ilmu untuk dikongsikan sesama rakan-rakan dalam sesuatu subjek mahu pun aktiviti persatuan.

Ada juga segelintir pemimpin pelajar yang sombong dan angkuh disebabkan kelebihan yang dimiliki olehnya dan jawatan yang disandangnya. Ada juga segelintirnya yang kelihatan seperti sombong sedangkan hatinya sangat baik dan mesra.

Oleh itu, saya berpesan kepada diri saya sendiri, seluruh mahasiswa UTM IC dan anda semua supaya hindarilah sikap dan sifat sombong ini dari hati kalian. Kerana dengan kesombongan juga membuatkan hidup anda semua tidak tenang disebabkan ramai yang memperkatakan mengenai anda disebabkan sikap dan sifat anda itu.


Sekian, Wallahua’lam…

“JAUHILAH SIFAT SOMBONG DI HATI”

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Menakhoda Zaman...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Menakhoda Zaman, dimensi baru menuntut bangsa Melayu melonjak ke hadapan dengan memperkukuh daya saing untuk berlumba menjadi antara yang terbaik di pentas dunia. Mereka tidak mempunyai pilihan lain kecuali berubah. Jika Melau gagal menakhoda zaman, merekalah yang akan ketinggalan zaman.

Itulah bait-bait ungkapan yang diperungkapkan ketika meneliti dan memahami isi kandungan yang terdapat dalam buku hasil tulisan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia iaitu “Menakhoda Zaman”. Buku ini saya perolehi ketika menyertai Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar IPTA 2010 di Esset, Bangi baru-baru ini.

Pertamanya, saya sendiri tertarik dengan “Mengaku Kesilapan, Memperbaiki Kelemahan”. Ungkapan ini amat menarik apabila kita transferkan ke arah belia remaja negara kita terutamanya golongan Pemimpin Pelajar sendiri sama ada di sekolah mahu pun di universiti masing-masing.

Apa yang diperhatikan ungkapan ini ibarat langit dan bumi, iaitu sangat jauh di sudut hati belia remaja dan segelintir pemimpin mahasiswa dan pelajar yang lebih bersikap egois dan boleh dikatakan seperti tin kosong. Ada juga yang lebih bersikap “Pandai bercakap, Tapi buat kerja hancur” dan sebaliknya. Inilah realiti yang perlu kita tempuhi dengan golongan orang sebegini.

Sebagai orang Islam, kita perlu merujuk ajaran agama apabila menghadapi kemelut dan pelbagai cabaran. Eloklah kita merenung maksud ayat al-Quran berikut sebagai panduan dan pedoman.

“Bagi manusia ada malaikat yang berganti-ganti mengintip, di hadapan dan di belakang. Mereka itu menjaganya daripada perintah Allah. Sesungguhnya, Allah tiada mengubah keadaan sesuatu kaum, kecuali jika mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.”
(ar-Ra’d : 11)

Jika para pembaca sendiri perhatikan di sekeliling pembaca sama ada di rumah mahupun di universiti masing-masing, adakah belia remaja mahu pun pemimpin mahasiswa sekarang boleh Menakhoda Zaman…? Sekadar membuat satu persoalan untuk memastikan pemikiran anda semua berfikir sejenak melangkau 20 tahun akan datang…? Adakah syiar Islam masih boleh diperkuatkan kepada belia remaja ketika itu…?

Berbalik kepada istilah Menakhoda Zaman itu sendiri. Anda semua dapat perhatikan sistem politik di Malaysia, system ekonomi di Malaysia, akademik, perundangan dan sebagainya lagi pada zaman sekarang kelihatan masih terumbang-ambing. Dengan semangat Hedonisme dan Materialistik juga memberi persoalan adakah Menakhoda Zaman itu mampu untuk mengubah generasi muda sekarang ke satu tahap yang lebih hebat?

Tepuk Dada Tanyalah Iman Anda… Saya sekadar memberi satu pendapat untuk kita semua berfikir sejenak melihat persekitaran dan memerhatikan anak Remaja Belia Islam kita di Malaysia pada masa kini. Sekian, Wallahua’lam…

“Menyingkir Kelemahan, Menyahut Cabaran, Menggerak Perubahan, Membina Masa Depan.”

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Tanda-Tanda Kiamat Kecil (2)...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit bacaan saya iaitu berkaitan dengan Tanda-Tanda Kiamat iaitu tanda-tanda yang akan muncul pada zaman kita dan kebanyakan peristiwanya kita alami. Tapi saya akan berkongsi hanya satu-persatu tidak sekali gus…he3… Harap korang semua dapat ikutinya, Insyaallah…

MENGHIASI MASJID DAN BERBANGGA-BANGGA DENGANNYA

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda kiamat ialah berbangga-bangganya manusia dengan bangunan masjid.”

Ibnu Abbas R.A berkata dalam memberi pandangan dan penegasan terhadap hadis ini, “mereka benar-benar menghiasinya seperti orang-orang Yahudi dan Nasrani menghiasi tempat-tempat ibadah dan gereja-gereja mereka.”

Pada hari ini, jika diperhatikan dari segenap tempat sama ada melalui kemudahan komunikasi dan media massa yang semakin pesat, kita pasti akan dapat menyaksikan sikap berbangga, memperindah secara keterlaluan dan berlebih-lebihan dalam pembangunan masjid. Sebenarnya, orang ramai telah membaca dan tahu tentang hadis ini. Selain itu, mereka juga mengetahui menghias masjid-masjid secara berlebihan merupakan salah satu dari tanda kiamat. Namun, mereka tetap menghiasinya, seakan-akan mereka diarah untuk melakukan tindakan itu secara paksa sebagai satu bentuk kebenaran terhadap hadis RasulullahS.A.W.

Dalam kitab Shahihul Jami Ash-Shaghir Wa Ziyadatahu karya Imam Suyuthi, terdapat hadis yang merujuk kepada perbuatan ini. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

“Jika kalian telah memperindah masjid-masjid kalian serta menghiasi mushaf-mushaf kalian, maka hancurlah bagi kalian.”

Hal itu kerana Allah Taala melihat hati dan keimanan para pemakmur masjid. Allah Taal menginginkan agar hamba-Nya berhias serta memperindah diri dengan keimanan dan ketakwaan kerana inilah perkara yang paling utama.

Oleh itu perihal mengenai menghias dan memperindah masjid dengan berbagai bentuk, akhirnya akan hancur dan musnah pada hari kiamat kelak. Akan tetapi yang tinggal di sisi Allah Taala hanyalah hati dan keimanan terhadap-Nya. Namun begitu, hal ini adalah ketentuan Allah menentukan bahawa tanda-tanda kiamat ialah menghiasi masjid (iaitu secara berlebihan).

Sekian…Wallahua’lam…

Sumber : Kiamat Sudah Dekat : Tanda-tanda Kiamat Kecil (Syaikh Mahir Ahmad Ash-Shufi)

Monday, September 20, 2010

Tabah...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Lirik lagu ini, ditujukan khas kepada individu-individu yang baru lepas putus cinta…hehehe… Terimalah “TABAH..”

TABAH

Pertemuan ini Pertemuan Terakhir
Dari Dua Insan Yang Sedang Berkasih
Kerna Esok Hari Kita Tidak Lagi
Digelarkan Pasangan Bercinta

Sudah ku Menduga Kau Akan Berubah
Cuma Tunggu Masa Untuk Kau Meluah
Tapi Hari ini Terbukti Semuanya
Kau Pinta ku Melupakan Dirimu

Tak Apalah
ku Tak Kisah
Memang itu Keputusanmu
Memang itu Nasib Aku
Sering Terluka dan Jiwa Tersiksa

Biar Hitam Sejarah Hidupku
Namun aku Tetap Tabahkan Hati
Kesal Memang Kesal Hatiku Tercalar
Siapalah Yang Inginkan Perpisahan

Andai Suatu Hari Ada Orang Yang Bertanya
Mengapa Kita Tidak Lagi Bersama
Jawablah Bahawa Jodoh Kita Tiada
dan Kita Tidak Pernah Sengketa

Oh

Moga Engkau
Berbahagia
Di Sampingnya Yang Engkau Puja
Cuma Satu Yang aku Pinta
Undanglah aku Di Hari Bahagiamu

Sumber : Mazlela

Selamat Kembali Ke Kampus...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam Lebaran…

Setelah dua minggu kita bercuti dan pulang ke kampong halaman masing-masing untuk berjumpa dengan ibu ayah, keluarga, sanak-saudara, kawan-kawan dan sebagainya, kelihatan satu kegembiraan dan keceriaan terpancar pada wajah-wajah mahasiswa UTM IC ini dalam melepaskan kerinduan yang berselubung dalam diri masing-masing.

Dalam kegembiraan dan keriangan menyambut 1 Syawal bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama dengan orang tersayang menambahkan lagi ukhuwah yang terjalin antara seseorang individu dengan individu yang lain.

Alhamdulillah, setelah 2 minggu bercuti, kebanyakan mahasiswa UTM IC sudah selamat tiba ke Kolej masing-masing bersama dengan semangat untuk terus mengejar cita-cita yang diimpikan oleh mahasiswa itu sendiri. Tidak kurang jugak dengan saya yang akan menggunakan masa sebaik mungkin sepanjang semester ini kerana semester hadapan, saya akan menjalani Latihan Industri di Alor Star…INSYAALLAH…

Saya juga di sini ingin mengucapkan “Selamat Kembali Ke Kampus” pada seluruh mahasiswa dan warga kampus Universiti Teknologi Malaysia International Campus dan seluruh mahasiswa di Malaysia. Semoga kehadiran mahasiswa ke kampus masing-masing membuka lembaran baru untuk terus membuat perubahan dalam diri masing-masing bagi mencapai matlamat masing-masing di sini. INSYAALLAH…

Akhir kata, Selamat meneruskan pembelajaran…hehehe…

“Bersama Mengejar Impian…”

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Wednesday, September 15, 2010

Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Kedah...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam Aidilfitri…

Pagi tadi 15 September 2010 bersama 6 Syawal (Rabu), saya telah menghadiri satu rumah terbuka yang terbesar di Negeri Kedah Darul Aman iaitu Rumah Terbuka Menteri Besar Kedah Darul Aman, YAB Dato’ Seri Ust. Azizan Abdul Razak di Kediaman Rasmi Mentaloon.

Begitu ramai rakyat Negeri Kedah hadir dalam majlis tersebut dengan pelbagai bangsa dan agama. Dari yang kanak-kanak hinggalah golongan veteran. Makanan yang disediakan juga dipelbagaikan dari yang basah, bakar sehinggalah yang kering. Sungguh meriah keadaan di persekitaran kediaman rasmi tersebut.

TAHNIAH diucapkan kepada YAB Menteri Besar kerana telah melakukan jamuan sebegini sebagai hadiah dan tanda penghargaan kepada rakyat jelata. Diharapkan majlis sebegini menunjukkan suatu hubungan secara langsung antara pihak Kerajaan Negeri Kedah dengan rakyat Negeri Kedah.

Di hadapan Kediaman Menteri Besar Kedah Darul Aman...

Pintu masuk kediaman...

Gerai Bihun Sup...

Gerai Biskut raya...

Gerai Sate, gerai yang paling mendapat sambutan...

YAB Ustaz Azizan beramah mesra bersama warga Buddha...

YAB Ustaz Azizan sedang bermesra dengan tetamu...

Sangat penuh dalam khemah...

Wow...ramai sangat yang datang...

Dalam khemah...

Aku di tengah lautan rakyat Negeri Kedah...

Aku bersama akakku, adikku, & saudaraku...


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Himpunan Aidilfitri Mahasiswa Negeri Kedah...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam Aidilfitri…

Pada 12 September 2010 (Ahad) bersamaan Hari Raya Ketiga yang lalu, saya bersama beberapa rakan dari Sek.Ren.Islam Alor Star (SRIAS), Maahad Mahmud Alor Star (MMAS) dan Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur (UTM IC) telah menghadiri Himpunan Aidilfitri Belia Negeri bersama Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman iaitu YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di Dewan Sri Mentaloon, Kediaman Rasmi Menteri Besar.

Himpunan Aidilfitri Belia Negeri ini telah menemukan ramai rakan saya kembali dari Sek.Ren.Islam Alor Star dan Maahad Mahmud Alor Star. Dengan bertemakan “Mahasiswa Bersama Mencorak Kedah Sejahtera”, dianggap satu pengiktirafan yang diberikan kepada mahasiswa dalam bersama membangunkan Negeri Kedah ini.

Program anjuran Persatuan Mahasiswa Darul Aman (Persada) dengan Kerjasama Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari Mahasiswa seluruh IPTA Malaysia dan Belia Negeri Kedah. Melalui majlis ini satu hubung jalin yang baik dapat ditonjolkan dalam mempamerkan nilai positif serta sokongan yang baik dari Pihak Kerajaan Negeri dengan mahasiswa Kedah dalam pelbagai sudut.

Dari pandangan kasar dapat dilihat bahawa mahasiswa juga sentiasa memberi sokongan yang padu kepada pihak kerajaan negeri dalam mengembleng tenaga untuk membantu pihak Kerajaan Negeri. Majlis seumpama ini wajar dianjurkan dalam peranan pihak Kerajaan Negeri mendekati mahasiswa untuk perhubungan jangka masa panjang dan mengkoreksikan pandangan negatif mahasiswa mengenai Kerajaan Negeri.

Alhamdulillah, perjalanan majlis tersebut berjalan dengan lancar. Klimaksnya, ketika mana YAB Menteri Besar telah memberi amanat dan memberitahu mengenai perancangan Kerajaan Negeri dalam mempertingkatkan system pendidikan ke satu tahap yang lebih tinggi iaitu bagi pembinaan Insaniah Kampus Induk di Kuala Ketil dan sebagainya lagi.

Diharapkan agar majlis seperti diteruskan pada masa akan datang. Insyaallah...Wallahua’lam..



Di depan pintu masuk Dewan Sri Mentaloon...

Saya di hadapan pentas...

YAB MB bersalaman dengan mahasiswa...

Wow...sangat ramai...



Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Tuesday, September 14, 2010

Rumah Terbukaku...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Aidilfitri...

Hari ini, saya ingin berkongsi beberapa keping gambar semasa keluargaku mengadakan Rumah Terbuka pada Hari Raya Kedua. Pelbagai makanan istimewa disediakan...He3... Selamat Berhari Raya...

Popia Daging Special...

Sambal Ubi Manis...

Ayam Berempah...

Daging Kicap Masak Ketumbar...

Ayam Masak Tomato Special...

Saudara dari Shah Alam...

Saudara dari Kedah...

Jom makan-makan...

Saudara dari Kelantan...

Sepupuku...



Sumber : WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH

Saturday, September 11, 2010

Kenangan Pagi Raya...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...
Saya ingin berkongsi beberapa keping gambar semasa pagi raya di rumah saya...he4... Selamat Hari Raya...

Pagi raya bersama abah dan mama...

Minta maaf abah...

Sayang abahku...

Sayang mamaku...

Saya, Abg saya, adik saya, abah saya...

Inilah adik-beradikku di pagi raya...

Aku bersama adikku, Waheeda Amalin...


Sumber : WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH

Friday, September 10, 2010

Kenangan Malam Raya...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit beberapa keping gambar semasa berjalan-jalan pada malam raya. Wow…sungguh meriah dengan kehadiran ramai perantauan yang pulang ke Negeri Jelapang Padi ini iaitu Negeri Kedah Darul Aman. Saya juga berkesempatan untuk mengambil gambar dengan berlatarkan suasana ceria dan meriah di sekitar Bandaraya Alor Star ini. Pelbagai ragam dapat disaksikan sepanjang perjalanan tersebut. Selamat Bergembira…

Suasana malam raya..

Di gerai-gerai makanan kering...

Wow...sangat sesak...

Mencari apa-apa untuk dibeli...he4...

Penuh sesak...

Di tengah-tengah Bandaraya Alor Star...

Saya dan mama sedang memilih bawang...he4...

Beli lagi...

Macam-macam ada...he3..

Sumber : WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH

Thursday, September 9, 2010

Perubahan Paradigma (2)...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Sarjana barat sering menyarankan bahawa setiap tindakan dan amalan manusia dipengaruhi oleh minda. Perspektif yang lebih menyeluruh mengesyorkan bahawa hati yang mengawal minda dan minda yang mengawal tindak tanduk manusia. Justeru, untuk merangsang perubahan yang bermakna, hati harus dimurnikan dan minda harus dibugarkan.

Untuk merangsang perubahan paradigma, cuba renung, fahami dan hayati petikan-petikan berikut iaitu dari no.11 hingga 22 :

11. Untuk berjaya, hidupkan semula semangat dan sifat anak kecil yang masih utuh dalam diri anda. Semangat inilah yang membolehkan seorang anak kecil untuk jatuh dan bangun beribu kali sebelum dapat berjalan dan berlari. Tidak ada anak kecil yang patah semangat apabila jatuh beberapa kali semasa belajar berjalan dan mengambil keputusan untuk merangkak sepanjang hayat.
12. Fikiran yang negatif akan menghasilkan perkara yang negatif. Justeru, belajarlah untuk membuang semua fikiran negatif yang bertapak dalam minda kita.
13. Apa yang kita tidak dapat daripada orang lain mencerminkan apa yang kita enggan berikan kepada orang lain.
14. Orang yang penyayang akan dikelilingi oleh ramai orang yang sayang kepadanya, manakala orang yang pembenci akan dikelilingi oleh orang yang benci kepadanya.
15. Salah satu sifat orang cemerlang ialah kemampuan mendorong diri untuk berubah. Jika kita berubah, Allah akan menggerakkan semua orang di sekitar kita untuk berubah selaras dengan perubahan yang kita lakukan.
16. Buat baik seolah-olah kita akan mati esok dan bekerja kuat seolah-olah kita akan hidup 100 tahun.
17. Ilmu yang berguna ialah ilmu yang membantu menjana peribadi yang mulia dan merapatkan diri kita kepada Allah SWT.
18. Orang yang tidak membuat kebaikan kepada orang lain sebenarnya tidak membuat kebaikan kepada dirinya.
19. Semakin kita bersyukur dengan apa yang kita ada, semakin banyak yang kita akan dapat untuk disyukuri.
20. Orang yang kedekut semasa susah biasanya akan tetap kedekut apabila sudah senang.
21. Orang yang cerdik dikagumi, orang yang kaya dicemburui, orang yang berkuasa digeruni, tetapi cuma orang yang beretika dan amanah yang dipercayai oleh orang lain.
22. Orang yang tidak tahu merendahkan diri (tawaduk), tidak akan dapat kemuliaan di dunia dan di akhirat.

Baiklah…inilah sambungan daripada 10 perubahan paradigma yang disebutkan dahulu dalam link di bawah ini :
http://wanmuhammadhazem.blogspot.com/2010/06/perubahan-paradigma.html

Semua petikan ini telah diambil dari Buku MAHASISWA ABAD 21…oleh Abdul Razaq Ahmad

Ikhlas dari saya :
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Wednesday, September 8, 2010

Dendang Perantau...

Assalamualaikum…
Salam 1 Malaysia…
Salam Lebaran…

Di kesempatan ini, saya ingin menujukan satu lagu klasik raya iaitu “Dendang Perantau” dendangan Allahyarham P.Ramlee kepada seluruh mahasiswa di Seluruh Malaysia yang menjadi seorang perantau untuk menuntut ilmu terutamanya kepada Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (KL & JB) dan kepada semua sahabat-sahabat saya dari Sekolah Rendah Islam Alor Star (SRIAS), Maktab Mahmud Alor Star (MMAS), Sekolah Menengah Teknik Langkawi (SMTL), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyyah (PTSB) dan PLKN Kem Beringin… Hayatilah lagu ini sebaiknya… TERIMALAH

DENDANG PERANTAU…

Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku

Di tepian mandi
Danauku hijau yang aman damai selalu
Nun di sanalah tempat aku bertemu
Aku dan dia

Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya

Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dan lagu
Dendang perantau

Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya

Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dan lagu
Dendang perantau

Ikhlas dari saya,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Tuesday, September 7, 2010

"Non-Muslim" masuk Masjid untuk berceramah...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Sekarang pelbagai isu tercetus yang melibatkan perkauman, keagamaan dan sebagainya disebabkan politik Malaysia yang masih terumbang-ambing. Di sini, saya ada terjumpa satu "Jawapan" berhubung isu "Non-Muslim masuk Masjid untuk Berceramah". Diharapkan agar korang semua berfikir dengan jawapan tersebut. Selamat Membaca...

Soalan:
Apakah hukum dlm Islam jika non-Muslims memasuki masjid utk membuat baik-pulih/ubah-suai, menyampaikan ucapan, atau belajar lebih lanjut mengenai Islam?


Jawapan oleh Syeikh `Atiyyah Saqr, & Syeikh Muhammad Saleh Al-Munajjid

Adalah ditegaskan yg Islam menggalakkan toleransi dan kewujudan bersama secara aman antara Muslims dan non-Muslims. Jika non-Muslim masuk ke masjid utk menyampaikan ucapan yg boleh membawa kpd persefahaman lebih baik, maka ia amat di alu-alukan dan digalakkan mengikut pandangan agama. Islam ialah agama yg mengamalkan dialog yg bermanfaat dlm maksud sebenar. Sejarah Muslim ialah satu contoh yg baik berkenaan hal ini.

Sheikh `Atiyyah Saqr, bekas ketua Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar Fatwa, menjelaskan pandangan Fuqaha berkenaan hal ini seperti berikut:

Allah SWT berfirman, (
Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis (tidak suci), maka janganlah mereka mendekati Masjidil Haram sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskin maka Allah nanti akan memberimu kekayaan kepadamu dari karuniaNya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.) (At-Tawbah 9: 28)

Allah SWT berfirman lagi,
(Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu shalat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja, hingga kamu mandi...) (An-Nisaa’ 4: 43)


Berpandukan ayat-ayat ini, majority Fuqaha, termasuk mereka dari Mazhab Fiqah Maliki, Shafi`i dan yg lain, menegaskan yg musyrikin/penyembah berhala tidak dibenarkan utk memasuki Masjidil Haram di Makkah. Bagaimanapun, mereka berpendapat tidak salah kalau Orang Kristian dan Yahudi memasukinya. Mereka berpendapat hukum ini diguna-pakai kpd Masjidil Haram di Makkah juga kawasan persekitarannya. Abu Hanifah, bagaimanapun, berpendapat musyrikin/penyembah berhala boleh masuk ke Masjidil Haram di Makkah selagi dia tidak tinggal atau menetap disitu. Dia menafsirkan tidak suci sebagai kekotoran spiritual (syirik).


Utk masjid lain selain Masjidil Haram di Makkah, Fuqaha Madinah melarang non-Muslims dari memasuki masjid kerana non-Muslims dianggap oleh al- Qur’an sebagai tidak suci. Imam Ahmad diriwayatkan berkata mereka boleh masuk ke masjid dgn kebenaran Muslims. Ini disokong oleh riwayat yg Rasululllah (SAW) membenarkan penduduk At-Ta’if utk tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam. Baginda juga menerima Orang Kristians dari Najran dlm masjid baginda di Madinah. Apabila masa sembahyang mereka sampai, mereka bersembahyang di masjid mengadap arah timur. Maka Rasululllah (SAW) bersabda (kpd Sahabat), “Biarkan mereka (utk menunaikan sembahyang).”

Di bawah tajuk ‘Musyrik Masuk Ke Masjid’, Al-Bukhari, dlm Sahih nya menyebut yg Thamamah ibn Athal (sedangkan dia seorang Musyrik) diikat dlm masjid.

Dlm Fath al-Bari, Ibn Hajar menyebut terdapat pelbagai pendapat mengenai hal ini. Fuqaha Hanafi memberikan kebenaran tanpa syarat sedangkan ulama Maliki dan al-Mazni diriwayatkan melarang nya langsung. Ulama Shafi`i membezakan antara Masjidil Haram dgn masjid lain. Terdapat satu pendapat yg kebenaran itu dihadkan kpd Ahli Kitab tetapi ini di bantah dgn kes Thamamah yg disebutkan di atas.

Sheikh M. S. Al-Munajjid, penceramah dan pengarang Islam dari Arab Saudi, menyatakan:

Adalah diharamkan kpd Muslims utk membenarkan sebarang non-Muslim utk masuk ke Al-Masjid Al-Haram di Makkah dan persekitarannya yg suci, kerana Allah berfirman: (Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis (tidak suci), maka janganlah mereka mendekati Masjidilharam sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskinmaka Allah nanti akan memberimu kekayaan kepadamu dari karuniaNya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.) (At-Tawbah 9: 28)

Berkenaan dgn masjid lain, beberapa Fuqaha Muslim berpendapat adalah dibenarkan kpd non-Muslims utk masuk ke dlm nya kerana tiada dalil utk menyebut keharaman perbuatan itu; yg lain berkata ia nya tidak dibenarkan, dgn qias kpd kes Al-Masjid Al-Haram.


Pandangan tepat ialah ia nya dibenarkan jika ia menepati matlamat Shari`ah atau menepati sebab penting, seperti jika non-Muslim perlu masuk ke masjid utk mendengar sesuatu yg mungkin menggalakkan nya utk memeluk Islam, atau dia perlu minum air, atau seumpamanya. Ini adalah tujuan cara Rasulullah (SAW) dlm hal ini; dia mengikat (tawanan baginda ) Thamaamah ibn Athal Al-Hanafi dlm masjid sebelum dia menjadi Muslim, dan rombongan dari Thaqif dan Kristian dari Najran tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam. Sebenarnya, banyak manfaat diperolehi dari hal ini: mereka boleh mendengar ucapan dan khutbah Rasulullah (SAW) utk melihat orang solat dan membaca al- Qur’an, dan sebagainy
. (Fatawa Al-Lajnah Al-Da'imah – Jawatan kuasa Tetap Utk Kajian Islam dan Ifta’)


Sumber: Can a non-Muslim Enter the Mosque?

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1119503543870&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaE

Perterjemah: Zul Yusoff http://zulyusoff.blogspot.com

Kenangan 1DDF...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Pagi ini juga saya ingin berkongsi sedikit gambar kenangan semasa mula-mula menjadi mahasiswa UTM untuk kursus Pengurusan Harta Tanah. Di bawah ini, ada beberapa keping gambar ketika 1st program bersama kami, mahasiswa tahun1DDF... Jom sama-sama mengimbas kembali...hehehe



Bersama Izzul, Badrul & Shazuan...

Bersama Badrul & Harith...


Bersama dengan tahun 3 DDF, 2DDF & 1DDF...


Sayalah JUARA...hehehe


Saja posing2...


Hehehe...


Sumber : WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH