Sunday, May 16, 2010

Warkah Buatmu...GURU....

Bismillahirahmanirrahim....

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...


Sebelum terlambat, saya di sini mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada guru-guru di TASKI ABIM ALOR STAR, SEKOLAH RENDAH ISLAM ALOR STAR, MAAHAD MAHMUD ALOR STAR, SEKOLAH MENENGAH TEKNIK LANGKAWI, POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYYAH,UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA INTERNATIONAL CAMPUS KUALA LUMPUR dan seterusnya PARA GURU SELURUH MALAYSIA...



Saya ingin mengucapkan berbanyak TERIMA KASIH kepada cikgu-cikgu, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah, guru-guru dan sebagainya lagi di atas ILMU yang telah diberikan sehingga saya mampu berdiri seperti sekarang ini. Setiap ILMU yang diberikan itu akan saya gunakan untuk terus berjaya dalam hidup. INSYAALLAH... maka, terimalah satu puisi dari saya....



WARKAH BUAT GURU...

Warkah buatmu guru
Insan yang sering mengajarku
Permulaan kejayaan pasti kegagalan mendahului
Walau aku buta segala-segalanya
Engkau tetap bersama denganku

Terdampar seketika daku di dasar kehidupan
Pabila aku berduka engkaulah penawarnya
Kebijaksanaanmu memastikan aku sentiasa berilmu
Melayari kehidupan yang penuh dengan dusta
Benci dan sabar sering bergandingan ketika engkau
Di pentas ilmu yang bernama kelas tika mengajarku

Tutur bicaramu wahai guru
Penawar yang harus ku semat di kalbu
Sememangnya engkaulah permula
Tanpa penamat untukku mengingati segala-galanya

Doakan aku wahai guru budiman
Doa untukku dan seluruh anak didikmu
Maafkan kendati kekhilafan kami
Sezarah di hati,segunung melangit, seluas hamparan biru
Maafkanlah akan kami yang bertatih
Menggapai impian harapan bangsa dan negara

Untukmu warga insan bernama guru
Terimalah warkah ini dengan seadanya
Tataplah ia sebagai pengubat di hati
Saat mu mendidik dan mengajar
Penuh keikhlasan tanpa sezarah kekhilafan….



Ikhlas dari anak muridmu,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH



Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era 1 Malaysia..."

0 comments: