Thursday, May 27, 2010

USR-UTM @ Melaka 2010 (2)...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Di sini saya ingin memberi beberapa maklumat mengenai Program Universiti Social Responsibility Universiti Teknologi Malaysia di Kampung Bukit Pulau, Melaka 2010 (USR-UTM@Melaka 2010) yang akan berlangsung pada 2 hingga 6 Jun 2010.

Program ini bermatlamat untuk membentuk mahasiswa yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi, memiliki sifat-sifat kepimpinan, inovatif dan progresif untuk menjadi agen pemangkin kepada pembangunan masyarakat luar bandar serta mewujudkan kerjasama yang erat dan jambatan penghubung antara mahasiswa dan masyarakat.

Dengan bertemakan "MAHASISWA AGEN TRANSFORMASI MASYARAKAT", program ini juga bertujuan untuk memberi motivasi dan berkongsi pengalaman kepada para pelajar Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah dan Sekolah Rendah Agama Kampung Bukit Pulau, mengenai persediaan menghadapi peperiksaan agar mereka lebih cemerlang dalam peperiksaan.



Program ini juga mendapat perhatian dan sokongan dari Kerajaan Negeri Melaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Belia 4B Kampung Bukit Pulau, serta masyarakat setempat. Diharapkan dengan kerjasama ini dapat menyuntik semangat mahasiswa untuk terus berbakti terhadap masyarakat sekeliling.

Program yang diketuai oleh saya sendiri, selaku Pengarah Program dan Mohamad Hazrai, Timbalan Pengarah Program ini merupakan satu langkah awal pembentukan penyatuan mahasiswa dalam aktiviti kemasyarakatan. Insyaallah.

Diharapkan dengan kekuatan mahasiswa sebanyak 104 orang yang mengikuti program ini, mahasiswa dapat menimba pengalaman dan terus berbakti kepada masyarakat di Melaka. Insyaallah. Saya dari pihak penganjur mengucapkan SELAMAT BEKERJASAMA dan SELAMAT BERJAYA...Insyaallah...


Ikhlas dari saya,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Pengarah Program,
USR-UTM@Melaka 2010
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com
013-3114305

0 comments: