Assalamualaikum dan Salam Perpaduan...
Hari ini, saya ingin berkongsi sedikit puisi yang dihasilkan saya sendiri iaitu CEMERLANG GEMILANG... Puisi ini diilhamkan ketika mana diri ini memperjuangkan nasib diri untuk terus maju melangkah ke hadapan dan seterusnya mengejar impian...
Sebelum itu, puisi ini saya tujukan kepada terutamanya RAKAN-RAKAN SEBAYA & JUNIOR-JUNIORKU... hayatilah ia sebagai satu transformasi diri...INSYAALLAH...
Terimalah dari saya, CEMERLANG..GEMILANG
Kembara aku seketika
Mencari kecerahan jiwa
Dari kegelapan yang menerpa
Diri tikaku jatuh tak bermaya
Ke mana harus ku pergi
Cahaya takkan ke mari
Selagi tak dicari
Aku harus bangkit berani
Melangkah ke depan sendiri
Dugaan bukan penghalang diri
Kerana aku inspirasi sejati
Kegagalan sentiasa menanti
Jika aku terus begini
Dunia harus menjadi saksi
Kegemilangan akan ku miliki
Cemerlang…diri berdiri
Gemilang…bukan mimpi
Cemerlang…desak di hati
Gemilang…erat digenggami
Lihatlah…kini…
Sukar hidup harus diredahi
Bukan dibiar membanjiri
Terus lemas tak sedarkan diri
Semoga sahabat-sahabat, rakan-rakan, pembaca blog dan sebagainya menerima puisi di atas...INSYAALLAH...
Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era 1 UTM"
Wednesday, May 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
gemilang gemilang gemilang jangan sekali-kali lupa usaha kita dahulu
Post a Comment