Assalamualaikum....
Salam Perpaduan....
Salam 1 Malaysia....
Sindrom Down.... Apa itu sindrom down..???? Sindrom Down ialah disebabkan kelainan pada kromosom. Kromosom adalah merupakan serat-serat khusus yang terdapat didalam setiap sel didalam badan manusia dimana terdapat bahan-bahan genetik yang menentukan sifat-sifat seseorang. Bayi normal dilahirkan dengan jumlah 46 kromosom (23 pasang) iaitu hanya sepasang kromosom 21 (2 kromosom 21). Sindrom Down yang kerap terjadi ialah disebabkan oleh kelebihan kromosom 21 dimana 3 kromosom 21 menjadikan jumlah kesemua kromosom ialah 47 kromosom. Keadaan ini boleh melibatkan kedua-dua jantina (lelaki dan perempuan).
Apa yang menyebabkan sindrom down..??? Bagi ibu-ibu yang berumur 35 tahun ke atas semasa mengandung mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan anak Sindrom Down. 95% Sindrom Down disebabkan oleh kelebihan kromosom 21. Keadaan ini disebabkan oleh "non-dysjunction" kromosom yang terlibat iaitu kromosom 21 dimana semasa proses pembahagian sel secara mitosis pemisahan kromosom 21 tidak berlaku dengan sempurna. Di kalangan 5% lagi kanak-kanak Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan "Translocation". Keadaan ini biasanya berlaku oleh pemindahan bahan genetik dari kromosom 14 kepada kromosom 21. Bilangan kromosomnya normal iaitu 23 pasang atau jumlah kesemuanya 46 kromosom. Mekanisma ini biasanya berlaku pada ibu-ibu di peringkat umur yang lebih muda. Sebahagian kecil Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan "mosaic".
Apakah ciri-ciri Sindrom Down..??? Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai ciri-ciri fizikal yang unik :
SIFAT PADA KEPALA, MUKA DAN LEHER
Mereka mempunyai iras muka yang hampir sama seperti muka orang Mongol. Pangkal hidungnya kemek. Jarak diantara 2 mata jauh dan berlebihan kulit di sudut dalam. Saiz mulut adalah kecil dan saiz lidah yang besar menyebabkan lidah selalu terjelir. Pertumbuhan gigi lambat dan tidak teratur. Paras telinga adalah lebih rendah. Kepala biasanya lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan ke belakang. Lehernya agak pendek.
SIFAT PADA TANGAN DAN LENGAN
Sifat-sifat yang jelas pada tangan adalah mereka mempunyai jari-jari yang pendek dan jari kelingking membengkok ke dalam. Tapak tangan mereka biasanya hanya terdapat satu garisan urat dinamakan "simian crease".
SIFAT PADA KAKI
Kaki agak pendek dan jarak di antara ibu jari kaki dan jari kaki kedua agak jauh terpisah dan tapak kaki.
SIFAT PADA OTOT
Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai otot yang lemah menyebabkan mereka menjadi lembik dan menghadapi masalah lewat dalam perkembangan motor kasar.
Berdasarkan pengetahuan mengenai Sindrom ini dan rasa tanggungjawab kepada kanak-kanak Sindrom Down ini, kami di Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC akan mengadakan :
Nama Program : CERIA BERSAMAMU 2010 (Ceria '10)
Tarikh : 17 & 24 Julai 2010
Tempat : Rumah Kanak-Kanak Sindrom Down Ampang
Anjuran : Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC (MPM UTM IC)
Program ini diadakan adalah sebagai inisiatif awal MPM UTM IC bagi menyahut kempen KAMI PRIHATIN... ini adalah sebagai proses kebangkitan mahasiswa dalam menyemarakkan semangat PERPADUAN dan 1 MALAYSIA di kalangan para mahasiswa itu sendiri. Program ini juga dapat membentuk jati diri kepada mahasiswa UTM IC dengan sifat KEPERIMANUSIAAN yang semakin pudar di kalangan rakyat Malaysia terutamanya BELIA REMAJA di Malaysia...
Diharapkan dengan kewujudan Program Ceria'10 ini, seluruh Mahasiswa UTM IC dapat memberi sokongan dan penglibatan secara tidak langsung menyokong penuh program berbentuk kebajikan Mahasiswa ini. Terima Kasih juga kepada Puan Norzakiah Ismail yang menyokong penuh program ini... INSYAALLAH...semoga ianya berjalan lancar seperti yang dirancang...
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Kebajikan, Kolej dan Pengaduan Awam
Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC
wan_hazem90@yahoo.com
013-3114305
Wednesday, May 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment