Friday, May 21, 2010

Kunjungan Hormat ke Pejabat Ketua Menteri Melaka...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Jom... saya ingin berkongsi sedikit pengalaman dalam membuat gerak kerja University Social Responsibility Universiti Teknologi Malaysia di Kampung Bukit Pulau, Melaka 2010 (USR-UTM @ MELAKA 2010).

Pada 19 Mei 2010 (Rabu) yang lalu, saya bersama dengan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni), Penolong Pendaftar Kanan, Pegawai HEM dan Exco MPM UTM IC ada terlibat dengan dalam Kunjungan Hormat ke Pejabat Ketua Menteri Melaka dan Pejabat Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka.

Saya juga terlibat dalam meeting yang melibatkan seluruh jabatan Kerajaan Negeri Melaka yang dipengerusikan oleh Encik Shadan, Pengarah Bahagian Pekerja dan Pelajar Antarabangsa. Pembentangan dari UTM IC juga hebat yang diketuai oleh TNC (HEM & Alumni).

Selesai sahaja dari meeting tersebut, kami di bawa untuk kunjungan hormat ke Pejabat Ahli Parlimen Bukit Katil, YB Datuk Mat Sirat bin Abu. Kami juga turut makan bersama beliau di sekitar kawasan tersebut. Terima kasih diucapkan kepada YB di atas kerjasama yang diberikan oleh beliau.




Di sebelah petangnya pula, kami melangkah masuk ke Seri Negeri untuk Kunjungan Hormat ke Pejabat Ketua Menteri Melaka. Alhamdulillah, meeting yang dipengerusikan oleh YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka, berjalan dengan lancar. ALHAMDULILLAH.


Semoga Kerajaan Negeri Melaka, dan seluruh Jabatan yang terlibat dalam USR-UTM @ Melaka 2010 ini, memberi sokongan yang kuat kepada pihak kami dalam melakukan tanggungjawab sosial di DUN Bukit Baru, Melaka. INSYAALLAH...




Semoga kita semua akan bersua lagi, dan kepada para peserta, saya ucapkan "SELAMAT DATANG" dan "SELAMAT BEKERJASAMA" dalam memastikan kejayaan program ini. INSYAALLAH....


Ikhlas dari saya,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Pengarah Program University Social Responsibility (USR-UTM @ Melaka 2010)
Merangkap, Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC.
013-3114305

0 comments: