Monday, August 2, 2010

Valuation In Future...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Berpersatuan merupakan satu daya untuk merapatkan seluruh mahasiswa yang terlibat. Ia bermaksud dengan berpersatuanlah seseorang mahasiswa mahupun pelajar akan mempunyai semangat untuk hidup berpasukan sama ada secara langsung dan tidak langsung. Termasuklah inisiatif yang dilakukan oleh Persatuan Mahasiswa Pengurusan Harta Tanah (PEHARTA) UTM IC dengan penganjuran “VALUATION IN FUTURE” yang diadakan di Kamcing Rawang, Selangor Darul Ehsan pada 31 Julai 2010.

Saya merupakan antara puluhan mahasiswa Diploma Pengurusan Harta Tanah yang terlibat dengan program yang diketuai oleh Nur Sabrina dari 2DDF. Sebelum itu, saya ingin mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada pengarah program kerana berjaya meneruskan aktiviti seperti ini selepas kejayaan “VALUATION @ ULU YAM”. Banyak peningkatan yang dilakukan oleh Sabrina untuk memastikan kejayaan ini berterusan dan menjadi “ New Benchmark” untuk generasi yang seterusnya.

Antaranya ialah penglibatan yang dilakukan iaitu dengan memastikan sebahagian besar mahasiswa tahun 1, 2 & 3 terlibat dengan program seperti ini, makanan yang disediakan amat begitu banyak dan memuaskan serta tempat yang begitu menarik dan menjadi tumpuan oleh pelancong asing. Konsep yang diterapkan juga begitu tepat dengan keadaan sekarang dan menepati kehendak mahasiswa Pengurusan Harta Tanah iaitu lebih ke arah hubungan ukhuwah dan santai.

Aktiviti yang paling menakutkan saya adalah apabila saya dileparkan ke dalam air dan dibuli oleh adik-adik tahun 2 dan 1, iaitu saya diangkat secara beramai-ramai dan leparkan saya ke dalam air. Hahahaha…agak melucukan dan menggembirakan serta sangat “Enjoy”. Tergelak juga apabila teringat perkara itu dan memang melucukan. Apa-apa pun, Nazrin, Nabil and The Geng memang spoting habis.

ALHAMDULILLAH, makanan yang disediakan juga amat best dan memang banyak, bermaksud sangat berbaloi dengan bayaran yang dikenakan. TERIMA KASIH kepada tukang masak yang sangat spoting dan bertungkus lumus dengan kerjanya. Hehehe…

Sebelum saya mengundur diri, saya selaku Mantan Presiden Persatuan Mahasiswa Pengurusan Harta Tanah (PEHARTA) ingin memberi sedikit penghargaan terhadap Mahasiswa Tahun 2 kerana bertungkus-lumus dalam memastikan kejayaan program ini serta memastikan semuanya berjalan lancar. SYABAS juga diucapkan kepada Mahasiswa Tahun1 kerana koranglah antara paling ramai antara sebelum ini dalam melibatkan aktiviti seperti ini. LOVE YOU ALL…

Sekian, Terima Kasih…

“VALUATION IN FUTURE”


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Tahun 3 Diploma Pengurusan Harta Tanah
Exco Kebajikan, Kolej dan Pengaduan Awam
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

1 comments:

sabrina fuzi said...

tq wan hazem 4 ur support! =)