Monday, August 9, 2010

Kembara Siswa Ke Sungai Chongkak...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Sudah hampir seminggu program “Kembara Siswa Ke Sungai Chongkak” anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC dengan kerjasama Mahasiswa Utara telah berlalu dengan jayanya. Alhamdulillah di atas sokongan mahasiswa terhadap program yang dijalankan ini.

Pertama sekali, saya ingin ucapkan sekalung ungkapan “TAHNIAH dan SYABAS” kepada Mohammad Azhar Mat Daut selaku Pengarah Program dan Ahmad Firdaus Bin Zulkifli selaku Timbalan Pengarah kerana berani menyahut cabaran ini dalam menjayakan misi Mahasiswa Utara Bergerak Selangkah Ke Hadapan. Alhamdulillah dan Bersyukur juga kepada para AJK yang bersengkang mata dalam merealisasikan program yang julung kali diadanya ini.

Apa yang ingin saya ulaskan bagi sesi penulisan kali ini adalah mengenai Semangat Berkumpulan atau “teamwork” yang merupakan antara penyumbang terbesar dalam melakukan apa-apa yang berkaitan dengan penglibatan individu secara berkumpulan. Kali ini kita boleh lihat sejarah baru dalam merealisasikan model “Pembangunan Modal Insan” iaitu penglibatan mahasiswa Tahun 1 yang berani tampil ke hadapan menyahut cabaran tugas sebagai Timbalan Pengarah Program.

Walaupun program seperti ini dikatakan “The Simple Activities” tetapi ia sebenarnya memerlukan semangat yang kental dan pemikiran yang kreatif dan inovatif. Kenapa saya berkata sedemikian? Kerana dengan peruntukan sebanyak RM350.00 tanpa sebarang peruntukan dari university, pihak urusetia dapat merealisasikannya dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan berserta dengan jamuan makan yang berbagai-bagai.

Antara aktiviti yang kita jalankan adalah kita bermula dengan “Ice-Breaking” dan pembahagian kumpulan iaitu sebanyak 6 kumpulan. “Explorace@Sungai Chongkak” iaitu merupakan aktiviti utama yang kita jalankan dengan menggabungkan 6 aspek utama sebagai garis panduan bagi menyahut seruan “Inspiring Creative and Innovative Minds” iaitu melibatkan semangat berkumpulan, pemikiran kreatif dan inovatif, ketahanan fizikal dan mental, semangat kepimpinan, penguasaan bahasa Inggeris dan hiburan sebagai paksi sampingan.

Aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti Beg Beracun dan Mumia Siswa. Alhamdulillah, kesemua 35 peserta kelihatan sangat gembira dan bersemangat walaupun adakalanya kelihatan agak keletihan. Berkaitan dengan jamuan pula, peserta diberi makan pagi iaitu air kotak dan sebiji roti Jagung kemudiannya pada Tengahari pula, peserta diberi Nasi Goreng dan Bihun Goreng berserta air sirap. Seterusnya, BBQ yang melibatkan sosej dan burger berserta air kotak.

Aktiviti sampingan yang diadakan pula adalah aktiviti mandi-manda di sekitar Sungai Chongkak. Semua perjalanan aktiviti berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa masalah yang berkaitan dengan bas pada mulanya. Tapi Alhamdulillah, semua peserta bersabar tanpa sebarang keluhan yang berkumandang.

Akhir kata, walaupun masalah yang terjadi hanya para AJK sahaja yang tahu bertapa peritnya bebanan yang dipikul tapi ALHAMDULILLAH, ramai yang menyokong di belakang kami berlapan. Semoga sokongan itu berterusan sehingga ke akhirnya kepada kami. INSYAALLAH.


“Kasih Dipupuk Ukhuwah Terjalin…”


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Kebajikan, Kolej dan Pengaduan Awam
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

0 comments: