Saturday, May 7, 2011

Kekecewaan MPG Kian Terluka...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“Kekecewaan MPG Kian Terluka” itulah ungkapan yang dapat saya luahkan buat penulisan kali ini. Ianya berkait-rapat dengan kekecewaan saya terhadap segelintir sikap penganjur yang diibaratkan semakin ‘melepaskan tangan’ terhadap mangsa-mangsa keadaan termasuk diri saya sendiri, Saudara Hariz Zakwan, Saudara Lukmanul Hakim dan Saudari Jenny Nginggang.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah hanya masalah kecil tetapi pihak penganjur terutamanya kelihatan seakan melepaskan diri dari tanggungjawab asalnya untuk menyelesaikan masalah yang kecil ini. Tetapi apakan daya, rasa hormat dan kepercayaan yang saya berikan terhadapnya seakan dipermainkan dan di’boneka’kan hanya dalam sekelip mata.

Pihak penganjur terutamanya Pengarah Program sepatutnya ‘alert’ dengan situasi yang berlaku kerana menjadi tanggungjawab beliau (yang juga merangkap TIMBALAN PRESIDEN PERWAKILAN MAHASISWA UTM 10/11) untuk suarakannya ke peringkat atas. Siapakah lagi yang dapat saya (yang hanya mahasiswa biasa) untuk bangkitkan kalau bukan kepada Pengarah Program MPG 2011 tersebut?

Tidak pernah dalam sejarah berpersatuan atau program yang saya sertai, Pengarah Program mengarahkan saya yang tidak terlibat sebagai AJK MPG tersebut untuk minta sendiri sijil tersebut kepada pihak ALUMNI UTM. Di mana hak saya sebagai ‘Tetamu’ atau ‘Penerima Anugerah’ untuk suarakan masalah tersebut melainkan kepada Pengarah Program tersebut? Dari seminggu yang dijanjikan dan sekarang hampir 2 bulan telah berlalu.

Saya tak nak perkara ini menjadi lebih keruh, tetapi apakan daya, saya seakan ‘ditipu’ dan ‘diperbodohkan’ sedemikian rupa. Kalau yang dijanjikan semasa kempen PILIHANRAYA KAMPUS untuk perjuangkan suara-suara dari Mahasiswa UTM IC, tapi sekarang? Di manakah kata-kata tersebut? Di mana? Inilah TAMPARAN HEBAT yang terkena di muka saya yang turut serta berkempen untuk beliau semata-mata mahu menangkan beliau pada Pilihanraya Kampus baru-baru ini.

Perkara ini cukup membuatkan diri saya KECEWA. Keadilan dan Perjuangan yang diwar-warkan sekarang hanya dapat saya katakan sebagai RETORIK semata-mata. Jika isu atau permasalahan yang kecil seperti ini tidak dapat diselesaikan, di mana kredibiliti anda sebagai PEMIMPIN MAHASISWA? Dua kali saya ‘terkena’ dan ianya cukup mengecewakan saya. Dan kedua-dua itu, adalah berkaitan dengan MPG 2011.

Saya di sini ingin menyeru kepada seluruh mahasiswa UTM IC agar berhati-hati dalam memilih perwakilan-perwakilan akan datang kerana hanya mendengar syarahan atau melihat manifesto semata-mata tidak cukup dan hanya sekadar mengaburi mata kita saja sebagai pengundi. Jika benar seorang pemimpin itu mahu bangkitkan suara Mahasiswa UTM IC, beliau akan terus membantu di UTM IC. Tapi jika masalah sekecil ini tidak dapat ditangani secara waras, saya cadangkan kepada Mahasiswa UTM IC agar kita bersama-sama kita beralih kepimpinan Perwakilan untuk masa akan datang sebagai pengajaran buat kita semua.

Sekiranya ada perkara yang diluar pengetahuan saya, saya mohon jasa baik penganjur untuk maklumkan kepada saya. Kerana sehingga sekarang saya yang ‘terhegeh-hegeh’ SMS kepada penganjur semata-mata mahukan sijil saya, tapi tiada sebarang maklumkan yang diberitahu kepada saya melainkan saya sendiri yang berbuat demikian.

Sebelum berundur diri, saya ingin memohon maaf kepada Pengarah MPG 2011 sekiranya ‘terasa’ dengan penulisan ini dan ‘tertekan’ dengan desakan saya yang tidak jemu-jemu menghantar ‘SMS’ semata-mata untuk mendapatkan kembali Sijil Anugerah Mahasiswa Berpotensi (untuk saya, Hariz, Lukman dan Jenny). Dan diharapkan persahabatan kita akan terus berkekalan. Tapi, saya ingin tegaskan di sini, bahawa saya akan tuntut HAK saya sehingga perkara ini dapat diselesaikan. Saya ulang sekali lagi, SAYA AKAN TUNTU HAK SAYA SEHINGGA PERKARA INI DAPAT DISELESAIKAN.

Sekian, Wallahua’lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

0 comments: