Sunday, May 1, 2011

Selamat Hari Pekerja 2011...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…



“Pekerja Merealisasi Transformasi Negara” merupakan tema Hari Pekerja bagi tahun 2011 kali ini. Tanggal 1 Mei setiap tahun, merupakan satu tarikh / hari yang cukup paling bermakna bagi seluruh pekerja sama ada di sektor awam mahupun swasta apabila kerah keringat pekerja ini dihargai oleh semua pihak sehingga diisytiharkan sebagai cuti umum di Malaysia.

Idea sambutan Hari Pekerja ini sebenarnya mula tercetus di Australia pada tahun 1856. Ia adalah merupakan salah satu cara para proletariat pada masa itu untuk mencapai hari bekerja lapan jam sehari. Pada asalnya, mereka menetapkan perayaan itu pada 21 April 1856 dengan mengadakan demonstrasi bagi mencapai tujuan mereka. Perayaan pertama itu telah memberi kesan yang positif di kalangan proletariat Australia yang membawa kesedaran kepada mereka sehingga tercetusnya pemberontakan baru menyebabkan keputusan diambil untuk meraikan perayaan itu setiap tahun.

Idea perayaan Hari Pekerja ini diterima di seluruh Australia dengan cepat, malah mula tersebar ke negara-negara lain di seluruh dunia. Kejayaan para pekerja Australia mencapai matlamat bekerja lapan jam sehari mendorong para pekerja di negara lain tampil dengan berani untuk menuntut hak yang sama. Golongan pertama yang mencontohi langkah pekerja Australia ini adalah pekerja Amerika. Bermula pada tahun 1886, mereka mengambil keputusan bahawa setiap 1hb Mei patut menjadi hari pemberhentian bekerja antarabangsa. Pada hari tersebut, lebih 200,000 orang pekerja meninggalkan tempat bekerja mereka dan menuntut masa bekerja hanya lapan jam sehari.

Pengisytiharan 1 Mei sebagai Hari Pekerja di Malaysia hanya bermula pada tahun 1972. Pengisytiharan ini juga adalah hasil usaha gigih para proletariat negara pada masa lalu yang didorong oleh semangat perjuangan untuk mendapatkan waktu bekerja yang adil di samping menentang penindasan dan penekanan oleh pihak majikan. (sumber : Selected Political Writings of Rosa Luxemburg, Dick Howard ).

Hal ini bermakna, sumbangan yang diberikan oleh setiap mereka yang bergelar pekerja itu cukup tinggi. Fikirkanlah,
Tanpa Pekerja, Lahirkah Negara yang maju?
Tanpa Pekerja, Lahirkah Mesin-mesin yang berkualiti tinggi?
Tanpa Pekerja, Wujudkah kereta-kereta sekarang?
Tanpa Pekerja, Wujudkah rumah-rumah yang kita duduki?
Tanpa Pekerja, Adakah sektor ekonomi akan berjalan lancar?

Itulah yang dinamakan, betapa kuatnya semangat seorang pekerja untuk melahirkan sebuah negara yang maju dan bertaraf dunia.

Dikesempatan ini, saya ingin mengambil sedikit peluang untuk mengucapkan “Selamat Hari Pekerja 2011 : Pekerja Merealisasikan Transformasi Negara” khas kepada seluruh pekerja-pekerja di seluruh Malaysia. Jasamu dikenang… Insyaallah.. =)

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

0 comments: