Monday, August 23, 2010

Mahasiswa Perantau...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Sungguh indah sekiranya dapat berbuka puasa bersama ahli keluarga terutamanya ibu ayah yang melahirkan kita, bersama ahli keluarga yang lain. Indah juga sekiranya dapat berbuka bersama sahabat-sahabat seperjuangan sama ada sahabat dari SRIAS, MMAS, SMTL, PTSB mahu pun UTM IC.

Teringat semula saya ketika mana masih belajar di Sekolah Menengah Teknik Langkawi iaitu boleh dikatakan itulah pertama kali saya berbuka puasa tanpa ahli keluarga di sisi. Sungguh menyedihkan hidup sebagai perantauan di Langkawi kerana juadah berbuka pun hampir setiap hari kurang menyelerakan. Tapi, apa boleh buat, hidup mesti diteruskan. He3…

Hari ini saya tak mahu terlalu formal dalam penulisan saya untuk kali ini kerana sekadar ingin meng-up-date blog saya dengan perkongsian pengalaman berbuka puasa pertama kali tanpa keluarga di sisi. Berbuka puasa tanpa ahli keluarga sebenarnya membawa seribu erti betapa indahnya disebalik apa yang berlaku itu.

Pertamanya, ianya mengajar untuk kita hidup secara berdikari tanpa bantuan ahli keluarga. Memang untuk pertama kalinya agak memeritkan tetapi setelah kelamaan ianya menjadi kebiasaan untuk diri kita sendiri. Itulah hikmah di sebaliknya.

Keduanya, ianya mengajar kita supaya tidak membazir kerana jika kita berbuka bersama keluarga, kita sendiri akan menjadi rambang mata untuk membeli juadah di bazaar Ramadhan kerana masing-masing mempunyai cita rasa yang berlainan terutamanya sesama adik-beradik.

Dan yang ketiganya ialah menjadi satu kegembiraan pabila tibanya Syawal iaitu Hari Raya Aidilfitri kerana kita menjadi insan perantau yang merantau di perantauan lalu pulang ke pangkuan keluarga untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga masing-masing. Wow…Sungguh indah…

Oleh itu, anggaplah kita sebagai mahasiswa yang merantau di perantauan ini sebagai satu kelebihan yang kita ada kerana pengalaman seperti kita ini tidak dapat dijual beli atau ditukar ganti. INSYAALLAH…


Sampai Jumpa,

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

0 comments: