Monday, August 9, 2010

TEMMASYA '10 : Integrasi Siswa dan Masyarakat...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Bak kata Albert Camus, “Integriti tidak memerlukan peraturan”. Memang benar, integriti sememangnya tidak memerlukan peraturan tetapi peraturan sebenarnya yang memerlukan integriti. Kenapa? Kerana dengan disiplin yang ditonjolkan oleh seseorang individu itu sebenarnya yang melambangkan integriti dirinya sendiri.

Pelbagai program yang dijalankan oleh mahasiswa bagi memupuk semangat integriti, antaranya yang menjadi perhatian saya ialah Hari Terbuka Kolej Kediaman Siswa Jaya. Pelbagai tema telah diangkat sebagai slogan tarikan bagi program tersebut, antaranya ialah Perpaduan Satu Daya Ukhuwah (PERSADA ‘08), Mari Hadir Bersama Bergembira (MAHABBAH ‘09) dan yang terkini ialah Terjalin Erat Mahasiswa dan Masyarakat (TEMMASYA ‘10).

Bila dilihat ketiga-tiga Pesta Hari Terbuka tersebut, ia jelas menunjukkan betapa kreatifnya pemikiran mahasiswa yang bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang dengan limpahan idea yang berobjektifkan semangat perpaduan dan seterusnya semangat integriti yang sering digempar-gempurkan. Apa yang menariknya untuk saya kupas bagi penulisan kali ini adalah hubungkait antara Pesta Hari Terbuka tersebut, mahasiswa dan masyarakat sekitar dengan berfokuskan pada Pesta Hari Terbuka Kolej Kediaman kali ini iaitu TEMMASYA ’10.

Pertama sekali ingin saya ucapkan sekalung PENGHARGAAN dan ungkapan “TAHNIAH & SYABAS” kepada tunjang utama TEMMASYA ’10 kali ini iaitu Saudara Muhammad Afiq bin Baharin dan Crew-crew TEMMASYA ’10 yang bertungkus-lumus memastikan objektif sebenar hari terbuka kali ini tercapai. Saya di Pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC amat bangga dengan mahasiswa UTM IC yang sering kali mencetuskan fenomena baru dalam merealisasikan slogan universiti iaitu “Inspiring Creative and Innovative Minds”.

Memang benar, mahasiswa amat berperanan dalam merealisasikan Konsep 1 Malaysia dan Integriti ke peringkat yang lebih tinggi. Jika dilihat secara mendalam apa sebenarnya yang terkandung dalam TEMMASYA ’10 pada kali ini bagi menzahirkan konsep 1 Malaysia melalui semangat perpaduan dan semangat sinergi yang utuh demi melahirkan mahasiswa berminda kelas pertama ialah Wayang Kulit, Ceramah “Di Manakah Silapnya Kita?”, TEMMASYA Kids, Extreme Games dan sebagainya lagi.

Antara yang menjadi perhatian saya pada kali ini ialah Legasi Kemerdekaan yang sebenarnya membuka minda kita dalam berperanan sebagai ejen untuk merealisasikan 1 Malaysia ke tahap yang seterusnya. Dengan pameran yang diadakan serta pertandingan-pertandingan yang diadakan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia seperti pertandingan Mewarna dan Bintang Patriotik. Di sini kita dapat lihat, betapa berkesannya TEMMASYA ’10 dalam menzahirkan konsep 1 Malaysia yang wajar untuk digunapakai oleh seluruh universiti yang terdapat di Malaysia ini.

TEMMASYA ’10 juga sebenarnya membuahkan pelbagai inspirasi baru sebagai laluan untuk diteruskan oleh mahasiswa selain UNIVERSITY SOCIAL RESPONSIBILITY (USR) bagi penerapan peranan mahasiswa dalam masyarakat. Pemikiran kreatif dan inovatif oleh mahasiswa wajar diberi perhatian oleh pihak Kerajaan sebagai ejen yang membantu semangat perpaduan dan integriti di seluruh Malaysia dan bukannya menjadi para ARTIS sebagai IKON PERPADUAN dan IDOLA RAKYAT.

Akhir kata, semangat Integriti dapat diteruskan lagi sekiranya semua pihak termasuk Badan NGO dan Pihak Kerajaan sendiri memberi sokongan moral dan sedikit peruntukan sebagai meneruskan agenda utama negara iaitu menzahirkan Konsep 1 Malaysia di seluruh peringkat masyarakat terutamanya golognan Belia Remaja.

Sekian, Wallahua’lam…

“TERJALIN ERAT MAHASISWA DAN MASYARAKAT”


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Kebajikan, Kolej dan Pengaduan Awam
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

0 comments: