Wednesday, August 25, 2010

Majlis Berbuka Puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi Malaysia...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Sudah genap 14 hari kita berpuasa dan hari ini merupakan hari ke 15 kita menyambut Ramadhan Al-Mubarak ini. Alhamdulillah, walaupun pelbagai dugaan melanda tetapi semuanya dapat diteruskan dengan keadaan tenang dan damai.

Pagi ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin yang bertempat di Hotel Pan Pacific, KLIA. Majlis ini melibatkan seluruh Majlis Perwakilan Mahasiswa dan Pemimpin Mahasiswa di seluruh IPTA & IPTS di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Dan saya bersama 12 orang lagi mewakili Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur.

Pelbagai juadah menarik disediakan oleh pihak penganjur hampir 30 Jenis juadah dan pelbagai jenis kuih-muih berbuka dan dikatakan RM90 untuk setiap kepala yang datang. Inilah yang dikatakan bahawa rezeki yang mendatang sempena bulan yang mulia ini.

Majlis dimulakan dengan berbuka puasa dengan menjamah pelbagai kuih-muih yang disediakan dan kemudiaannya diadakan Solat Maghrib berjemaah di surau yang disediakan khas untuk semua tetamu jemputan. Kemudiaannya, majlis berbuka diteruskan dengan pelbagai juadah yang disediakan.

Ketika menjamah makanan, meja kami diceriakan lagi dengan Ayahanda Habib yang datang untuk bermesra dengan kami seuniversiti. Alhamdulillah, banyak juga perkongsian ilmu dan pengelaman yang diceritakan sebelum kami beramai-ramai bermesra dan bergambar bersama YB Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

Alhamdulillah, saya amat berpuas hati dengan majlis berbuka puasa ini setelah menarik diri untuk Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri di Putrajaya baru-baru ini disebabkan masalah-masalah tertentu. Dan selepas ini, sekiranya pihak MPM dan Universiti masih menerima jemputan, Insyaallah kami akan hadirinya kerana dapat membuat penjimatan di bulan mulia ini. He3…


"TERIMA KASIH DAUN KELADI"

Sekian,

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

0 comments: