Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
Kemerdekaan merupakan satu kebebasan sesebuah negara dari belenggu penjajah durjana. Kemerdekaan juga boleh diertikan sebagai pelepasan sesebuah negara dari terikat dengan mana-mana pihak. Kemerdekaan juga dirasai di negara kita yang bernama Malaysia.
Pelbagai lagi maksud yang boleh difokuskan sebagai membawa erti kemerdekaan untuk semua. Begitu juga dengan saya, banyak yang boleh diperkatakan oleh saya berkenaan dengan kemerdekaan kita yang ke-53 ini. Bagi saya sejujurnya, kemerdekaan yang sebenar-benarnya belum dapat digambarkan sepenuhnya di negara kita yang bernama Malaysia.
Ya, kita memang MERDEKA dari segi fizikalnya TETAPI adakah seluruh belia remaja kita MERDEKA? Pemikiran, sikap dan adab anak bangsa kita hari ini MERDEKA? Saya sebenarnya suka mengaitkan antara MERDEKA dengan ANAK REMAJA KITA kerana kita perlu sedar dengan hal semasa yang berlaku di Malaysia pada hari ini.
Kita melihat seluruh negara sudah bersiap sedia dengan pelbagai acara untuk sambutan negara yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Malaysia lebih-lebih lagi Malam Kemerdekaan. TETAPI adakah ia sebenarnya menunjukkan erti KEMERDEKAAN sebenar negara MALAYSIA..?? Atau hanya sekadar untuk meraikannya tanpa memikirkan apa sebenarnya yang patut dilakukan terutamanya apabila melibatkan BELIA REMAJA Malaysia.
Kebebasan dalam kehidupan bukan sebenarnya menunjukkan erti kemerdekaan yang sebenar selagi pemikiran BELIA REMAJA masih disuntik dengan semangat HEDONISME dalam setiap perkara yang dilakukan. Betul atau Tidak, lihatlah disekeliling anda semua. Adakah dengan Nyanyian dan Konsert yang diadakan dalam menunggu detik 12.00malam merupakan tindakan yang bijak dalam menyambut hari kemerdekaan yang ke-53?
Saya mewakili Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC ingin mengucapkan “SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN NEGARA MALAYSIA yang ke-53”. Semoga dengan kemerdekaan kali ini, dapat membuatkan seluruh mahasiswa UTM IC dan pembaca blog saya menambahkan lagi keyakinan untuk terus MAJU JAYA dalam memperjuangkan AGAMA, BANGSA & NEGARA.
Akhir kata, semoga anda semua menjadikan KEMERDEKAAN ini sebagai langkah untuk terus mengejar cita-cita anda dan bukannya untuk berhibur sehingga terjerumus ke lembah maksiat yang sering kali menjadi kebimbangan para ibu ayah anda semua.
Sekian, Wallahua’lam…
“1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI”
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com
Monday, August 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment