Thursday, August 26, 2010

Selamat Hari Wanita 2010...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

"1 Azam - Wanita 1 Malaysia", merupakan tema yang diangkat sempena Sambutan Hari Wanita 2010 pada kali ini. Dengan tema baru yang diketengahkan ini membawa seribu erti dan penghayatan tentang keazaman dan semangat wanita-wanita dalam era 1 Malaysia hari ini.

Wanita hari ini dianggap setaraf dengan lelaki dalam pelbagai bidang tidak kira bidang perguruan mahupun kejuruteraan. Semangat kerajinan dan kematangan berfikir merupakan antara kelebihan yang terdapat oleh para wanita yang dianugerahkan oleh Allah SWT.

Pelbagai kejayaan yang dapat dijadikan contoh yang ditonjolkan oleh wanita Malaysia hari ini yang dapat dibanggakan oleh kita semua sebagai rakyat Malaysia. Antaranya, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang merupakan Gabenor Wanita Pertama Malaysia, Datuk Nicol Ann David yang merupakan pemain no.1 Dunia sukan skuasy.

Dalam Islam sendiri kita dapat lihat pelbagai tokoh yang diangkat dalam perjuangan Islam. Antaranya, Sumayyah Binti Khayyat yang nekad memperjuangkan Islam walaupun diberi pelbagai dugaan dan cabaran yang kuat untuk meninggalkan Islam.

Di sini juga, saya mewakili Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia International Campus ingin mengucapkan "SELAMAT HARI WANITA 2010" kepada seluruh Mahasiswi UTM IC dan pembaca-pembaca blog wanita. Semoga anda diberikan kekuatan dalam menjaga maruah diri dan ciri-ciri seorang Muslimah yang dikagumi oleh kedua ibu ayah anda.

Ingatlah, Wanita mudah masuk Syurga tetapi Wanita juga antara teramai di Neraka. Dan jagalah aurat dan kesucian anda sebagai kekuatan anda dalam memartabatkan Islam dan kewajipan kepada diri anda selaku hamba Allah di muka bumi ini.

Wallahua'lam...Sekian...

"1 AZAM - WANITA 1 MALAYSIA"

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Kebajikan, Kolej dan Pengaduan Awam
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

1 comments:

Unknown said...

Info Hari Wanita
-Lelaki Terangsang 30 Kali Sehari!

http://masterfaiz.blogspot.com/2010/08/info-hari-wanita-lelaki-terangsang-30.html