Wednesday, December 7, 2011

Penyakit Jangkitan Seksual Merebak di Selatan China...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…



GUANGZHOU: Penduduk Guangdong, kawasan paling padat di selatan China kini dilanda kebimbangan berikutan merebaknya penyakit jangkitan seksual sifilis di wilayah itu, lapor media tempatan.

Akhbar harian, Southern Metropolis melaporkan semalam, sepanjang tahun ini saja, kira-kira 43,000 kes sifilis dikesan dalam kalangan penduduk tempatan.

“Kedudukan ekonomi China yang semakin makmur, menyebabkan rakyatnya semakin berfikiran terbuka, menyanjung ‘hedonisme’ dan tidak lagi terkongkong dengan ajaran komunis. Tawaran khidmat seks semakin meningkat dan ini menjadi punca penyebaran penyakit kelamin,” lapor akhbar itu.

Akhbar itu melaporkan, peningkatan kadar penyakit jangkitan seksual di Guangdong, dikesan semakin meningkat sejak lapan tahun kebelakangan ini.

Sebanyak 43,116 kes sudah dikenal pasti sebagai penyakit jangkitan seksual sepanjang tempoh Januari hingga Oktober lalu, jumlah yang hampir sama tahun lalu seramai 45,000 orang.

“Kadar bilangan penghidap penyakit kelamin terus meningkat sejak 2003 dengan kadar antara 15 hingga 20 peratus setiap tahun.

Pekerja seks dan lelaki homoskes adalah mereka paling ramai dijangkitan penyakit ini,” kata Pengarah Pencegahan Penyakit Berjangkit di Guangdong, Yang Bin.

Beliau berkata antara 25 hingga 30 peratus pekerja murahan di Guangdong dikesan menghidap sifilis.

“Penyakit ini boleh diubati jika dikesan awal, tetapi ia boleh ‘bersembunyi’ di dalam tubuh penghidap tanpa menunjukkan sebarang gejala dan tanda, terutama jika lambat dikesan,” kata beliau yang juga seorang doktor.

Yang Bin berkata, pihaknya menyediakan perkhidmatan rawatan percuma untuk penyakit sifilis diklangan penduduk yang tidak berkemampuan.

“Bagaimanapun, mereka yang mampu dikehendaki membayar 100 yuan (RM49.30), jika penyakit dikesan awal, tetapi bayaran lebih tinggi akan dikenakan jika penyakit sudah berada pada tahap kritikal,” katanya. – Agensi

Sumber : DCM

Perkongsian ini adalah sebagai satu tanggungjawab saya untuk memberi kesedaran bahawa akibat daripada melakukan seks bebas dan seks songsang yang semakin berleluasa di Negara kita. Sedih juga, sekiranya penyakit terus tersebar sehingga ke Negara kita.

Nasihatlah kepada saudara-mara kita, sahabat-sahabat kita, anak bangsa kita bahawa dalam Islam sendiri telah melarang perbuatan zina ini. Percayalah, kita semua haruslah mengambil tahu mengenai pendidikan seks ini sebagai kesedaran ke atas diri kita dan seluruhnya. Insyaallah…

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: