Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
7 Disember 2011 (Rabu) yang lepas, bertempat di Kolej Tun Razak UTM JB, saya berkesempatan untuk mengikuti satu program yang cukup bermakna di sana iaitu ‘Pengkisahan Tan Sri Ainuddin : Pejuang ‘Degil’ Melayu ’ yang disampaikan oleh Datin Seri Fatini Yaacob, Penulis buku tersebut.
Program seperti ini, amat ditunggu-tunggu kerana cukup bermanfaat untuk dihadiri. Banyak perkongsian yang disampaikan oleh Datin Seri sendiri sehinggakan semua di dalam dewan begitu teruja untuk meneruskan mendengar pengkisahan yang disampaikan itu.
Saya juga berkesempatan untuk memperolehi buku Ainuddin Pejuang ‘Degil’ Melayu yang turut ditandatangani oleh penulis yang cukup saya hormati. Kerna penghasilan karyanya banyak melibatkan genre yang diminati saya iaitu Biografi.
Antara initipati-intipati yang diperolehi semasa mengikuti program pengkisahan ini adalah :
• Dalam mempertahankan prinsip agar anak bangsanya dapat diperbanyakkan segera untuk memenuhi kuota DEB di UTM, sehingga skala 10:90 berjaya diubah kepada 90:10 dalam masa lima tahun sahaja.
• Dalam menterjamah nilai jati diri Melayu/Islam, kepada pelajarnya sehingga sepanjang 20 tahun khidmatnya beliau Berjaya menghasilkan ratusan ribu lulusan UTM sebagai teknokrat Melayu yang kental jati diri.
• Dalam memegang kukuh prinsip perjuangannya, sehingga boleh berkorban rasa – walau dikutuk, walau dihina, walau dihentak mejanya, beliau masih tetap boleh bertenang, tersenyum, dan memaafkan semuanya demi menunaikan amanah terhadap kuantiti dan kualiti pendidikan anak bangsanya.
Saya juga berkesempatan untuk menanyakan satu soalan kepada Datin Seri mengenai bagaimana terdetiknya beliau untuk menulis pengkisahan Tan Sri Ainuddin ini dan jawabnya beliau antara penulis yang dicalonkan oleh kawannya sendiri dan dipersetujui oleh semua pihak. Saya sendiri pun suka dengan gaya penulisannya yang cukup teliti dan tidak memboringkan.
Melihat kepada kehadiran terhadap program tersebut agak menyedihkan sebenarnya kerana dilihat seperti kurang sambutan. Tetapi saya amat bersyukur kerana ada lagi kepimpinan mahasiswa iaitu JKM KTR yang berani dan menyahut seruan universiti untuk menggalakkan mahasiswa untuk terus membaca buku-buku yang manfaat. TAHNIAH saya ucapkan.
Akhir kata, saya harapkan agar program seperti ini terus diadakan di Universiti Teknologi Malaysia sebagai antara program yang wajib diteruskan. Insyaallah, saya akan terus sokong program dan aktiviti seperti ini. Insyaallah…
Sekian, Wallahua’lam…
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com
Saturday, December 10, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
best ke event tu? ramai tak yg datang
my aunty wrote that book :)
dah tulis di sini:
http://purplewhitestripes.blogspot.com/2011/10/jumpa-pm-depan-mata.html
Post a Comment