Monday, December 12, 2011

Memadu Kasih Lepas 'Tekanan' Ambil SPM...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

MELAKA: Tidak sampai beberapa hari habis ‘memerah otak’ selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sepasang kekasih melepas tekanan dengan bermadu kasih di sebuah hotel bajet di Jalan Tun Ali, di sini, semalam.

Remaja lelaki berasal dari Kuala Lumpur dan pasangannya dari Negeri Sembilan berusia 17 tahun itu sanggup ke negeri ini semata-mata untuk memadu asmara.

Pasangan itu ditahan ketika pemeriksaan mendapati mereka berkurung di dalam satu bilik hotel dalam operasi bersepadu disertai Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Invest Melaka.

Mereka antara empat pasangan berusia di antara 23 dan 35 tahun yang dicekup dalam serbuan di dua hotel berasingan bermula jam 1 pagi, semalam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani berkata, pasangan itu dipercayai mendaftar masuk ke hotel itu beberapa jam sebelum serbuan dilakukan.

Katanya, mereka dipercayai bersiar-siar di sekitar bandar ini sebelum menyewa bilik berkenaan.
“Soal siasat mendapati pasangan itu masih di bawah umur dan baru selesai menduduki SPM,” katanya.

Operasi bersepadu selama tempoh empat jam itu bermula jam 1 pagi dengan membabitkan seramai 30 pegawai dan anggota daripada Jaim, MBMB dan Invest Melaka.

Antara lokasi yang diserbu adalah Jalan Tun Ali dan Taman Melaka Raya.

Rahimin berkata, dalam serbuan di hotel sama, pihaknya menahan dua warga Indonesia yang memberi alasan sebagai sepupu.

Bagaimanapun, katanya, alasan itu tidak masuk akal kerana kedua-duanya tetap bukan mahram dan ditahan untuk siasatan lanjut.

Sumber : Harian Metro

LinkSekali lagi saya nak ulang dan ingatkan sebagai tanggungjawab social saya terhadap isu-isu yang melibatkan belia remaja yang merupakan segenarasi dengan saya ini. Saya harap sangat, tolonglah berfikir panjang sebelum anda melakukan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syariat Islam…

Pesanan buat Kaum Hawa :
Percayalah… Sekiranya seseorang lelaki itu benar-benar ingin memperisterikanmu, dia takkan sentuhmu sesuka hati kerana dia tahu bahawa kesucian dirimu itu melambangkan kesetiaan dan kejujuran yang amat diinginkan oleh sang lelaki sepertinya. Percayalah… Cinta dan Kasih –Sayang itu bukannya seperti berpelukan atau menggadaikan maruahmu dan kewanitaanmu, tetapi cinta dan kasih sayang itu akan lahir dengan hati yang berpaksikan Cinta Kepada Allah…

Pesanan buat Kaum Adam :
Percayalah… Sekiranya kamu mempergunakan wanita-wanita diluarsana sesuka hati dan sekadar ingin melempiaskan nafsumu itu, ingatlah ‘ALLAH MAHA ADIL’…perbuatan itu sendiri akan memakan dirimu sendiri… Kamu mesti ingat, kamu ada Ibu, kamu ada Kakak dan kamu ada Adik Perempuan… Jangan selepas mereka-mereka ini menjadi mangsa sepertimana engkau menjadi pemangsa, engkau Baru Menyesal !

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: