Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
Hari ini saya berpeluang untuk menonton sebuah filem yang penuh dengan mainan emosi dan perasaan serta menjadi bualan hangat industri perfileman tanah air iatu Ombak Rindu. Filem yang telah diadaptasikan dari sebuah novel karya Fauziah Ashaari.
Filem arahan Saudara Osman Ali ini menjadi filem pertama yang bertemakan ‘Drama dan Percintaan’ yang Berjaya menarik minat saya untuk ke pawagam. Filem yang berdurasi hampir 2 jam ini sungguh sarat dengan emosi dalaman dan cukup menyentuh perasaan mata-mata yang sedang menonton.
Filem yang diterajui oleh barisan pelakon yang pernah meraih anugerah berprestij dalam industri perfileman seperti Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani, Bront Palarae dan sebagainya lagi cukup hebat menggayakan watak masing-masing.
Perwatakan yang cukup menarik minat saya adalam watak Izzah yang dilakonkan oleh Maya Karin cukup hebat dan penuh emosi. Sifatnya yang lebih dan berhati mulia serta mempunyai pegangan agama yang tinggi membuatkan perwatakan itu cukup lain dari yang lain.
Saya dengan berbesar hati memberikan 4.5 bintang kepada filem ‘Ombak Rindu’ ini atas alasan plot penceritaannya yang cukup menarik dan penuh penghayatan sehinggakan saya seperti berada di dunia Izzah dan Hariz itu sendiri. Rata-rata penonton yang saya lihat, keluar dengan ‘hidung’ kemerahan dek melayan perasan menghayati watak Izzah.
Sebelum itu saya ingin kongsikan synopsis filem ‘Ombak Rindu’ kepada semua pembaca blog saya,
Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.
Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.
Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?
Sekian, Wallahua’lam…
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com
Wednesday, December 7, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment