Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
GOMBAK: Kawan makan kawan. Itu perumpamaan sesuai apabila seorang remaja perempuan diumpan rakannya ke sebuah hotel di Batu Caves, di sini, sebelum dijadikan habuan seks dua lelaki, kelmarin.
Dalam kejadian jam 1 pagi itu, remaja berusia 14 tahun itu bersama rakan perempuannya berusia 20-an, dihubungi seorang lelaki yang mengajak mereka berjumpa di hotel itu untuk melepak bersama.
Menurut sumber, mangsa tidak mengesyaki rancangan jahat rakannya yang ingin melacurkan dirinya kepada dua lelaki berusia 20-an terbabit bersetuju mengikutinya dengan menaiki kereta rakannya.
“Bagaimanapun sebaik tiba di tempat kejadian, rakannya mengadu kononnya pening dan ingin berehat sebentar di dalam kereta.
“Dia menyuruh mangsa berjumpa lelaki terbabit yang sedang menunggu mereka di tingkat satu hotel berkenaan,” katanya.
Sumber : My Metro
Masyaallah, terlalu mudah untuk anak muda ‘perempuan’ keluar pagi-pagi buta tanpa memikirkan soal pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Akhirnya diperbodohkan sedemikian rupa.
Pada pandangan saya, jika batas pergaulan tidak dititikberatkan… Inilah akibatnya iaitu mudah terpedaya dengan kawan baik sendiri…
*Berdoa agar adik-beradikku, saudara-maraku, sahabat2ku dilindungi Allah Taala… AMIN…
Sekian, Wallahua’lam…
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com
Wednesday, December 14, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
betul 2..ngeri nye lah bila mengenangkan nasib anak muda yg senang diperbodohkan..kalau mak akk dah bising dah kalau anak pompuan die x ada kat umah kol 11pm..nie kan pulak kuar umah kol 1am..tak fikir langsung..
Post a Comment