Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
Diharapkan hari ini penuh dengan kemesraan dan kebahagiaan untuk anda semua. Senyum, ketawa itulah penyeri untuk kita semua melayari kebahagiaan dalam kehidupan. Tanpa kebahagiaan, tidak guna kita bergembira. Betul tak?
Berbicara mengenai ‘Ingat 5 Perkara Sebelum Datangnya 5 Perkara’ merupakan satu peringatan umum yang kita semua sudah ketahui. Tatkala ianya telah dinasyidkan oleh Kumpulan Raihan sebagai peringatan untuk kita semua.
1. Waktu Sihat Sebelum Datangnya Waktu Sakit.
2. Waktu Muda Sebelum Datangnya Waktu Tua.
3. Waktu Kaya Sebelum Datangnya Waktu Miskin.
4. Waktu Lapang Sebelum Datangnya Waktu Sempit.
5. Waktu Hidup Sebelum Datangnya Mati.
Cuba anda semua perhatikan dan telitikan satu persatu perkara tersebut dan fikirkan sedalam-dalam makna yang terkandung di setiap perkara tersebut.
1. Waktu Sihat Sebelum Datangnya Waktu Sakit – Lakukan sesuatu perkara yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kepada diri anda dan orang-orang disekeliling anda semasa anda masih sihat.
2. Waktu Muda Sebelum Datangnya Waktu Tua – Waktu anda muda inilah saatnya anda berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajiban anda kepada Maha Pencipta, kelak bila anda tua anda tidak lagi memikirkan hal-hal duniawi.
3. Waktu Kaya Sebelum Datangnya Waktu Miskin – Waktu anda kaya berharta itulah anda boleh menolong orang yang lebih susah daripada anda kerana sedekah yang ikhlas akan jadi bekalan anda menghadap-Nya.
4. Waktu Lapang Sebelum Datangnya Waktu Sempit – Waktu anda masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman anda.
5. Waktu Hidup Sebelum Datangnya Mati – Sesungguhnya sewaktu hidup semua 4 perkara di atas boleh anda lakukan tetapi bila anda telah tiada hanya amal soleh, sedekah jariah dan doa anak yang soleh sahaja yang mengiringi anda.
Sebagai khalifah di muka bumi Allah ini, saya sekadar mengingati diri saya sendiri dan semua sahabat-sahabat saya serta pembaca blog saya. Moga-moga perkongsian ini dapat membimbing kita semua menjadi seorang yang lebih beriman dan bertakwa kepada-Nya. Insyaallah… =)
Sekian, Wallahua’lam…
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com
Sunday, September 18, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
sunah rasul yg perlu kita perhatikan, agar siap saat waktu kita telah tiba
Post a Comment