Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Bacalah ! (Wahai Muhamad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian Makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya…
(Surah Al-‘Alaq : Ayat 1-5)
ALHAMDULILLAH dan bersyukur saya ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya, akhirnya dapat juga menerima Segulung Diploma Pengurusan Harta Tanah dari Universiti Teknologi Malaysia selepas 3 tahun saya berhempas-pulas dalam meneliti dan memahami pengetahuan saya dalam bidang Harta Tanah ini. Alhamdulillah…
Perasaan gembira dan sedih menyelubungi diri saya apabila melangkah kaki di tengah-tengah pentas dewan Konvokesyen UTM Ke-47 bagi menerima Segulung Diploma yang telah disampaikan oleh Pro-Canselor Universiti Teknologi Malaysia tepat jam 4.25 petang.
Dengan jubah Eksklusif yang dipakai di badan, perasan gembira itu sentiasa mengalir walaupun ketiadaan ibu ayah di sisi, tapi saya percaya, saya berjanji akan sentiasa menggembirakan kedua-dua ibu ayah saya ini yang banyak memberi sokongan dalam melayari kehidupan yang sementara ini.
Melihat sahabat-sahabat lama yang datang dan berkumpul bersama-sama, membuatkan perasaan dan kenangan lama kembali menyingkap di ingatan, suka dan duka bersama-sama hampir 3 tahun di Universiti Teknologi Malaysia International Campus.
Di sini saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak ucapan ‘TERIMA KASIH’ yang sentiasa memberi sokongan kepada diri saya terutamanya Prof. Datuk Dr. Tajuddin Hj Ninggal, TNC (HEMA) UTM dan Encik Mohd Sharil Abdullah, Penolong Pendaftar Kanan Pejabat HEMA UTM IC yang sentiasa memberi ruang dan peluang kepada diri saya untuk tonjolkan diri dalam bidang kepimpinan dan kesukarelawan serta membantu masyarakat sekitar di seluruh Malaysia.
Saya juga ingin mengucapkan ‘TERIMA KASIH’ kepada semua yang sudi bekerjasama dengan saya dalam menyelesaikan tugasan Akademik dari semester pertama sehinggalah ke semester kelima. Dan TAHNIAH kepada anda semua.
Seterusnya, saya ingin mengucapkan ‘TAHNIAH’ kepada semua Graduan Universiti Teknologi Malaysia bagi Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia Ke-47. TAHNIAH dan BERAZAMLAH untuk meraih lebih banyak kejayaan dan seterusnya Berjaya mencapai kegemilangan dan kegembiraan di dunia dan di akhirat.
Ingatlah bahawa, doa dan restu Ibu Ayah kita itu merupakan salah satu bentuk doa yang dimakbulkan Allah. Sayangilah mereka selalu. Kepada mereka yang sentiasa menyokong dan memberi tunjuk ajar kepada saya, saya amat menghargai sokongan dan bantuan anda itu. TERIMA KASIH !!!
Kepada adik-adik, junior-junior, dan sahabat-sahabat baru saya, saya mendoakan agar kita semua memperolehi kejayaan dalam bidang masing-masing. Jangan sesekali putus asa walaupun kegagalan yang kita dapat kerana dengan kegagalan itulah yang akan membuatkan kita semua lebih bersedia dan lebih bersemangat. Insyaallah…
Sekian, Wallahua’lam…
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Pemegang Diploma Pengurusan Harta Tanah UTM
wan_hazem19@yahoo.com
Tuesday, September 27, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
tahniah akhi..trskn usaha ag
slm bule tunjuk ajar dlm course nhe
Post a Comment