Wednesday, September 21, 2011

Setelah Hampir 3 Minggu di UTM JB...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Setelah hampir 3 minggu saya berada di Universiti Penyelidikan yakni Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru, penyesuaian diri saya di sini semakin hari semakin baik. Tatkala dengan bertambahnya kenalan saya dari pelbagai kolej termasuk tahun1,2,3,4 mahupun di peringkat Master dan PhD.

Terima Kasih kepada sahabat-sahabat dan kenalan baru saya terutamanya di kalangan mahasiswa Tahun 1 serta kenalan lain dari kolej yang berbeza termasuk dari Kolej Tun Dr Ismail, Kolej Perdana, Kolej Tun Fatimah dan sebagainya. Terima kasih saya ucapkan kerana mempercayai diri saya ini sebagai sahabat anda.

Setelah hampir 3 minggu ini juga, saya ada juga menyertai beberapa program dihujung minggu yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Makan Malam Fakulti (Dinner Fakulti) yang diadakan di Rumah Alumni yang mempertemukan mahasiswa baru dengan Dekan Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah.

Sukarelawan untuk Kursus Haji Perdana Peringkat Negeri Johor anjuran Pusat Islam UTM dan Tabung Haji Negeri Johor. Konvoi beraya di rumah sahabat-sahabat UTM IC iaitu Nurul Nabillah Yusoff, Wan Muhammad Yusuf (Roomate), Hariz Zakwan dan Nurul Hikmah. Saya juga dijemput untuk menghadiri rumah terbuka Dato’ Adham Baba dan YB. Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

Terima Kasih saya tujukan kepada Barisan JKM Kolej 11, kerana mempercayai diri saya dan memberi peluang untuk saya mengetuai Unit Tugas-Tugas Khas bagi Program yang akan diadakan pada hujung minggu ini iaitu Program Lambaian U yang melibatkan 4 buah sekolah menengah. Insyaallah, saya akan cuba buat yang TERBAIK… Insyaallah…

Berkaitan dengan akademik pula. Saya amat berterima kasih kepada Penasihat Akademik saya yang sentiasa menyokong dan mempercayai saya serta cukup ‘Spoting’. Pembelajaran di bilik kuliah juga setakat ini cukup memuaskan dan best.

Kepada rakan sekelas saya, Terima Kasih kerana sudi berkawan dengan saya walaupun saya agak PENDIAM ketika berada di bilik kuliah. Jangan risau, saya tak sombong, saya baik aje… =) Heheehe….

Kepada sahabat-sahabat di UTM IC, saya amat merindui kalian tetapi saya masih belum berkesempatan untuk turun ke Kuala Lumpur dan hanya mampu untuk berkomunikasi di Facebook sahaja. Saya doakan agar kita semua dipertemukan semula di UTM JB ini. Insyaallah…

Dengan pelbagai tugasan dan urusan akademik, saya memohon agar korang semua dan pembaca-pembaca blog saya ini, mendoakan KECEMERLANGAN untuk diri saya di DUNIA dan AKHIRAT. Saya juga akan buat yang terbaik untuk mencapai Anugerah Dekan untuk semester pertama saya di UTM JB ini…

Akhir kata, saya mengharapkan agar dengan kehadiran saya ini di UTM JB, saya mampu untuk membuat yang terbaik bagi mengangkat status Mahasiswa ke peringkat yang lebih tinggi. Insyaallah… Saya juga akan mencapai satu persatu sasaran dan impian saya di UTM JB sepertimana yang saya rancang 3 tahun dahulu. Insyaallah…

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran dan Pembangunan Tanah
Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah, UTM JB
wan_hazem19@yahoo.com

4 comments:

shafiqabdshukor said...

selamat belajar..

muhammad azrin said...

bagus! taun satu dah sertai banyak aktiviti mungkin disebabkan pljr UTM IC.... best of luck!

Tieah Madian said...

Selamat menempuh alam belajar di universiti.. Good luck..

Entry Terbaru 1 : Salahkah Menonton Filem Nasi Lemak 2.0
Entry Terbaru 2 : Filem Nasi Lemak 2.0 Tidak Kurang Hebatnya

R10 said...

semoga sukses kuliahnya