Sunday, September 18, 2011

'Hantu Bonceng' Yang Santai...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Semalam saya berpeluang menonton sebuah filem yang agak melucukan dan santai iaitu ‘Hantu Bonceng’ arahan pengarah yang tidak asing lagi iaitu Saudara Ahmad Idham.

Teraju utama filem ‘Hantu Bonceng’ ini iaitu Zizan Razak dan Juliana Evans cukup ‘menjadi’ dan tidak kering gusi melihat telatah dan ragam lakonan mereka.

Saya agak tertarik dengan penceritaan filem ini yang kelihatan agak berlainan dengan filem-filem yang bertemakan komedi seram disebabkan auranya agak berlainan apabila melihat 2 pelakon komedi yang cukup saya minati iaitu Zizan Razak dan Dottie wujud dalam satu filem.



Tahniah juga saya ucapkan kepada Saudara Ahmad Idham dan Excellent Pictures Sdn. Bhd. di atas kejayaannya meraih kutipan hampir RM8juta. Untuk pengetahuan pembaca semua, Excellent Pictures Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh Saudara Ahmad Idham ini pernah menaja program saya iaitu Program University Social Responsibility YPM-UTM @ Tangga Batu ’11.

Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada Saudara Ahmad Idham dan Excellent Pictures Sdn. Bhd.

Jika ditanya berapa bintang yang ingin saya berikan kepada filem ‘Hantu Bonceng’ ini, saya hanya mampu memberikan ‘3 Bintang’ sahaja disebabkan banyak kelemahan dari segi pemilihan watak dan lakonan yang kurang mantap.

Di sini juga saya ingin kongsikan synopsis filem ini sekadar untuk mempromosikan filem ini kepada sahabat-sahabat saya dan pembaca-pembaca blog saya sebagai sumbangan saya kepada Excellent Pictures Sdn. Bhd. yang sebelum ini, pernah membantu saya dalam merealisasikan program khidmat masyarakat saya.

Sinopsis Hantu Bonceng :

Sebuah karya komedi ringan yang sesuai untuk seisi keluarga berkisar mengenai kehidupan Amran ( lakonan Zizan Razak) yang sering dihantui hidupnya oleh roh Maya, bohsia yang mati akibat kemalangan, setelah di’menangi’ Amran. Dia meminta pertolongan Kunyit ( Tai) untuk membantunya menyelesaikan masalah, apabila tunangnya, Halimaton ( Jue Aziz ) enggan memberi pertolongan. Namun, dalam keadaan itu, muncul pula Ayu ( Juliana Evans ) dalam perhubungan Amran dan Halimaton. Apa kesudahan kisah mereka, dan dapatkah Kunyit membantu menyelesaikan masalah Amran.

P/s : Saya mengharapkan lebih ramai penggiat filem dapat bersama-sama dengan mahasiswa IPT untuk beramah mesra dengan masyarakat. Insyaallah… Dan kepada Saudara Ahmad Idham & Excellent Pictures Sdn. Bhd. sudi-sudilah menaja lagi program-program saya. Insyaallah… =)

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: