Wednesday, October 13, 2010

Sabar Itu Separuh Daripada Iman...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Memang sukar dalam memuaskan hati semua pihak. Tidak kiralah berkaitan dengan apa sekali pun, sama ada melibatkan orang yang kita kenali mahupun tidak dikenali. Tapi kesabaran itulah yang menjadi tunjang utama dalam memastikan keseimbangan yang perlu diterapkan dalam diri kita terutamanya mereka yang bergelar seorang pemimpin.

Memang tidak dinafikan, setiap insan yang dilahirkan di dunia ini masing-masing mempunyai tahap kesabarannya sendiri. Termasuklah diri saya sendiri yang tidak terlepas dengan perkara ini. Kadang-kala sering terfikir kenapa orang tidak memahami apa yang sebenarnya berlaku terhadap diri kita. Adakah kita ini sombong? Angkuh? Dan sebagainya.

Sabar separuh daripada iman. Sabar itu sendiri sebenarnya amatlah perlu dipupuk oleh setiap insan yang terdapat di dunia ini, lebih-lebih lagi pada saat getir dalam berganjak ke alam dewasa yang semakin mencabar. Dengan pelbagai godaan nafsu dan duniawi yang semakin melampau dalam mengajak manusia ke lembah kehinaan dan maksiat.

Maksud "sabar" dalam konteks amalan batin ialah menahan hawa nafsu daripada dipengaruhi oleh sebarang gelora atau kegemparan hati atau tekanan jiwa atau perasaan atau rangsangan yang menimbulkan rasa marah atau berontak, resah- gelisah, tidak rela, sugul, kecewa atau putus asa, akibat daripada pengalaman menghadapi kesusahan, ketidak- selesaan atau sesuatu keadaan yang tidak disukai atau tidak diingini.

Cuba kita semua perhatikan “Sabar” itu sendiri di sekeliling kita, adakah “Sabar” itu menjadi satu kekuatan dalam mana-mana organisasi yang terdapat di UTM IC, sama ada persatuan mahasiswa mahupun mana-mana Jabatan. Adakah tahap kesabaran di setiap organisasi itu masih boleh dikawal atau pun tidak?

Cuba anda semua bayangkan pula, jika keseluruhan organisasi di UTM IC tidak mengamalkan pendekatan “Sabar” dalam diri mereka. Adakah penyatuan antara semua pihak dan organisasi di tahap yang membanggakan? Atau di tahap yang rendah? Anda semua mesti boleh jawab akan persoalan ini.

Akhir kata, saya menyeru agar seluruh Mahasiswa UTM IC mengamalkan sifat “SABAR” dan menerapkannya dalam diri masing-masing agar kehidupan anda lebih dalam ketenangan dan keberkatan Ilahi. Ingatlah, SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN…


Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

1 comments:

Anonymous said...

slm w.b.t. sabar perlu juga mengikut kondisi. sabar dengan dugaan daripada Allah s.w.t. terhadap hambaNya. sabar dengan cacian, tomahan, kutukan daripada kawan2. jangan pula sabar dengan membuat kebaikan, menuntut ilmu dan membantu yang memerlukan. jangan sabar dengan kawan2 yang membuat maksiat atau perkara yang dicegah dalam agama.

maksud sabar bukan duduk diam tidak berbuat apa. maksud jangan sabar pula bukan dengan marah, konfrantasi atau demonstrasi jalanan.

sebagai contoh sabar terhadap tomahan dan cacian kawan perlulah dengan muhasabah diri dan membaiki kelemahan dan kekurangannya. jangan sabar terhadap kawan yang melakukan kejahatan perlulah dengan nasihatkan padanya supaya kembali kepada jalan yang benar dan lurus.