Saturday, October 2, 2010

Masalah... Masalah... Masalah...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Setiap insan yang hidup di muka bumi ini takkan terlepas dari sebarang masalah yang berlaku. Tidak kiralah ianya masalah berkaitan apa sekali pun tetapi tetap istilah yang digunakan adalah “Masalah”. Banyak masalah boleh diperhatikan tidak kiralah ianya masalah peribadi atau masalah lain sekali pun, kita sebagai insan mesti meneruskannya untuk terus hidup dan selesaikan masalah tersebut.

Semakin hari apabila usia makin menjangkau ke 20-an, masalah terhadap diri kita semakin bertambah. Tidak kiralah pada sesiapa sekali pun. Saya sendiri hampir setiap hari pasti aka nada masalah yang berlaku, contohnya, masalah kewangan, masalah kawan-kawan, masalah pelajaran, masalah kepimpinan, dan pelbagai lagi masalah lain.

Tinggal beberapa detik hari saja lagi, usia saya akan mencecah umur 20 tahun, sungguh memeranjatkan bahawa saya sudah hidup di atas muka bumi sudah hampir 20 tahun. Alhamdulillah dan bersyukur kepada Allah kerana terus memanjangkan usia saya seperti hari ini. Sebagai seorang muslim kita tidak terlepas dari melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim.

Berbalik kepada masalah yang kita bincangkan. Kita sering kali mendengar, “Setiap apa yang berlaku pasti aka nada hikmah di sebalik berlakunya sesuatu masalah”. Betul atau tidak, saya jawabkan “YA”, memang ada hikmah disebaliknya. Dalam dada-dada akhbar juga sering dilaporkan bahawa berkenaan dengan isu yang melibatkan bunuh diri, pembuangan bayi dan sebagainya hasil daripada seseorang remaja itu ingin melarikan diri dari masalah yang sedang mereka hadapi.

Setiap orang yang diberikan akal fikiran akan berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu tindakan dan kadang-kalanya disebabkan hawa nafsu dan sifat kita yang egois menyebabkan kita gagal dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang sedang kita hadapi. Samalah seperti saya yang kadang-kala gagal dalam menyelesaikan sesuatu masalah tetapi saya perlu kuat untuk terus berhadapan dengan masalah yang berlaku.

Ingatlah, kita semua perlulah memohon kepada Allah agar kita dipermudahkan segala urusan dan masalah yang sedang kita hadapi kerana kepada Allah yang selayaknya kita memohon dan mengadu kepada-Nya. Sebagai muslim, kita perlulah sebijak-bijaknya menyelesaikan masalah tersebut dengan lebih memikirkan apa yang akan berlaku pada masa hadapan.

Kita juga sering mengambil langkah mudah dalam menyelesaikan masalah yang sedang kita hadapi tanpa memikirkan disebaliknya apa yang yang akan berlaku. Kadang-kala saya sendiri terpaksa menangis dan tertawa sendiri dengan masalah yang sedang saya hadapi kerana untuk menguatkan diri kita lagi, kita terpaksa meluahkan masalah kita kepada orang yang kita percayai untuk tidak membukukan terus di dalam hati.

Akhir kata, saya berpesan kepada diri saya sendiri dan sahabat-sahabat semua, kita janganlah mudah untuk berputus asa disebabkan pelbagai masalah yang kita hadapi. Gunakalah akal yang waras ini untuk terus kita selesaikan satu persatu masalah yang kita hadapi. Sebagai kekuatan diri, perbanyakkanlah berdoa kepada Allah dan beristighfar kepada-Nya. Renung-renungkanlah…

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

0 comments: