Friday, October 1, 2010

Majlis Jamuan Aidilfitri KDN...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Alhamdulillah…Itulah ungkapan yang boleh saya ungkapkan apabila mendapat jemputan untuk menghadiri Majlis Aidilfitri dan Mesra Rakyat Bersama KDN anjuran Kementerian Dalam Negeri yang diadakan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) pada petang tadi.

Saya sungguh bertuah kerana dapat menjimatkan duit untuk menjamu selera dengan pelbagai juadah yang disediakan seperti bihun sup, mee kari, pasembor, ayam golek, satay ayam dan daging, daging rusa panggang, capati, roti john, mee goring mamak, rendang dan pelbagai lagi juadah yang sungguh menyelerakan dan mengenyangkan.

Saya bersama 6 orang lagi mahasiswa lain terlibat seperti Hariz Zakwan, Darren Lai, Raja Mohd Farizal, Shahril Zaabar, Syed Shahiful dan Khairul Shazuan. Di majlis itu juga diadakan pameran dari hampir kesemua agensi dan badan di bawah Kementerian Dalam Negeri seperti JPA, JPN dan sebagainya.

Saya juga berpeluang untuk beramah mesra bersama Dato’ Sri Hishammudin Bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri Malaysia dan Nash, penyanyi jemputan pada majlis tersebut. Inilah yang dikatakan bahawa setiap pemimpin mestilah bersama dengan rakyatnya kerana hakikatnya tanpa rakyat siapalah pemimpin tersebut. Di sini juga, saya tunjukkan beberapa keping gambar semasa majlis berlangsung.




Aku bersama Dato' Sri Hishammudin Bin Tu Hussein...


Aku bersama Nash...




Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

0 comments: