Monday, May 31, 2010
USR-UTM @ Melaka 2010 (3)...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...
Hari ini merupakan satu pengalaman baru buat saya apabila pelbagai kenangan dan perkara manis dan pahit telah berlaku kepada saya sepanjang hari ini (30 Mei 2010) semasa proses Kajian Masyarakat di Kampung Bukit Pulau, Melaka dilakukan.
Pertamanya saya ingin mengucapkan berbanyak TERIMA KASIH dan TAHNIAH kepada seluruh para peserta USR-UTM @ Melaka 2010 yang memberi sepenuh komitmen dalam melakukan proses Kajian Masyarakat ini. Kajian ini adalah bertujuan bagi mengetahui "Apa kemahuan penduduk Kampung Bukit Pulau" dan "Data terkini mengenai penduduk Kampung Bukit Pulau". TERIMA KASIH juga dirakamkan kepada seluruh Penduduk Kampung Bukit Pulau yang memberi kerjasama yang begitu baik dan terbaik. INSYAALLAH...
Saya juga ingin MEMOHON MAAF sekiranya ada di kalangan para mahasiswa sendiri yang kurang berpuas hati dengan segala kekurangan dari pihak saya dan AJK saya. INSYAALLAH...Kami telah lakukan sedaya mungkin yang terbaik dalam bilangan AJK seramai 7 orang.
Terima Kasih juga saya ucapkan kepada Mohamad Hazrai, Nur 'Aqilah, Azyan, Jannah, Khairul Shazuan, Azrul Hafiz dan Anis Idzureen, yang telah memberi komitmen dan kerja yang baik dan TERBAIK... Thanks a lot...
Akhir kata, Semoga 2 - 7 JUN 2010 nanti, semuanya akan berjalan dengan lancar... INSYAALLA...
Ikhlas dari saya,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Pengarah Program USR-UTM @ Melaka 2010
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com
Thursday, May 27, 2010
USR-UTM @ Melaka 2010 (2)...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...
Di sini saya ingin memberi beberapa maklumat mengenai Program Universiti Social Responsibility Universiti Teknologi Malaysia di Kampung Bukit Pulau, Melaka 2010 (USR-UTM@Melaka 2010) yang akan berlangsung pada 2 hingga 6 Jun 2010.
Program ini bermatlamat untuk membentuk mahasiswa yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi, memiliki sifat-sifat kepimpinan, inovatif dan progresif untuk menjadi agen pemangkin kepada pembangunan masyarakat luar bandar serta mewujudkan kerjasama yang erat dan jambatan penghubung antara mahasiswa dan masyarakat.
Dengan bertemakan "MAHASISWA AGEN TRANSFORMASI MASYARAKAT", program ini juga bertujuan untuk memberi motivasi dan berkongsi pengalaman kepada para pelajar Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah dan Sekolah Rendah Agama Kampung Bukit Pulau, mengenai persediaan menghadapi peperiksaan agar mereka lebih cemerlang dalam peperiksaan.
Program ini juga mendapat perhatian dan sokongan dari Kerajaan Negeri Melaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Belia 4B Kampung Bukit Pulau, serta masyarakat setempat. Diharapkan dengan kerjasama ini dapat menyuntik semangat mahasiswa untuk terus berbakti terhadap masyarakat sekeliling.
Program yang diketuai oleh saya sendiri, selaku Pengarah Program dan Mohamad Hazrai, Timbalan Pengarah Program ini merupakan satu langkah awal pembentukan penyatuan mahasiswa dalam aktiviti kemasyarakatan. Insyaallah.
Diharapkan dengan kekuatan mahasiswa sebanyak 104 orang yang mengikuti program ini, mahasiswa dapat menimba pengalaman dan terus berbakti kepada masyarakat di Melaka. Insyaallah. Saya dari pihak penganjur mengucapkan SELAMAT BEKERJASAMA dan SELAMAT BERJAYA...Insyaallah...
Ikhlas dari saya,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Pengarah Program,
USR-UTM@Melaka 2010
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com
013-3114305
Wednesday, May 26, 2010
Jelma Cinta....
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...
Pernahkah korang semua alami satu perasaan sayang terhadap seseorang??? Saya di sini ingin berkongsi sedikit puisi yang saya ciptakan buat sahabat-sahabat yang sedang hangat bercinta... Tetapi ingatlah, JANGAN AMALKAN PERGAULAN BEBAS DALAM PERCINTAAN KORANG...!!!!!
Terimalah dari saya,
JELMA CINTA...
Betapa indah alam ini
Buminya segar menghijau
Nyamannya lautan membiru
Begitulah rasa hati ini
Pabila dicintai sang merpati
Berterbangan menghampiri
Diri ini yang telah dilukai
Hidup ini masih muda
Entah kenal erti cinta?
Entah kenal erti sayang?
Di usia semuda ini
Di saat kesepian
Kerinduan menjelma lagi
Terkenang seseorang
Menari-nari di mata
Inikah yang dinamakan cinta…?
(Hahaha…)
Opps…cinta menjelma
Aku terima seadanya…
Biarlah diri ini disayangi
Dan menyayangi…
Wahai sayangku…
Cinta menjelma lagi
Marilah kita bersama…
Ke alam kebahagiaan…
Tuesday, May 25, 2010
Yusuf Al-Qardhawi... Tokoh Ulama'....
Salam Perpaduan....
Salam 1 Malaysia....
YUSUF AL-QARDHAWI... Siapakah beliau..???
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai seorang TOKOH ULAMA' yang dikagumi oleh manusia seluruh dunia iaitu YUSUF AL-QARDHAWI...
Beliau dilahirkan pada 9 September 1926 di desa Shafth Turaab, Mesir. Ayahnya meninggal dunia semasa beliau berusia dua tahun dan bapa saudaranya menjadi penjaganya selepas peninggalan ayahnya.
Sebelum berusia 10 tahun, Yusuf berjaya menghafaz Quran. Beliau memperoleh pendidikan awal di Maahad Thanta dan Maahad Tsanawi. Beliau adalah lulusan Universiti al-Azhar dalam bidang Usuluddin. Selepas menamatkan ijazah sarjana muda beliau pada tahun 1952, beliau melanjutkan pengajian di universiti yang sama. Namun, beliau terpaksa meninggalkan Qatar pada tahun 1961 akibat tekanan pemerintah pada masa itu. Beliau memperoleh ijazah doktor falsafah pada tahun 1973.
Yusuf adalah khatib dan pendidik. Beliau diberi kepercayaan bekerja di Kementerian Hal Ehwal Agama Mesir. Beliau diberi kepercayaan memegang jawatan Dekan di Fakulti Syariah, Universiti Qatar yang beliau sendiri bangunkan. Beliau juga adalah Pengarah, Pusat Kajian Sunnah dan Sejarah di Universiti Qatar.
Friday, May 21, 2010
Kunjungan Hormat ke Pejabat Ketua Menteri Melaka...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...
Jom... saya ingin berkongsi sedikit pengalaman dalam membuat gerak kerja University Social Responsibility Universiti Teknologi Malaysia di Kampung Bukit Pulau, Melaka 2010 (USR-UTM @ MELAKA 2010).
Pada 19 Mei 2010 (Rabu) yang lalu, saya bersama dengan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni), Penolong Pendaftar Kanan, Pegawai HEM dan Exco MPM UTM IC ada terlibat dengan dalam Kunjungan Hormat ke Pejabat Ketua Menteri Melaka dan Pejabat Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka.
Saya juga terlibat dalam meeting yang melibatkan seluruh jabatan Kerajaan Negeri Melaka yang dipengerusikan oleh Encik Shadan, Pengarah Bahagian Pekerja dan Pelajar Antarabangsa. Pembentangan dari UTM IC juga hebat yang diketuai oleh TNC (HEM & Alumni).
Selesai sahaja dari meeting tersebut, kami di bawa untuk kunjungan hormat ke Pejabat Ahli Parlimen Bukit Katil, YB Datuk Mat Sirat bin Abu. Kami juga turut makan bersama beliau di sekitar kawasan tersebut. Terima kasih diucapkan kepada YB di atas kerjasama yang diberikan oleh beliau.
Di sebelah petangnya pula, kami melangkah masuk ke Seri Negeri untuk Kunjungan Hormat ke Pejabat Ketua Menteri Melaka. Alhamdulillah, meeting yang dipengerusikan oleh YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka, berjalan dengan lancar. ALHAMDULILLAH.
Semoga Kerajaan Negeri Melaka, dan seluruh Jabatan yang terlibat dalam USR-UTM @ Melaka 2010 ini, memberi sokongan yang kuat kepada pihak kami dalam melakukan tanggungjawab sosial di DUN Bukit Baru, Melaka. INSYAALLAH...
Semoga kita semua akan bersua lagi, dan kepada para peserta, saya ucapkan "SELAMAT DATANG" dan "SELAMAT BEKERJASAMA" dalam memastikan kejayaan program ini. INSYAALLAH....
Wednesday, May 19, 2010
Ceria Bersamamu (1)...
Salam Perpaduan....
Salam 1 Malaysia....
Sindrom Down.... Apa itu sindrom down..???? Sindrom Down ialah disebabkan kelainan pada kromosom. Kromosom adalah merupakan serat-serat khusus yang terdapat didalam setiap sel didalam badan manusia dimana terdapat bahan-bahan genetik yang menentukan sifat-sifat seseorang. Bayi normal dilahirkan dengan jumlah 46 kromosom (23 pasang) iaitu hanya sepasang kromosom 21 (2 kromosom 21). Sindrom Down yang kerap terjadi ialah disebabkan oleh kelebihan kromosom 21 dimana 3 kromosom 21 menjadikan jumlah kesemua kromosom ialah 47 kromosom. Keadaan ini boleh melibatkan kedua-dua jantina (lelaki dan perempuan).
Apa yang menyebabkan sindrom down..??? Bagi ibu-ibu yang berumur 35 tahun ke atas semasa mengandung mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan anak Sindrom Down. 95% Sindrom Down disebabkan oleh kelebihan kromosom 21. Keadaan ini disebabkan oleh "non-dysjunction" kromosom yang terlibat iaitu kromosom 21 dimana semasa proses pembahagian sel secara mitosis pemisahan kromosom 21 tidak berlaku dengan sempurna. Di kalangan 5% lagi kanak-kanak Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan "Translocation". Keadaan ini biasanya berlaku oleh pemindahan bahan genetik dari kromosom 14 kepada kromosom 21. Bilangan kromosomnya normal iaitu 23 pasang atau jumlah kesemuanya 46 kromosom. Mekanisma ini biasanya berlaku pada ibu-ibu di peringkat umur yang lebih muda. Sebahagian kecil Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan "mosaic".
Apakah ciri-ciri Sindrom Down..??? Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai ciri-ciri fizikal yang unik :
SIFAT PADA KEPALA, MUKA DAN LEHER
Mereka mempunyai iras muka yang hampir sama seperti muka orang Mongol. Pangkal hidungnya kemek. Jarak diantara 2 mata jauh dan berlebihan kulit di sudut dalam. Saiz mulut adalah kecil dan saiz lidah yang besar menyebabkan lidah selalu terjelir. Pertumbuhan gigi lambat dan tidak teratur. Paras telinga adalah lebih rendah. Kepala biasanya lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan ke belakang. Lehernya agak pendek.
SIFAT PADA TANGAN DAN LENGAN
Sifat-sifat yang jelas pada tangan adalah mereka mempunyai jari-jari yang pendek dan jari kelingking membengkok ke dalam. Tapak tangan mereka biasanya hanya terdapat satu garisan urat dinamakan "simian crease".
SIFAT PADA KAKI
Kaki agak pendek dan jarak di antara ibu jari kaki dan jari kaki kedua agak jauh terpisah dan tapak kaki.
SIFAT PADA OTOT
Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai otot yang lemah menyebabkan mereka menjadi lembik dan menghadapi masalah lewat dalam perkembangan motor kasar.
Berdasarkan pengetahuan mengenai Sindrom ini dan rasa tanggungjawab kepada kanak-kanak Sindrom Down ini, kami di Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC akan mengadakan :
Nama Program : CERIA BERSAMAMU 2010 (Ceria '10)
Tarikh : 17 & 24 Julai 2010
Tempat : Rumah Kanak-Kanak Sindrom Down Ampang
Anjuran : Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC (MPM UTM IC)
Program ini diadakan adalah sebagai inisiatif awal MPM UTM IC bagi menyahut kempen KAMI PRIHATIN... ini adalah sebagai proses kebangkitan mahasiswa dalam menyemarakkan semangat PERPADUAN dan 1 MALAYSIA di kalangan para mahasiswa itu sendiri. Program ini juga dapat membentuk jati diri kepada mahasiswa UTM IC dengan sifat KEPERIMANUSIAAN yang semakin pudar di kalangan rakyat Malaysia terutamanya BELIA REMAJA di Malaysia...
Diharapkan dengan kewujudan Program Ceria'10 ini, seluruh Mahasiswa UTM IC dapat memberi sokongan dan penglibatan secara tidak langsung menyokong penuh program berbentuk kebajikan Mahasiswa ini. Terima Kasih juga kepada Puan Norzakiah Ismail yang menyokong penuh program ini... INSYAALLAH...semoga ianya berjalan lancar seperti yang dirancang...
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Kebajikan, Kolej dan Pengaduan Awam
Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC
wan_hazem90@yahoo.com
013-3114305
Tuesday, May 18, 2010
Kisah Cinta (1)...
Salam Perpaduan...
Salam Percintaan...
Cinta adalah satu perasaan yang tidak pernah pudar di hati seseorang... Cinta kepada Pencipta... Cinta kepada Rasul-Nya... Cinta kepada Ibu Ayah... Cinta kepada Keluarga... Cinta kepada Sahabat-Sahabat... dan sebagainya lagi.... Cinta juga disebut sebagai cinta buta..?? Benarkah ia..??? Pernahkah anda semua mendengar atau mengetahui kisah cinta Qaisy dan Laila..??? Atau kisah cinta Romeo dan Juliet...???
Apakah kisah cinta seperti itu yang dikatakan sebagai kisah cinta sejati..??? Seperti yang anda semua ketahui bahwa kisah cinta mereka tidaklah berakhir di pelaminan bahkan rela mati demi cintanya. Lalu, cinta seperti apakah yang dikatakan sebagai cinta sejati...??? Cinta sejati antara dua insan adalah cinta yang terus abadi dalam setelah pernikahan yang berlandaskan atas kecintaan mereka kepada Sang Pemilik Cinta iaitu Allah Taala. Walaupun salah satu meninggal, namun cinta sejati ini terus saja abadi. Kisah cinta siapakah yang begitu indah ini...???
Kisah cinta yang paling indah ini siapa lagi yang memilikinya kalau bukan kisah cinta Junjungan kita, Muhammad Saw kepada Khadijah ra.
Sebuah cinta yang teulung, cinta yang tetap abadi walaupun Khadijah telah meninggal. Setahun setelah Khadijah meninggal, ada seorang wanita shahabiyah yang menemui Rasulullah Saw. Wanita ini bertanya, "Ya Rasulullah, mengapa engkau tidak menikah? Engkau memiliki 9 keluarga dan harus menjalankan seruan besar."
Sambil menangis Rasulullah Saw menjawab, "Masih adakah orang lain setelah Khadijah?"
Kalau saja Allah tidak memerintahkan Muhammad Saw untuk menikah, maka pastilah Beliau tidak akan menikah untuk selama-lamanya. Nabi Muhammad Saw menikah dengan Khadijah layaknya para lelaki. Sedangkan pernikahan-pernikahan setelah itu hanya kerana tuntutan risalah Nabi Saw, Beliau tidak pernah dapat melupakan isteri Beliau ini walaupun setelah 14 tahun Khadijah meninggal.
Pada masa penaklukan kota Makkah, orang-orang berkumpul di sekeliling Beliau, sementara orang-orang Quraisy mendatangi Beliau dengan harapan Beliau mahu memaafkan mereka, tiba-tiba Beliau melihat seorang wanita tua yang datang dari jauh. Beliau langsung meninggalkan kerumunan orang ini. Berdiri dan bercakap-cakap dengan wanita itu. Beliau kemudian melepaskan jubah Beliau dan menghamparkannya ke tanah. Beliau duduk dengan wanita tua itu.
Bunda Aisyah bertanya, "Siapa wanita yang diberi kesempatan, waktu, berbicara, dan mendapat perhatian penuh Nabi Saw ini?"
Nabi menjawab, "Wanita ini adalah teman Khadijah."
"Kalian sedang membicarakan apa, ya Rasulullah?" tanya Aisyah
"Kami baru saja membicarakan hari-hari bersama Khadijah."
Mendengar jawaban Beliau ini, Aisyah pun merasa cemburu. "Apakah engkau masih mengingat wanita tua ini (Khadijah), padahal ia telah tertimbun tanah dan Allah telah memberikan ganti untukmu yang lebih baik darinya?"
"Demi Allah, Allah tidak pernah menggantikan wanita yang lebih baik darinya. Ia mahu menolongku di saat orang-orang mengusirku. Ia mahu mempercayaiku di saat orang-orang mendustakanku."
Aisyah merasa bahawa Rasulullah Saw marah. "Maafkan aku, ya Rasulullah."
"Mintalah maaf kepada Khadijah, baru aku akan memaafkanmu." (Hadits ini diriwayatkan Bukhari dari Ummul Mukminin Aisyah)
Sahabatku, Rakanku, para pembaca sekalian, apakah mungkin ada cinta seperti itu, yang dapat terus abadi setelah orang yang dicintai meninggal 14 tahun...??? Yupz, kerana cinta ini tidak pernah didahului hubungan haram dan kerana ketaatan kepada Allah menjadi dasar dalam rumah tangga ini. Rumah tangga yang selalu dihiasi dengan dizikir kepada Allah, bukan rumah yang digunakan untuk mengingati syaitan Laknatullah.
Bagaimana pendapat anda semua, apakah anda semua tidak ingin menjadikan rumah tangga kalian seperti ini..??? Suami membaca Al-Qur'an bersama isterinya... Betapa agungnya ketika anak-anak mereka turut serta membaca Al-Qur'an.
Menjelang waktu Subuh tiba, si isteri membangunkan suaminya untuk melaksanakan solat Subuh. Suami melaksanakan solat Qiyaam al-lail 2 rakaat bersama isterinya. Seperti apa rumah ini..??? Indah nian bukan..??? betapa manisnya, betapa indah cinta di dalam rumah tangga ini.
Cubalah, pasti kalian dapat menemukan segalanya berubah, cinta pun bertambah, dan Allah melimpahkan berkah-Nya kepada kalian.
"Menikah jauh lebih baik daripada pacaran"
Insyaallah....
Sampai Jumpa,
"Bersama Semarakkan Cinta Kepada-Nya..."
Monday, May 17, 2010
Kisah Nabi (2)...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...
Terdetik di hati pada hari ini untuk berkongsi satu Kisah Nabi mengenai Nabi Luth A.S. Semog kita bersama merenungkan kisah hidupnya. INSYAALLAH....
KISAH LUTH A.S
Allah SWT berfirman:
"Kaum Luth telah mendustakan rasul-rasul. Ketika saudara mereka Luth, berkata kepada mereka: Mengapa kamu tidak bertakwa? Sesungguhnya aku adalah seorang rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu, maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku." (QS. asy-Syu'ara: 160-163)
Dengan kelembutan dan kasih sayang semacam ini, Nabi Luth berdakwah kepada kaumnya. Beliau mengajak mereka untuk hanya menyembah kepada Allah SWT yang tiada sekutu bagi-Nya. Dan melarang mereka untuk melakukan kejahatan dan kekejian. Namun dakwah beliau berhadapan dengan hati yang keras dan jiwa yang sakit serta penolakan yang berasal dari kesombongan.
Kaum Nabi Luth melakukan berbagai kejahatan yang tidak biasa dilakukan oleh penjahat manapun. Mereka merampok dan berkhianat kepada sesama teman serta berwasiat dalam kemungkaran. Bahkan catatan kejahatan mereka ditambah dengan kejahatan baru yang belum pernah terjadi di muka bumi. Mereka memadamkan potensi kemanusiaan mereka dan daya kreatifitas yang ada dalam diri mereka. Yaitu kejahatan yang belum pernah dilakukan seseorang pun sebelum mereka di mana mereka berhubungan seks dengan sesama kaum pria (homo seks).
Allah SWT berfirman:
"Dan (ingatlah kisah) Luth, ketika ia berkata kepada kaumnya: "Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji itu sedang kamu melihat(nya). Mengapa kamu mendatangi laki-laki untuk (memenuhi) nafsu(mu), bukan mendatangi wanita? Sebenarnya kamu adalah kaum yang tidak dapat mengetahui (akibat perbuatanmu)." (QS. an-Naml: 54-55)
Nabi Luth menyampaikan dakwah kepada mereka dengan penuh ketulusan dan kejujuran, namun apa gerangan jawaban dari kaumnya:
"Maka tidak lain jawaban kaumnya melainkan mengatakan: 'Usirlah Luth beserta keluarganya dari negerimu; karena sesungguhnya mereka itu orang-orang yang (mendakwahkan dirinya) bersih.'" (QS. an-Naml: 56)
Mengapa mereka menjadikan sesuatu yang patut dipuji menjadi sesuatu yang tercela yang kemudian harus diusir dan dikeluarkan. Tampak bahwa jiwa kaum Nabi Luth benar-benar sakit dan mereka justru menganiaya diri mereka sendiri serta bersikap angkuh terhadap kebenaran. Akhirnya, kaum pria cenderung kepada sesama jenis mereka, bukan malah cenderung kepada wanita. Sungguh aneh ketika mereka menganggap kesucian dan kebersihan sebagai kejahatan yang harus disirnakan. Mereka orang-orang yang sakit yang justru menolak obat dan memeranginya. Tindakan kaum Nabi Luth membuat had beliau bersedih. Mereka melakukan kejahatan secara terang-terangan di tempat-tempat mereka. Ketika mereka melihat seorang asing atau seorang musafir atau seorang tamu yang memasuki kota, maka mereka menangkapnya. Mereka berkata kepada Nabi Luth, "sambutlah tamu-tamu perempuan dan tinggalkanlah untuk kami kaum pria." Mulailah perilaku mereka yang keji itu terkenal.
Nabi Luth memerangi mereka dalam jihad yang besar. Nabi Luth mengemukakan argumentasi. Hari demi hari, bulan demi bulan, dan tahun demi tahun berlalu, dan Nabi Luth terus berdakwah. Namun tak seorang pun yang mengikutinya dan tiada yang beriman kepadanya kecuali keluarganya, bahkan keluarganya pun tidak beriman semuanya. Istri Nabi Luth kafir seperti istri Nabi Nuh:
"Allah membuat istri Nuh dan istri Luth perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang saleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua istri itu berkhianat kepada kedua suaminya, maka kedua suaminya itu tidak dapat membantu mereka sedikit pun dari (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya): 'Masuklah ke neraka bersama orang-orang yang masuk neraka.'" (QS. at-Tahrim: 10)
Jika rumah adalah tempat istirahat yang di dalamnya seseorang mendapatkan ketenangan, maka Nabi Luth tersiksa, baik di luar rumah maupun di dalamnya. Kehidupan Nabi Luth dipenuhi dengan mata rantai penderitaan yang keras namun beliau tetap sabar atas kaumnya. Berlalulah tahun demi tahun tetapi tak seorang pun yang beriman kepadanya, bahkan mereka mulai mengejek ajarannya dan mengatakan apa saja yang ingin mereka katakan:
"Datangkanlah kepada kami azab Allah, jika kamu termasuk orang-arang yang benar." (QS. al-'Ankabut: 29)
Ketika terjadi hal tersebut, Nabi Luth berputus asa kepada mereka dan ia berdoa kepada Allah SWT agar menolongnya dan menghancurkan orang-orang yang membuat kerusakan. Akhirnya, para malaikat keluar dari tempat Nabi Ibrahim menuju desa Nabi Luth. Mereka sampai saat Ashar. Mereka mencapai pagar-pagar Sudum. Sungai mengalir di tengah-tengah tanah yang penuh dengan tanaman yang hijau.
Sementara itu, anak perempuan Nabi Luth berdiri sedang memenuhi tempat airnya dari air sungai itu. Ia mengangkat wajahnya sehingga menyaksikan mereka. Ia tampak keheranan melihat kaum pria yang memiliki ketampanan yang mengagumkan. Salah seorang malaikat bertanya kepada anak kecil itu: "Wahai anak perempuan, apakah ada rumah di sini?" Ia berkata (saat itu ia mengingat kaumnya), "Hendaklah kalian tetap di situ sehingga aku memberitahu ayahku dan kemudian akan kembali pada kalian." Ia meninggalkan wadah airnya di sisi sungai dan segera menuju ayahnya.
"Ayahku, ada pemuda-pemuda yang ingin menemuimu di pintu kota. Aku belum pernah melihat wajah-wajah seperti mereka," kata anak itu dengan nada gugup. Nabi Luth berkata kepada dirinya sendiri: Ini adalah hari yang dahsyat. Beliau segera berlari menuju tamu-tamunya. Ketika Nabi Luth melihat mereka, beliau merasakan keheranan yang luar biasa. Beliau berkata: "Ini adalah hari yang dahsyat." Beliau bertanya kepada mereka: "Dari mana mereka datang dan apa tujuan mereka?" Mereka malah terdiam dan justru memintanya untuk menjamu mereka." Nabi Luth tampak malu di hadapan mereka, kemudian beliau berjalan di depan mereka sedikit lalu beliau berhenti sambil menoleh kepada mereka dan berkata: "Saya belum mengetahui kaum yang lebih keji di muka bumi ini selain penduduk negeri ini." Beliau mengatakan demikian dengan maksud agar mereka mengurungkan niat mereka untuk bermalam di negerinya. Namun mereka tidak peduli dengan ucapan Nabi Luth dan mereka tidak memberikan komentar atasnya.
Nabi Luth kembali berjalan bersama mereka dan beliau selalu berusaha untuk mengalihkan pembicaraan tentang kaumnya. Nabi Luth memberitahu mereka bahwa penduduk desanya sangat jahat dan menghinakan tamu-tamu mereka. Di samping itu, mereka juga membuat kerusakan di muka bumi dan seringkali terjadi pertentangan di dalam desanya. Pemberitahuan tersebut dimaksudkan agar para tamunya membatalkan niat mereka untuk bermalam di desanya tanpa harus melukai perasaan mereka dan tanpa menghilangkan penghormatan pada tamu. Nabi Luth berusaha dan mengisyaratkan kepada mereka untuk melanjutkan perjalanannya tanpa harus mampir di negerinya. Namun tamu-tamu itu sangat mengherankan. Mereka tetap berjalan dalam keadaan diam. Ketika Nabi Luth melihat tekad mereka untuk tetap bermalam di kota, beliau meminta kepada mereka untuk tinggal di suatu kebun sehingga datang waktu Maghrib dan kegelapan menyelimuti segala penjuru kota. Nabi Luth sangat bersedih dan dadanya menjadi sempit. Karena rasa takutnya dan penderitaanya sehingga ia lupa untuk memberi mereka makanan. Kegelapan mulai menyelimuti kota. Nabi Luth menemani tiga tamunya itu berjalan menuju rumahnya. Tak seorang pun dari penduduk kota yang melihat mereka. Namun istrinya melihat mereka sehingga ia keluar menuju kaumnya dan memberitahu mereka kejadian yang dilihatnya. Kemudian tersebarlah berita dengan begitu cepat dan selanjutnya kaum Nabi Luth menemuinya. Allah SWT berfirman:
"Dan tatkala datang utusan-utusan Kami (para malaikat) itu kepada Luth, dia merasa susah dan merasa sempit dadanya karena kedatangan mereka, dan dia berkata: 'Ini adalah hari yang amat sulit.' Dan datanglah kepadanya kaumnya dengan bergesa-gesa. Dan sejak dahulu mereka selalu melakukan perbuatan-perbuatan yang keji." (QS. Hud: 77-78)
Mulailah terjadi hari yang sangat keras. Kaum Nabi Luth bergegas menuju padanya. Nabi Luth bertanya pada dirinya sendiri: "Siapa gerangan yang memberitahu mereka?" Kemudian ia menoleh ke kanan dan ke kiri untuk mencari istrinya namun ia tidak menemuinya. Maka bertambahlah kesedihan Nabi Luth.
Kaum Nabi Luth berdiri di depan pintu rumah. Nabi Luth keluar kepada mereka dengan penuh harap, bagaimana seandainya mereka diajak berpikir secara sehat? Bagaimana seandainya mereka diajak menggunakan fitrah yang sehat? Bagaimana seandainya mereka tergugah dengan kecenderungan yang sehat terhadap jenis lain yang Allah SWT ciptakan untuk mereka? Bukankah di dalam rumah mereka terdapat kaum wanita? Seharusnya wanitalah yang menjadi kecenderungan mereka, bukan malah mereka cenderung kepada sesama pria.
"Dia berkata: 'Hai kaumku, inilah putri-putri (negeriku) mereka lebih suci bagimu, maka bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu mencemarkan (nama)ku terhadap tamuku ini. Tidak adakah di antaramu seorang yang berakal." (QS. Hud: 78)
"Inilah putri-putri (negeriku)." Apa yang dimaksud dengan pernyataan tersebut? Nabi Luth ingin berkata kepada mereka: "Di hadapan kalian terdapat wanita-wanita di bumi. Mereka lebih suci bagi kalian dalam bentuk kesucian jiwa dan fisik. Ketika kalian cenderung kepada mereka, maka kecenderungan itu merupakan pelaksanaan dari fitrah yang sehat." "Maka bertakwalah kalian kepada Allah." Nabi Luth berusaha menjamah jiwa mereka dari sisi takwa setelah menjamahnya dari sisi fitrah. Bertakwalah kepada Allah SWT dan ingatlah bahwa Allah SWT mendengar dan melihat serta akan murka dan menyiksa orang-orang yang durhaka. Seharusnya orang yang berakal sehat menghindari murka-Nya.
"Dan janganlah kalian mencemarkan namaku terhadap tamuku ini." Ini adalah usaha gagal dari beliau yang mencoba menggugah kemuliaan dan tradisi mereka sebagai orang badui yang harus menghormati tamu, bukan malah menghinakannya. "Tidak adakah di antaramu seorang yang berakal?" Tidakkah di antara kalian terdapat orang yang mempunyai pikiran yang sehat? Tidakkah di antara kalian terdapat laki-laki yang berakal? Apa yang kalian inginkan jika memang terwujud, maka itu hakikat kegilaan. Akal adalah sarana yang tepat bagi kalian untuk mengetahui kebenaran. Sesungguhnya perkara tersebut sangat jelas kebenarannya jika kalian memperhatikan fitrah, agama, dan harga diri." Kaumnya menunggu hingga beliau selesai dari nasihatnya yang singkat lalu mereka tertawa terbahak-bahak. Kalimat Nabi Luth yang suci itu tidak mampu mengubah pendirian jiwa yang sakit, hati yang beku, dan pikiran yang bodoh:
"Mereka menjawab: 'Sesungguhnya kamu telah tahu bahwa kami tidak mempunyai keinginan terhadap putri-putrimu; dan sesungguhnya kamu tentu mengetahui apa yang sebenarnya kami kehendaki.'" (QS. Hud: 79)
Demikianlah tampak dengan jelas bahwa kebenaran tersembunyi di balik pengkaburan, suatu hal yang diketahui oleh dunia semuanya. Mereka tidak mengatakan kepadanya apa yang mereka inginkan karena dunia mengetahuinya dan selanjutnya ia juga mengetahui, yakni isyarat yang buruk pada perbuatan yang buruk.
Nabi Luth merasakan kesedihan dan kelemahannya di tengah-tengah kaumnya. Dengan marah Nabi Luth memasuki rumahnya dan menutup pintu rumahnya. Ia berdiri mendengarkan tertawa dan celaan serta pukulan terhadap pintu rumahnya. Sementara itu, orang-orang asing yang dijamu oleh Nabi Luth tampak duduk dalam keadaan tenang dan terpaku. Nabi Luth merasakan keheranan dalam dirinya ketika melihat ketenangan mereka. Dan pukulan-pukulan yang ditujukan pada pintu semakin kencang. Mulailah kayu-kayu pintu itu tampak rusak dan lemah, lalu Nabi Luth berteriak dalam keadaan kesal:
"Luth berkata: 'Seandainya aku mempunyai kekuatan (untuk menolakmu) atau kalau aku dapat berlindung kepada keluarga yang kuat (tentu aku lakukan).'" (QS. Hud: 80)
Nabi Luth berharap akan mendapatkan kekuatan sehingga dapat melindungi para tamunya. Beliau mengharapkan seandainya terdapat benteng yang kuat yang dapat melindunginya, yaitu benteng Allah SWT yang di dalamnya para nabi dan kekasih-kekasih-Nya dilindungi. Berkenaan dengan hal itu, Rasulullah berkata saat membaca ayat tersebut: "Allah SWT menurunkan rahmat atas Nabi Luth. Ia berlindung pada benteng yang kokoh." Ketika penderitaan mencapai puncaknya dan Nabi Luth mengucapkan kata-katanya yang terbang laksana burung yang putus asa, para tamunya bergerak dan tiba-tiba bangkit. Mereka memberitahunya bahwa ia benar-benar akan terlindung di bawah benteng yang kuat:
"Para utusan (malaikat) berkata: 'Hai Luth sesungguhnya kami adalah utusan-utusan Tuhanmu, sekali-sekali mereka tidak akan dapat mengganggu kamu." (QS. Hud: 81)
Jangan berkeluh kesah wahai Luth dan jangan takut. Kami adalah para malaikat, dan kaum itu tidak akan mampu menyentuhmu. Tiba-tiba pintu terbelah. Jibril bangkit dan ia menunjuk dengan tangannya secara cepat sehingga kaum itu kehilangan matanya. Lalu mereka tampak serampangan di dalam dinding dan mereka keluar dari rumah dan mereka mengira bahwa mereka memasukinya. Jibril as menghilangkan mata mereka.
Allah SWT berfirman:
"Dan sesungguhnya mereka telah membujuknya (agar menyerahkan) tamunya (kepada mereka), lalu kami butakan mata mereka, maka rasakanlah azab-Ku dan ancaman-ancaman-Ku. Dan sesungguhnya pada esok harinya mereka ditimpa azab yang kekal." (QS. al-Qamar: 37-38)
Para malaikat menoleh kepada Nabi Luth dan memerintahkan kepadanya untuk membawa keluarganya di tengah malam dan keluar. Mereka mendengar suara yang sangat mengerikan dan akan menggoncangkan gunung. Siksa apa ini? Ini adalah siksa dari bentuk yang aneh. Para malaikat memberitahunya bahwa istrinya termasuk orang-orang yang menentangnya. Istrinya adalah seorang kafir seperti mereka, sehingga jika turun azab kepada mereka, maka ia pun akan menerimanya.
Keluarlah wahai Luth karena keputusan Tuhanmu telah ditetapkan. Nabi Luth bertanya kepada malaikat: "Apakah sekarang akan turun azab kepada mereka?" Para malaikat memberitahunya bahwa mereka akan terkena azab pada waktu Subuh. Bukankah waktu Subuh itu sangat dekat?
Allah berfirman SWT:
"Pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut-pengikut kamu di akhir malam dan janganlah ada seorang pun di antara kalian yang tertinggal, kecuali istrimu Sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang menimpa mereka karena sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka adalah di waktu subuh; bukankah subuh itu sudah dekat?" (QS. Hud: 81)
Nabi Luth keluar bersama anak-anak perempuannya dan istrinya. Mereka keluar di waktu malam. Dan tibalah waktu Subuh. Kemudian datanglah perintah Allah SWT:
"Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan siksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang lalim. " (QS. Hud: 82-83)
Para ulama berkata: "Jibril menghancurkan dengan ujung sayapnya tujuh kota mereka. Jibril mengangkat semuanya ke langit sehingga para malaikat mendengar suara ayam-ayam mereka dan gonggongan anjing mereka. Jibril membalikkan tujuh kota itu dan menumpahkannya ke bumi. Saat terjadi kehancuran, langit menghujani mereka dengan batu-batu dari neraka Jahim. Yaitu batu-batu yang keras dan kuat yang datang silih berganti. Neraka Jahim terus menghujani mereka sehingga kaum Nabi Luth musnah semuanya. Tiada seorang pun di sana. Semua kota-kota hancur dan ditelan bumi sehingga terpancarlah air dari bumi. Hancurlah kaum Nabi Luth dan hilanglah kota-kota mereka. Nabi Luth mendengar suara-suara yang mengerikan. Istrinya melihat sumber suara dan dia pun musnah."
Allah SWT berfirman tentang kota-kota Luth:
"Lalu Kami keluarkan orang-orang yang beriman yang berada di negeri kaum Luth itu. Dan Kami tidak mendapati di negeri itu, kecuali sebuah rumah dari orang-orang yang berserah diri. Dan Kami tinggalkan pada negeri itu suatu tanda bagi orang-orang yang takut kepada siksa yangpedih. " (QS. adz-Dzariyat: 35-37)
"Dan sesungguhnya kota itu benar-benar terletak dijalan yang masih tetap (dilalui manusia)." (QS. al-Hijr: 76)
"Dan sesungguhnya kamu (hai penduduk Mekah) benar-benar akan melalui (behas-bekas) mereka di waktu pagi, dan diwaktu malam. Maka apakah kamu tidak memikirkannya." (QS. ash-Shaffat: 137-138)
Yakni ia adalah bukti kekuasaan Allah SWT yang zahir. Para ulama berkata: "Bahwa kota-kota yang tujuh menjadi danau yang aneh di mana airnya asin dan deras airnya lebih besar dari derasnya air laut yang asin. Dan di dalam danau ini terdapat batu-batu tarnbang yang mencair. Ini mengisyaratkan bahwa batu-batu yang ditimpakan pada kaum Nabi Luth menyerupai butiran-butiran api yang menyala. Ada yang mengatakan bahwa danau yang sekarang bernama al-Bahrul Mayit yang terletak di Palestina adalah kota-kota kaum Nabi Luth."
Tamatlah riwayat kaum Nabi Luth dari bumi. Akhirnya, Nabi Luth menemui Nabi Ibrahim. Beliau menceritakan berita tentang kaumnya. Beliau heran ketika mendengar bahwa Nabi Ibrahim juga mengetahuinya. Nabi Luth terus melanjutkan misi dakwahnya di jalan Allah SWT seperti Nabi Ibrahim. Mereka berdua tetap menyebarkan Islam di muka bumi.
Semoga apa yang disampaikan dapat menjadi pengajaran kepada seluruh mahasiswa, pembaca2 blog dan sebagainya...INSYAALLAH....
Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era 1 UTM..."
Sunday, May 16, 2010
Warkah Buatmu...GURU....
Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...
Sebelum terlambat, saya di sini mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada guru-guru di TASKI ABIM ALOR STAR, SEKOLAH RENDAH ISLAM ALOR STAR, MAAHAD MAHMUD ALOR STAR, SEKOLAH MENENGAH TEKNIK LANGKAWI, POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYYAH,UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA INTERNATIONAL CAMPUS KUALA LUMPUR dan seterusnya PARA GURU SELURUH MALAYSIA...
Warkah buatmu guru
Insan yang sering mengajarku
Permulaan kejayaan pasti kegagalan mendahului
Walau aku buta segala-segalanya
Engkau tetap bersama denganku
Terdampar seketika daku di dasar kehidupan
Pabila aku berduka engkaulah penawarnya
Kebijaksanaanmu memastikan aku sentiasa berilmu
Melayari kehidupan yang penuh dengan dusta
Benci dan sabar sering bergandingan ketika engkau
Di pentas ilmu yang bernama kelas tika mengajarku
Tutur bicaramu wahai guru
Penawar yang harus ku semat di kalbu
Sememangnya engkaulah permula
Tanpa penamat untukku mengingati segala-galanya
Doakan aku wahai guru budiman
Doa untukku dan seluruh anak didikmu
Maafkan kendati kekhilafan kami
Sezarah di hati,segunung melangit, seluas hamparan biru
Maafkanlah akan kami yang bertatih
Menggapai impian harapan bangsa dan negara
Untukmu warga insan bernama guru
Terimalah warkah ini dengan seadanya
Tataplah ia sebagai pengubat di hati
Saat mu mendidik dan mengajar
Penuh keikhlasan tanpa sezarah kekhilafan….
Friday, May 14, 2010
Memori Tercipta...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pon terduga pintunya terbuka
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa
Kenangan bersama
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa
p/s : Semoga kita semua terus menjaga ikatan persahabatan sehingga ke akhir hayat...INSYAALLAH...Setiap pertemuan pasti ada perpisahan tetapi setiap kenangan itu terus KEKAL DI SANUBARI.....INSYAALLAH...
Sampai Jumpa,
"Memori Akan Terus Tercipta..."
Muhammad Iqbal...Penyair Agung...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...
Hampir seminggu saya menghabiskan masa saya dengan membaca sebuah buku yang sememangnya perlu dibaca oleh semua rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam iaitu mengenai "50 TOKOH ISLAM YANG MENGUBAH DUNIA". Antaranya adalah Muhammad Iqbal. Kepada yang belum mengenali beliau, mesti tertanya-tanya Kenapa saya cuba menceritakan mengenai Muhammad Iqbal? Jawapannya...anda semua perlulah membacanya sehingga habis. He3...
Muhammad Iqbal...Penyair Agung dan Terulung.... Kita lihat sejenak mengenai latar belakang beliau, Nama penuh beliau adalah Muhammad Iqbal bin Nur Muhammad bin Rafi. Beliau dilahirkan pada 9 November 1877. Keluarga beliau berasal daripada golongan menengah Punjab di Sialkot yang kini dikenali dengan nama Pakistan. Keluarga beliau juga berasal daripada keturunan Kashmir. Muhammad Iqbal mendapat pendidikan awal daripada kedua ibu bapanya. Setiap hari selepas solat Subuh diajar membaca Quran.
Antara puisinya yang terkenal adalah The Secret of The Self dan The Mysteries of Selflessness. Koleksi puisi The Secret of The Self menceritakan konsep diri, kehidupan alam semesta dan kehidupan manusia. Manakala koleksi puisi The Mysteries of Selflessness lebih menumpukan kisah persaudaraan dan ibadah dalam agama Islam.
Muhammad Iqbal dianggap sebagai bapa pembentukan negara Islam Pakistan. Beliau berjuang menyampaikan dakwahnya melalui tulisan penanya sendiri. Beliau berjasa membangkitkan kesedaran umat Islam yang dijajah dengan pemikiran Barat pada ketika itu.
Muhammad Iqbal juga adalah tokoh Islam yang berperanan mengubah pemikiran masyarakatnya pada masa itu. Melalui mata penanya, beliau berusaha membangunkan pemikiran masyarakat demi mencapai ketinggian ketamadunan Islam. Kebanyakan puisinya datang dari dalam dirinya sendiri. Keikhlasan yang terbuku dalam sudut hatinya diluahkan melalui puisinya itu.
Tidak hairanlah masyarakat pada zamannya mengiktiraf kebolehan dan keistimewaan yang ada pada Muhammad Iqbal. Keinginannya yang tinggi dalam mengubah masyarakat Islam menjadi maju pada zamannya terbukti apabila beliau sendiri mengarang sebuah sajak yang berbunyi, "Umat Islam, apabila ingin maju, perlu mampu berpacu dengan waktu. Sekali umat Islam berhenti, bererti dia membiarkan dirinya tergilis dek sang waktu."
Muhammad Iqbal terus berpuisi dan bermadah bagi mengubah fikiran umat Islam pada zamannya. Mengubah umat Islam menjadi satu tamadun yang disegani dan dihormati. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 21 April 1938.
Alhamdulillah, diharapkan anda semua dapat mengambil yang baik dan pupukkan dalam diri masing-masing. INSYAALLAH...
Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era 1 UTM..."
Thursday, May 13, 2010
Lakonan JPA3....
Malam nie saya akan berkongsi sedikit pengalaman ketika saya menyertai Lakonan JPA3 di Padang Sekolah Menengah Teknik Langkawi bersempena Hari Kokurikulum....
Selamat Melihatnya...hehehe....
Rasuah...Segala-galanya...
Assalamualaikum,
Salam Perpaduan dan
Salam 1 Malaysia...
Mencari harta dan kekayaan adalah keperluan dalam kehidupan sama ada sebagai mahasiswa mahupun orang yang telah berkerjaya. Setiap manusia terutamanya Umat Islam memang disuruh mencari kekayaan. Namun, ia hendaklah selari dengan kehendak dan landasan Islam. Ia boleh bagi memenuhi tuntutan dan membiayai keperluan hidup sendiri, keluarga, negara dan seterusnya membangunkan ummah.
Harta penting bagi kehidupan manusia terutamanya Umat Islam menuju ke jalan yang diredhai Allah. Contohnya, kita memerlukan wang untuk mengerjakan haji dan mengeluarkan zakat. Sehubungan itu, Islam tidak menegah manusia mencari habuan untuk kehidupan di dunia. Namun begitu, janganlah pula dilupai bekalan akhirat.
“Carilah apa-apa yang dikurniakan Allah untuk kebahagiaan di akhirat dan janganlah pula lupa untuk habuan kamu di dunia”
Perlu diingatkan juga yang harta dan kekayaan tiada berguna tanpa keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta atau rezeki yang sedikit dirasakan banyak dan mencukupi. Sebaliknya, harta yang banyak tanpa keberkatan dirasakan sempit dan susah serta tidak berguna.
“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) antara kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu (member rasuah) kepada hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”
“Mereka sangat suka mendengar berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya)…”
Surah al-Maaidah 5 : 42
Berdasarkan ayat al-Quran di atas, Allah SWT melarang hamba-Nya memakan atau mengambil harta orang lain dengan jalan salah. Perbuatan rasuah termasuk dalam kategori memakan harta dengan jalan salah. Ayat berikutnya pula menjelaskan sifat atau karakter orang Yahudi yang sentiasa mengagungkan kebatilan, pembohongan dan amalan rasuah.
Wednesday, May 12, 2010
IKON BELIA : Golongan Intelektual atau Golongan Artis?
Assalamualaikum, Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia...
Hari ini saya ada sedikit perkongsian penulisan saya mengenai, IKON BELIA : Golongan Intelektual atau Golongan Artis? Sahabat-sahabat, rakan-rakan, pembaca blog dan sebagainya lagi bolehlah melihatnya...INSYAALLAH...
IKON BELIA : Golongan Intelektual atau Golongan Artis?
Mahasiswa sering dianggap hebat di kalangan masyarakat sekeliling. Suara mahasiswa itu sering mampu menggegarkan sesuatu isu apabila dibangkitkan pada satu-satu masa dan dipandang hebat oleh para ahli politik dan sebagainya.
Tetapi menjadi satu persoalan apabila ke mana hilangnya Golongan Intelektual ini berbanding Golongan Artis yang tumbuh bak cendawan selepas hujan? Apabila dilihat dari sudut publisiti yang diberikan kepada Golongan Intelektual ini lebih kurang berbanding kepada Golongan Para Artis, hal ini jelas menunjukkan betapa hebatnya tahap kedudukan dan ruang yang diberikan oleh media massa terhadap golongan artis ini sehingga sisipan harian di fokuskan setiap hari hanya kepada golongan ini.
Dilihat juga apabila bertambahnya program-program berbentuk realiti TV yang lebih difokuskan kepada bidang hiburan semata-mata, ini jelas membuktikan betapa agungnya semangat Hiburan yang semakin menguasai pentas-pentas pemikiran golongan belia remaja di negara ini sehingga diangkat menjadi Ikon kepada mereka. Realiti TV itu tidak ada salahnya sekiranya, ia digunakan sebaik mungkin contohnya, Resensi Buku, Akademi Quran dan yang terbaru Imam Muda.
Tidak mudah untuk kita mulakanya tetapi ianya patut diberi peluang dan publisiti yang hebat oleh media massa terutamanya oleh Pihak Kerajaan sendiri dalam membentuk satu transformasi rakyat di bawah Gagasan 1 Malaysia iaitu Masyarakat Berintelek.
Mahasiswa juga dapat digerakkan bersama program-program yang berunsur ilmiah dan kepimpinan untuk lebih ke arah hadapan. Sebagai golongan intelek : akademik, kokurikulum dan kepimpinan perlulah dijadikan satu aset wajib terhadap diri setiap mahasiswa untuk dijadikan IKON dalam negara ini. Tidak hairanlah apabila kebanyakan Menteri Kabinet dan ahli-ahli politik sekarang lahir dari kestabilan akademik, kokurikulum dan kepimpinan sebagai asas untuk ditonjolkan sebagai contoh terbaik kepada golongan belia remaja sekarang.
Masyarakat sekeliling haruslah membuka minda satu persatu dalam membincangkan masalah ini. IKON BELIA seharusnya diberikan kepada golongan para intelek ini disebabkan ciri-ciri dan kualiti yang ditonjolkan oleh setiap mereka berbanding golongan artis yang hanya lebih ke arah maksiat dan kejatuhan moral belia remaja sekarang.
Saya bersetuju dengan pendapat Wardina Saffiyah yang menyatakan bahawa Golongan artis amatlah tidak sesuai untuk dijadikan IDOLA mahupun IKON kepada belia. Pelbagai perkara dapat dibangkitkan sekiranya kita masih belum mampu melihat peredaran semasa yang berlaku di negara kita ini.
Kesimpulannya, Golongan Intelektual adalah lebih sesuai sebagai IKON BELIA berbanding golongan artis disebabkan karakter, latar belakang, akademik, kepimpinan dan sebagainya lagi dijadikan kayu pengukur kepada setiap mereka ini.
Wallahualam…
Wan Muhammad Hazem Bin Mohd Yusoh
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
UTM IC
Sunday, May 9, 2010
Seruan....
Saya ingin berkongsi sedikit Puisi yang diilhamkan ketika mana saya mula melangkah ke Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur pada tahun 2008. Puisi ini juga saya tujukan buat semua...INSYAALLAH....
SERUAN
Allahu akbar…
Allahu akbar…
Di sini kita bertemu
Bersatu hanya kerana Satu
Ikhlas di hati selalu
Senyum-senyum selalu
Ukhuwah jihad di jalan Mu
Sambutlah seruan ini
Wahai insan-insani
Berlandaskan Quran mulia
Sunnah Baginda diperjuangkan
Khalifah tanggungjawab kami
Tegakkan Islam sejati
Tawakkal serahkan diri
Usaha tekad selalu di hati
Seruan…
Allahu akbar…
Bergema di kala berjuang
Yakinilah terus berulang
Henti bukan sekarang
Seruan…
Allahu akbar…
Bergema di seluruh alam
Eratkan ikatan persaudaraan
Bangunkan martabat Islam
Perjuangkan…
Islam terus di hadapan…
Syukur…Alhamdulillah…
Bersamalah menghayatinya....wahai sahabat-sahabat, rakan-rakan, pembaca blog dan sebagainya....INSYAALLAH....
Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era 1 UTM"
USR-UTM @ Melaka 2010 (1)...
Pagi ini, saya ingin memberitahu mengenai Program University Social Responsibility (USR-UTM @ Melaka 2010) yang akan diadakan pada 2 hingga 6 JUN 2010 bertempat di Bukit Katil, Melaka.
Program ini diterajui oleh saya sendiri selaku Pengarah Program, Mohamad Hazrai Bin Mohd Zahar (Timbalan Pengarah Program), dan Nur 'Aqilah Bt Hamzah (Setiausaha Program).
Saya amat berharap agar sahabat-sahabat, rakan-rakan, pembaca blog dan sebagainya lagi mendoakan agar Program ini berjaya kerana program USR ini merupakan program pertama saya dalam bentuk Kebajikan Masyarakat setelah Program Pertama saya selaku Pengarah Program iaitu EKSPEDISI 1 MAHASISWA, 1 SUARA, 1 WAWASAN yang telah berjaya dengan jayanya sehingga disiarkan di Akhbar KOSMO...
Saya berharap juga, dengan Program USR-UTM @ Melaka 2010 wujud, para mahasiswa di UTM IC akan lebih peka dengan masyarakat sekeliling dan kita sama-sama turun padang bersama dengan mereka. INSYAALLAH...
Kepada ajk PELAKSANA dan para peserta pula, saya berharap sangat agar kerjasama kita ini disertakan dengan niat yang ikhlas untuk berbakti kepada masyarakat di Bukit Katil itu dan ukhuwah yang bakal terjalin nanti akan terus berkekalan. INSYAALLAH...
Selamat Hari Ibu..untukmu Ibuku...
Setiap hari kita berdoa kepada ibu kita, kita menyayanginya, dan kita lakukan apa saja untuk dia. Begitu juga dengan saya dan apa yang saya ingin lakukan adalah saya ingin BERTERIMA KASIH sesangat kepada insan yang amat saya sayangi iaitu Puan Wan Seridah Bt Wan Ali.
Beliau adalah seorang wanita yang cekal dalam membesarkan aku sehingga aku berjaya seperti sekarang dan kesemua adik-beradikku. ALHAMDULILLAH dan bersyukur sesangat kepada ALLAH kerana memberikan insan ini kepada aku. Tanpamu IBU, Siapalah daku sekarang???
Hari ini juga saya amat teruja apabila buat pertama kalinya saya mengucapkan ungkapan SELAMAT HARI IBU dan I LOVE YOU...SO MUCH... secara lebih terbuka supaya orang sekeliling dapat merasai betapa sayangnya saya denganmu, wahai Ummiku yang TERSAYANG...
UMMI....Ajim SAYANG UMMI.... Dan ajim minta maaf sekiranya ajim banyak melakukan perkara-perkara yang membuatkan UMMI marah pada ajim...huhuhu AJIM SAYANG UMMI...
THANKS A LOT to UMMI kerana membesarkan ajim sehingga sekarang...
Saturday, May 8, 2010
Kisah Nabi (1)...
Hari ini saya berasa untuk berkongsi sedikit Kisah Para Nabi sebagai teladan kepada kita yang semakin hari semakin lupa asal usul... Insyaallah...dengan perkongsian ini dapat kita semua masih mengingati ALLAH TAALA...dan sentiasa berdoa kepada-Nya...INSYAALLAH...
Terimalah dari saya,
Jin Sebahagian Tentera Nabi Sulaiman
Sulaiman bin Daud adalah satu-satunya Nabi yang memperoleh keistimewaan dari Allah SWT sehingga boleh memahami bahasa binatang. Dia boleh bicara dengan burung Hud Hud dan juga boleh memahami bahasa semut. Dalam Al-Quran surah An Naml, ayat 18-26 adalah contoh dari sebahagian ayat yang menceritakan akan keistimewaan Nabi yang sangat kaya raya ini.
Firman Allah,
“Dan Sulaiman telah mewarisi Daud dan dia berkata, “hai manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu kurnia yang nyata.”
Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung, lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan) sehingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut, “hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.”
Maka Nabi Sulaiman tersenyum dengan tertawa kerana mendengar perkataan semut itu.
Katanya,
“Ya Rabbi, limpahkan kepadaku kurnia untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku; kurniakan padaku hingga boleh mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkan aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh.”
(An-Naml: 16-19)
Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman as bertanya kepada seekor semut, “Wahai semut! Berapa banyak engkau perolehi rezeki dari Allah dalam waktu satu tahun?”
“Sebesar biji gandum,” jawabnya.
Kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap satu tahun, Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun, didapatinya si semut hanya memakan sebahagian biji gandum itu.
“Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?” tanya Nabi Sulaiman.
“Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah,” jawab si semut. “Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahawa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya.”
Nabi Sulaiman, walaupun ia sangat kaya raya, namun kekayaannya adalah nisbi dan terbatas. Yang Maha Kaya secara mutlak hanyalah Allah SWT semata-mata. Nabi Sulaiman, meskipun sangat baik dan kasih, namun yang Maha Baik dan Maha Kasih dari seluruh pengasih hanyalah Allah SWT semata. Dalam diri Nabi Sulaiman tersimpan sifat terbatas dan kenisbian yang tidak dapat dipisahkan; sementara dalam Zat Allah sifat mutlak dan absolut.
Bagaimanapun kayanya Nabi Sulaiman, dia tetap manusia biasa yang tidak boleh sepenuhnya dijadikan tempat bergantung. Bagaimana kasihnya Nabi Sulaiman, dia adalah manusia biasa yang menyimpan kedaifan-kedaifannya tersendiri. Hal itu diketahui oleh semut Nabi Sulaiman. Kerana itu, dia masih tidak percaya kepada janji Nabi Sulaiman ke atasnya. Bukan kerana khuatir Nabi Sulaiman akan ingkar janji, namun khuatir Nabi Sulaiman tidak mampu memenuhinya lantaran sifat manusiawinya. Tawakal atau berpasrah diri bulat-bulat hanyalah kepada Allah SWT semata, bukan kepada manusia.
Semoga kita semua memuhasabahkan diri kita...INSYAALLAH...
Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era 1 Malaysia.."
Friday, May 7, 2010
Kedah Sejahtera...Negeri Kelahiranku...
Sejarah Negeri
Ramai sejarawan yang menganggap Kedah sebagai negeri yang tertua sekali di Tanah Melayu. Pendapat ini diasaskan kepada penemuan arkeologi yang terdapat di kawasan-kawasan terbabit di Kedah yang membuktikan adanya penempatan-penempatan secara teratur semenjak kurun ke - 4 lagi. Daripada penemuan-penemuan arkeologi, pernah dijumpai bukti yang menunjukkan bahawa kawasan utara semenanjung telah didiami manusia purba semenjak zaman 'Pleistocene' lagi. Di antara alat-alat yang dijumpai termasuklah bahan bercucuk tanam. Daripada kajian yang dibuat didapati bahawa penduduk- penduduk di kawasan tersebut pada ketika itu terdiri daripada golongan orang- orang Melayu -Proto (Proto-Malaya). Mereka hidup dengan menjalankan kerja- kerja bertani di kawasan pendalaman rendah terutamanya di tepi-tepi sungai. Penduduk-penduduk awal itu mula menunjukkan kemajuan apabila mereka menggunakan alat-alat yang di buat daripada logam.
Asal-usul Nama Kedah
Bagi Sejarah Kedah, terdapat dua lagi bahan rujukan yang terkenal iaitu Hikayat Merong Mahawangsa yang ditulis selepas tahun 1643 dan al tarikh salasilah Negeri Kedah dalam tahun 1927. Maklumat mengenai sejarah awal Kedah boleh diperolehi daripada unsur-unsur Arab, Parsi, Sanskrit dan Cina.
Asal Nama Kedah - Arab dan Parsi
Asal Nama Kedah - Penulisan Sanskrit
Terdapat juga rujukan mengenai Kedah dalam tulisan-tulisan Sankrit yang menyebut Kedah sebagai "Kataha" atau "Kadara" dan tulisan-tulisan Tamil yang menyebur Kedah sebagai "Kadaram" atau "Kalagam". "Kadaram" bermakna kuali besar dan "Kalagam" pula bermakna warna hitam. Mengikut Wilkinson nama Kedah berasal daripada perkaraan "Kheddah" yang bermaksud perangkap gajah. Ada pula pendapat yang menyatakan bahawa nama Kedah berasal daripada perkaraan Arab. "Kedah" yang bermakna gelas berkaki. Pada zaman terdapat ramai pedagang Arab yang menjual gelas berkaki disana sini. Mereka sering meneriak perkataan "Kedah" untuk menarik perhatian para pedagang kepada barang dagangan mereka. Daripada hasil penulisan sejarah pedagang¬ pedagang China dan kronikel pelayaran mereka terdapat rujukan Kedah dalam pelbagai sebutan. Begitu juga dengan unsur-unsur Siam dan Jawa yang juga menyebut Kedah dengan gaya yang tersendiri.
Asal Nama Kedah - Unsur China
Dari unsur-unsur China, yakni semasa Dinasti Liang (502 - 665) Kedah disebut sebagai "Langgasu" atau " Langa" (atau Langkasuka). Dilaporkan bahawa penduduk-penduduknya mula menduduki kawasan itu dalam kurun pertama sebelum Masihi. Sehingga ke hari ini masih menjadi tanda Tanya di mana sebenarnya kedudukan kerajaan Langkasuka itu. Penulis dan sejarawan Winstedt menganggap Langkasuka, yang disebut juga dalam Hikayat Marong Mahawangsa sebagai nama Kedah dalam bentuk penulisan sastera. Pakar sejarah seperti Quaritch Wales, ahli arkeologi British; G, Coedes, ahli arkeologi Perancis dan Dr. Linehan, sejarawan dan bekas Pengarah Muzium di Tanah Melayu (1948 -1951), menempatkan Langkasuka di kawasan Sungai Bujang. Daripada kronikel China zaman Dinasti Tang (618 - 916) Kedah disebut sebagai "Kora" atau "Kola". Raja Kora dikatakan mempunyai nama keluarga "Sri Pura" dan namanya sendiri ialah Misi Pura. Pengembara Cina, Chao Ju Kua (yang menulis dalam tahun 1250) menyebut Langkasuka sebagai kawasan yang ditakluk oleh Palembang. Dari penulisan I-Ching (kurun ke-17) Kedah kerapkali pula disebut sebagai "Chiah-Chin" atau "Kie Ta'a"ataupun "Kieteha".
Asal Nama Kedah - Penemuan Kajian
Penulis The Study Of Ancient Timesin The Malay Peninsula and Straids Malacca. Roland Braddell menyatakan Kedah pernah disebut sebagai "Gedda". Nama itu dikaitkan dengan perkataan Hindustan "Khadar" yang bermaksud tanah yang sesuai untuk tanaman padi. " Kidara" dalam bahasa Sanskrit juga mempunyai makna yang sama. Lagi satu nama untuk Kedah ialah "Kala" dalam bahasa Parsi yang bermakna Kota. Diriwayatkan bahawa Raja Kedah yang kedua telah membina sebuah Kota di sebuah tempat yang bemama Serokam. "Serokam" dikaitkan dengan perkataan Hindustan "Sara" yang bermaksud bangunan dan "Kami" yang bermaksud urusan.
Quaritch Wales yang banyak menjalankan kajian arkeologi di Kedah telah menjumpai tapak kota di Serokam. Unsur-unsur India merekodkan perihal "Kataha" nama Kedah tua yang telah ditawan oleh Raja-Raja Chola dari India dalam kurun ke-11. Kataha diperintah oleh seorang yang bernama Sri Visaya. Seterusnya, Kedah dikatakan pernah terletak di bawah kuasa Palembang diikuti dengan kuasa raja-raja Chola dan kemudian kuasa Majapahit. Syair Nagara Kretagama (1365) menyebut nama "Kedah" dan "Langkasuka" sebagai kawasan-kawasan yang dikuasai oleh Majapahit. Sehingga akhir kurun ke~14, Kedah masyhur sebagai pusat perdagangan bijih timah tetapi selepas kejatuhan Palembang dan kemerosotan kuasa Majapahit, Kedah jatuh ke bawah kuasa Siam.
Barbosa, penulis portugis yang menulis dalam tahun 1516, menyatakan bahawa Kedah adalah pusat dagangan pelbagai jenis barangan. Kapal-kapal Arab datang dari merata tempat untuk berdagang. Di Kedah terdapat banyak lada hitam yang dibawa keluar ke China melalui Melaka. Godinho De'Eredia, ahli kartografi Portugis yang menulis diantara tahun-tahun 1597 - 1600 memberi gambaran mengenai pelabuhan di Kedah yang katanya dipenuhi dengan bangunan yang dibuat daripada nibong.
Unsur tempatan yang terkenal mengenai sejarah Kedah ialah Hikayat Marong Mahawangsa yang mengisahkan sejarah awal Kedah. Ramai sejarawan menggunakan Hikayat ini sebagai rujukan, walaupun unsur itu diakui banyak bercampur-baur dengan kisah-kisah yang terkeluar daripada sejarah. Satu lagi unsur tempatan yang popular ialah AI-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Karya Haji Hassan Haji Arshad, seorang pegawai tinggi istana. Dengan menggunakan Hikayat Marong Mahawangsa dan AI-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, seseorang dapat membina perjalanan sejarah negeri Kedah khususnya Salasilah Kesultanan Kedah dari kurun ke-13 hingga ke hari ini.
Asal Nama Kedah - Rekod Pengembaraan
Rekod-rekod lama yang menyebut nama "Kedah" walaupun dalam pelbagai sebutan boleh dikesan semenjak tahun 846 Masihi. Misalnya dalam rekod pengembaraan Ibnu Khurdadhbih penulis buku al Masalik wal Mamalik ada disebut mengenai sebuah pulau yang bernama "Kilah" yang mempunyai banyak bijih dan hutan buluh. Buku ini merupakan buku panduan mengenai kawasan¬ kawasan empayar Islam dan mengandungi juga maklumat mengenai topografi Asia Tenggara.
Seorang pengembara Arab bernama Sulaiman yang pernah menulis dalam tahun 851 masihi menyebut mengenai kawasan bernama "Kalahbar" yang dikatakan sebagai tempat yang bernaung di bawah Zabaj iaitu Empayar Srivijaya di Palembang. Ibnu Muhalhal yang menulis dalam tahun 941 masihi menyebut "Kalah" sebagai terakhir bagi kapal-kapal berlabuh disebelah timur. "Kalah" digambarkan sebagai sebuah Bandar besar yang dikelilingi oleh tembok yang tinggi, penuh dengan taman-taman dan alur. "Kalah" juga mempunyai banyak lombong atau "Kelian" bijih. Menurut fbnu Muhafhal "Kelian" seperti itu tidak terdapat di mana-mana pun di dunia. Disana juga terdapat pedang yang paling istimewa buatannya.
Sumber : Lembaga Muzium Negeri Kedah
Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era Kedah Sejahtera..."