Sunday, May 26, 2019

Tempat-Tempat Menarik Di Shanghai, China...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Sayangi Malaysiaku...

Baru-baru ini aku berpeluang untuk mengembara secara backpackers yang asalnya secara solo dan seminggu sebelum berlepas ke Shanghai, 2 orang member aku pun nak ikut bersama walaupun semuanya aku telah siap tempah termasuk flight tiket, hotel, tiket ke Disneyland dan lain-lain lagi.


Sekarang ini, aku berbesar hati nak kongsikan beberapa tempat yang menarik yang seharusnya korang semua pergi sekiranya ke Shanghai, China kerana di sini korang boleh explore sebaik mungkin untuk beberapa hari.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SHANGHAI, CHINA...

1. YUYUAN OLD STREET

Di sini anda akan diperlihatkan dengan kepelbagaian kedai-kedai yang mempunyai unsur-unsur senibina kebudayaan lama masyarakat China. Keunikan kesenian terhadap binaan di sini, membuat kan kawasan ini sentiasa penuh dengan pelancong.

Di sini terdapat 3 tempat yang perlu korang pergi iaitu Yuyuan Garden, Yixiulou dan Jiuqu Bridge.

Aku di depan Yixiulou... 

Aku di Jiuqu Bridge... 

Salah satu lorong di Yuyuan Old Street... 


Untuk pengetahuan korang, semasa dari stesen Metro menuju ke Yuyuan Old Street, anda akan terjumpa masjid dan beberapa restaurant halal di kawasan ini. Di sebelah masjid juga terdapat kedai-kedai yang jual souvenir termurah. Cuma berhati-hati dengan scammer di sini.

(Untuk ke sini, korang perlu turun di Yuyuan Garden Station di Line 10 dan Exit 2. Selepas keluar belok ke kiri then jalan sikit sampai jumpa simpang jalan dan belok ke kiri sekali lagi sampai jumpa masjid)

Masjid yang saya maklum, nie gambar dia...

Gambar di luar masjid... 

Gambar di dalam masjid... 

2. NANJING ROAD

Nanjing Road adalah salah satu laluan utama bagi mereka yang suka membeli-belah kerana di sini begitu banyak blok-blok bangunan yang menjual barangan-barangan berjenama termasuklah pakaian-pakaian dan fesyen-fesyen terkini.

Salah satu bangunan yang terdapat di sini... 

Suasana sepanjang Nanjing Road... 

Di depan salah satu blok membeli-belah... 

Di sini merupakan salah satu jalan membeli-belah yang paling sibuk di dunia. Jalan ini dinamakan sempena Bandar Nanjing, Ibu kota Jiangsu. Jalan Nanjing ini terdiri daripada 2 bahagian iaitu Nanjing Road East dan Nanjing Road West.

Di sini juga, anda dinasihatkan untuk berhati-hati dengan scammer kerana begitu ramai scammer yang tertumpu pada pelancong yang bergerak secara solo.

(Untuk ke sini, korang perlu turun di Nanjing East Road Station di Line 10 dan Exit 2)

3. THE BUND

The Bund... 

The Bund juga dikenali sebagai Waitan. Ia adalah kawasan tepi laut yang terkenal di tebing barat Sungai Huangpu dan dianggap sebagai simbol Shanghai. Di sini, pesona Shanghai sebagai metropolis yang sibuk yang menggabungkan sejarah abad lampau dan masa depan yang berkembang pesat dipersembahan sepenuhnya, menjadikan The Bund Shanghai sebagai daya tarik yang harus dilihat.

Antara tempat lepak di The Bund... 

Salah satu bangunan yang terdapat di sepanjang The Bund... 

Di sini juga, korang boleh singgah di Chenyi Square, Waibaidu Bridge dan Huangpu River.

(Untuk ke sini, korang perlu turun di Nanjing East Road Station di Line 10 dan Exit 2, then belok ke kiri dan jalan terus sehingga sampai di tepi laut)

4. THE TOWERS

Dari kiri Shanghai World Financial Center, Jin Mao Tower dan Shanghai Tower... 

- SHANGHAI TOWER

Shanghai Tower merupakan menara kedua (ke-2) yang tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di Dubai. Menara ini mempunyai ketinggian setinggi 632 meter / 2,073 kaki dan mempunyai 128 tingkat.

- SHANGHAI WORLD FINANCIAL CENTER

Shanghai World Financial Center merupakan menara ke-11 yang tertinggi di dunia. Menara ini mempunyai ketinggian setinggi 492 meter / 1,614 kaki dan mempunyai 101 tingkat.

- JIN MAO TOWER

Jin Mao Tower merupakan menara ke-28 yang tertinggi di dunia. Menara ini mempunyai ketinggian setinggi 421 meter / 1,380 kaki dan mempunyai 88 tingkat.

- ORIENTAL PEARL TV TOWER


Oriental Pearl TV Tower ini mempunyai ketinggian setinggi 468 meter / 1,535 kaki dan mempunyai 153 tingkat dan pernah menjadi struktur binaan tertinggi di China dari Tahun 1994 sehingga 2007.

(Untuk ke sini, korang perlu turun di Lujiazui Station di Line 2)

5. QIBAO ANCIENT TOWN

Qibao Ancient Town ini merupakan salah satu kawasan tumpuan pelancong yang cintakan makanan kerana di sini begitu banyak kedai-kedai makanan dan semuanya adalah tidak halal.

Aku berdiri di jambatan yang terdapat di Qibao... 

Suasana di Qibao... 

Apa yang menarik di sini adalah suasana dan struktur binaannya yang unik dan asli China. Di sini terdapat satu jambatan melengkung Utama yang sentiasa penuh dengan pelancong untuk bergambar.

(Untuk ke sini, korang perlu turun di Qibao Station di Line 9 dan Exit 2. Selepas tue, korang belok ke kanan dan jalan terus sehingga jumpa simpang jalan then belok ke kanan selagi lagi dan jalan terus sampailah korang nampak signboard Qibao Ancient Town)

6. TIANZIFANG

Aku di depan laluan masuk ke Tianzifang... 

Suasana di Tianzifang... 

Suasana di Tianzifang... 

Tianzifang ini merupakan satu kawasan yang begitu banyak dengan kedai-kedai jualan oleh masyarakat tempatan. Banyak benda yang korang boleh beli di sini termasuklah baju-baju, aksesori, makanan2, souvenir dan lain-lain lagi. Harga di kawasan ni masih boleh bargain. Dan korang dinasihatkan lalu setiap lorong kerana setiap lorong ada kedai-kedainya yang tersendiri.

(Untuk ke sini, korang perlu turun di Dapuqiao Station di Line 9 dan Exit 4)

7. XIN TIAN DI

Xin Tian Di ini adalah jalan pejalan kaki yang sangat unik dan menarik kerana di kelilingi dengan elemen bangunan Shikumen gaya lama dan senibina bangunan modern.

Salah satu di signage Xintiandi... 

Suasana di Xin Tian Di... 

Di tengah-tengah Xin Tian Di... 

Di sini anda akan merasai keunikan yang tersendiri dengan elemen senibina tahun 1920-an dan gaya hidup moden bandar-bandar di abad ke-21.

(Untuk ke sini, korang perlu turun di Xin Tian Di Station di Line 13 dan Exit 3)

8. SHANGHAI ZHUJIAJIAO ANCIENT TOWN - WATER TOWN

Zhujiajiao Ancient Town ini terletak 47 km dari Bandar Shanghai. Ia adalah sebuah bandar air khas dan kino di Daerah Qingpu, di selatan Sungai Yangtze, yang mempunyai hampir 1,700 tahun sejarah. Zhujiajiao juga dikenali sebagai 'The Venice of Shanghai' yang mempunyai jalan air yang begitu indah dan menarik, jambatan batu melengkung, jalan-jalan lama yang disusun dengan batu dan lebih dari 10,000 bangunan sejak Ming (1368-1644) dan Dinasti Qing (1644-1911).

Korang mesti try naik sampan nie... 

Bangunan kedai yang dikelilingi air... 

Antara makanan yang wajib korang try... 

Zhujiajiao ini adalah bandar air purba yang masih terpelihara sejarahnya dan terbaek di antara 4 bandar purba di Shanghai. Di sini korang perlu bayar 80,000 yuan untuk pakej termasuk me baiki boat air di sini.

Sekiranya korang ke sini, dinasihatkan agar korang gerak awal dari tempat penginapan kerana aku ke sini menaiki metro dari Xiaonanmen Station lebih kurang 2 jam perjalanan sehala dan korang perlu spend kan masa lebih kurang sehari untuk explore sebaik mungkin di kawasan ini.

(Untuk ke sini, korang perlu turun di Zhujiajiao Station di Line 17 dan Exit 1. Setelah turun dari eksklator terus belok ke kiri dan jalan terus sampai jumpa simpang T, then belok ke kanan jalan terus lebih kurang 10 minit then belok ke kiri sampai jumpa tempat jual tiket masuk ke Zhujiajiao Ancient Town)

9. SHANGHAI DISNEYLAND

Shanghai Disneyland adalah tempat wajib yang perlu korang pergi sekiranya ke Shanghai. Shanghai Disneyland ini merupakan Disneyland yang paling besar di dunia yang mempunyai pecahan bahagian iaitu Tomorrowland, Fantasyland, Gardens of Imagination, Adventure Isle, Treasure Cove, Disney Town, Mickey Avenue dan Toy Story Land.

Roller coaster yang paling terbaek dan terpantas di Shanghai Disneyland, TRON! Wajib naik! Aku dok barisan yang paling depan... :) 

Antara persembahan akrobatik yang terbaek pernah aku lihat adalah yang ini, Tarzan... 

Aku bersama watak utama filem Toy Story... 

Aku di Marvel Universe... 

Aku di tengah-tengah Shanghai Disneyland... 

Shanghai Disneyland ini adalah salah satu taman tema yang paling menarik yang pernah aku jejaki. Aku cadangkan untuk korang habiskan masa selama 1 hari sekiranya korang ke sini kerana kawasannya sangat besar dan sentiasa penuh dengan pengunjung. Korang juga dinasihatkan untuk datang awal sebelum jam 8.00 pagi. Harga tiket pula lebih kurang RM230.00 (aku beli via Klooks).

(Untuk ke sini, korang perlu turun di Disneyland Resort Station di Line 11 dan Exit 3. Selepas keluar dari Station metro, korang terus saja jalan sehingga jumpa pintu Utama Disneyland yang penuh orang beratur)

Itulah antara tempat-tempat yang sempat aku lawati dan jejaki selama hampir 6 hari 5 malam (dari 17hb sehingga 22hb Mei 2019) aku berada di Shanghai, China.

Untuk pengetahuan semua, perbelanjaan aku secara keseluruhan bagi trip backpacker ke Shanghai, China kali ini adalah sebanyak RM1,340.32 termasuklah return flight, transportation di Shanghai, makan minum di restoran halal, shopping t-shirt raya berjenama, toys di Disneyland and Hot Toys, souvenir utk family dan officemate, tiket masuk ke Disneyland, pakej di Zhujiajiao dan lain-lain lagi.

Sebelum tue, aku nak kongsikan mengenai salah satu restoran makanan halal yang aku jumpa dan 2 kali aku ke sini utk menikmati juadah di sini iaitu Hongchangxhing Halal Restaurant. 

Di depan Hongchangxhing Halal Restaurant... 

Di sebelah Hongchangxhing nie ada kedai yang jual makanan ringan masyarakat China di sini... 

(Untuk ke sini, korang perlu turun di Dashijie Station di Line 8 dan Exit 1, then ke kanan ada beberapa lagi restoran halal seperti gambar di bawah, then jumpa simpang ambik kiri terus saja sampai jumpa Hongchangxhing Halal Restaurant) 

Antara Restaurant Halal yang aku jumpa... 

Niat aku sebenarnya untuk berkongsi mengenai Shanghai ini adalah kerana sebelum aku ke sana, tak banyak info dan rujukan yang aku boleh rujuk dan semuanya agak terbatas, mungkin dengan perkongsian aku kali ini mengenai Shanghai, sedikit sebanyak mampu memudahkan perancangan dan urusan korang untuk mengembara di Shanghai di masa akan datang dengan info-info yang terkini.

Sekiranya ada yang berminat dengan itinerary saya ke Shanghai (yang saya tulis secara tangan atas satu kertas A4) korang boleh emelkan kepada saya dan Insyaallah, nanti aku akan kongsikannya untuk korang. Jika korang nak mintak tolong atau khidmat nasihat pun okay, aku akan cuba bantu dan guide serta bagi cadangan untuk buat itinerary yang tersendiri untuk trip korang.

Apa-apa pun, Insyaallah sekiranya aku mempunyai masa lapang lagi, aku akan kongsikan pula beberapa tempat menarik semasa trip aku sebelum ini yang aku masih belum sempat nak kongsikan pada pembaca blog aku iaitu Beijing & Tianjin (China), Busan & Jeju (South Korea), Bali, Surabaya, Palembang & Padang (Indonesia), Taipei (Taiwan), Brunei (Brunei), Davao & Puerto Princessa (Philippines), Phnom Penh (Cambodia) dan Nha Trang (Vietnam).

Jom aku kongsikan link tempat - tempat menarik yang pernah aku publishkan sebelum ini di blog aku, iaitu :-
Sekian, Wallahua'lam...

Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya... :)

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
My Instagram : @catatanajim

Friday, May 24, 2019

SHANGHAI, Aku Datang !


Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Sayangi Malaysiaku...

Last entry saya adalah 27 Disember 2018 dimana aku bercerita serba sedikit mengenai pengembaraan aku di Taipei, Taiwan. Aku tetap masih berhutang kepada para pembaca blog aku untuk berkongsi mengenai beberapa tempat yang aku telah jelajah termasuk negara ke-14 iaitu China dan negara ke-15, Brunei.

Ikutkan senarai , aku masih belum berkongsi mengenai  Nha Trang (Vietnam), Brunei (Brunei), Bali, Palembang & Padang (Indonesia), Beijing & Tianjin (China), Davao & Puerto Princessa (Philippines) dan Phnom Penh (Cambodia).

SHANGHAI, Aku Datang !

Ini kali kedua aku masuk ke Negara China selepas kali pertama pada November 2018 iaitu ke Beijing dan Tianjin ketikamana musim sejuk (winter season) dengan suhu mencecah hampir -19°c di Tembok Besar China. Aku buat double entry untuk visa China, so trip kedua mesti aku pergi dan Shanghai adalah pilihan aku kali ini.

Apa yang menarik di Shanghai?

Pertama kali aku memilih Shanghai adalah kerana 2 benda iaitu yang pertama terdapat Shanghai Tower (yang merupakan menara kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian 632 meter / 2,073 kaki yang mengandungi 128 tingkat) dan Shanghai Disneyland (yang merupakan Disneyland terbesar di dunia).

Shanghai ini merupakan satu bandar moden yang mempunyai kepelbagaian tarikan samada bangunan-bangunan pencakar langit, kebudayaan mahupun shopping. Di sini terdapat begitu banyak tempat-tempat membeli belah barangan berjenama yang harga dia pun tak terlalu tinggi dan masih mampu milik.

Aku juga berpeluang untuk ke Zhujiajiao yang begitu terkenal dengan Pekan Air dan aku berkesempatan juga menaiki sampan di situ dengan dikelilingi bangunan-bangunan lama yang masih mengekalkan identiti budaya yang asal di situ.

Untuk pengetahuan semua, aku telah habiskan sebanyak RM1,340.32 secara keseluruhan termasuklah tiket flight pergi balik, transportation di Shanghai, makan minum di restoran halal, shopping baju raya, toys, sourvenir , tiket masuk ke Disneyland, pakej di Zhujiajiao dan lain-lain lagi.

Semua itinerary dan perjalanan di sana aku uruskan sendiri sebab sebelum aku ke Shanghai, terlalu kurang blog yang aku boleh buat rujukan kerana rata-ratanya tahun 2015 ke bawah. So, aku takut info yang dorang publish sebelum ini bukannya yang terkini. So untuk next entry nanti, aku akan kongsikan beberapa tempat menarik yang WAJIB korang kunjungi sekiranya korang berpeluang untuk bercuti ke Shanghai.

Jom, aku kongsikan beberapa keping gambar ketikamana aku berada di Shanghai...

Aku di Shanghai Disneyland... ~

Zhujiajiao Ancient Water Town... ~

The Bunds... ~

Aku berdepan dengan 3 Menara yang tertinggi di dunia... ~

Flower Boy... haha ~


Sekian, wallahua’lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com