Sunday, January 8, 2012

Songlap : Cukup Hebat...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…


‘SONGLAP : Sah Diperlakukan Dengan Nilai’ merupakan sebuah filem yang sangat hebat dan mantap. Isu atau permasalahan yang cuba ditampilkan cukup memberikan satu pandangan lain yang menyatakan ianya cukup realistik. Dan cukup menjadi !

TAHNIAH saya ucapkan kepada pasangan pengarah yang cukup mantap iaitu Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak serta penulis skripnya yang cukup kreatif dan hebat iaitu juga Fariza Azlina Isahak. Penceritaan atau pengolahan isu yang ditampilkan cukup kreatif dan realistik.

TAHNIAH juga saya ucapkan kepada barisan pelakonnya yang cukup hebat dengan kebersanan lakonan mereka ini seperti Shaheizy Sam, Shafie Naswip, Sara Ali dan sebagainya lagi. Gandingan mantap adik-beradik iaitu Sam dan Shafie cukup hebat dan cukup menarik kerana masing-masing telah terbukti kehebatan mereka dalam dunia lakonan dengan pelbagai penganugerahan yang telah mereka perolehi.

Antara isu yang menarik dikupaskan dalam filem ini adalah sindiket penjualan bayi, gangsterism, pelacuran, dadah, pembunuhan dan sebagainya lagi memberikan kita gambaran serba sedikit dengan situasi yang sedang melanda di Negara kita tetapi tidak dikupaskannya dengan baik. Dan filem ini terbukti menjadi salah satu filem yang penuh kualiti. Sebelum itu saya ingin kongsikan sinopsis filem ini.


SINOPSIS :

Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA.

Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.

AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia.

Apabila adik RAZAK, HAWA (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, AD tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan HAWA tanpa menyedari bapa Hawa, PAK DIN juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik AD untuk menolong HAWA telah menggoyahkan hubungannya dengan AM, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut.

Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?

*Saya jemput untuk semua rakan-rakan saya menonton filem ini dan mencari maksud tersirat yang ingin disampaikan oleh barisan tenaga produksi filem ini. Dan filem ini layak untuk menjadi antara Filem Terbaik di Malaysia… =)

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: