Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
‘Selamat Tinggal Tahun 2011 - Selamat Tahun Baru 2012’
Perginya tahun 2011 yang penuh dengan liku-likunya tatkala diri ini berhadapan dengan pelbagai halangan, cabaran dan tidak lupa juga, kegembiraan. Banyak sebenarnya yang ingin dikongsikan mengenai ‘perginya 2011’ tapi apakan daya masa tidak mengizinkan untuk saya terus berceloteh di sini.
Munculnya Tahun 2012 dapat menyaksikan pelbagai lagi urusan dan sebarang kemungkinan yang lebih besar untuk aku tempuhi. Banyak perkara yang perlu diselesaikan sepanjang tahun 2012 sedangkan aku sendiri masih dalam keadaan sebagai penuntut. Tapi aku percaya pada diri aku yang aku mampu untuk menyeimbangkan semua hal dalam kehidupan seharian aku.
Banyak impian dan harapan yang perlu aku kecapi untuk aku terus Berjaya melangkah ke hadapan dalam meneruskan kehidupan yang penuh berliku saat ini. Semuanya akan aku cuba untuk terus mencari jalan dan laluan supaya setiap apa yang diinginkan aku adalah Berjaya. Insyaallah…
Melihat kepada situasi yang aku dapat rasakan satu semangat baru dalam menempuh tahun 2012 ini, aku akan cuba sedaya upaya untuk terus meredah satu persatu halangan yang akan aku berhadapannya nanti. Insyaallah, kerana aku masih percaya, Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya yang teraniaya.
Alhamdulillah, di kemuncak awal tahun 2012 ini, banyak saya dapat kenalan baru di kalangan seluruh Malaysia dan Insyaallah, saya akan gunakan kepercayaan mereka ini sebaik mungkin untuk terus berkongsi pengalaman, berkongsi ilmu dan berkongsi pendapat dalam pelbagai hal berbentuk ilmiah mahupun bukan ilmiah.
‘Selamat Tahun Baru 2012’
Itulah ungkapan atau ucapan yang belum lambat untuk saya ucapkan kepada seluruh pembaca blog saya sama ada yang berada di Malaysia mahupun di luar Negara. Terima Kasih kerana sentiasa mengikuti perkembangan di blog ini kerana berlaku peningkatan secara mendadak dari segi pelawatnya. Alhamdulillah…
Cuma apa yang saya akan lebih fokuskan dalam penulisan saya pada tahun 2012 adalah perkara-perkara yang melibatkan mahasiswa, belia, remaja serta anak muda dan juga penulisan-penulisan yang berunsur ilmiah. Insyaallah, dan saya juga akan sentiasa meng‘up-date’kan penulisan saya berkaitan dengan buku-buku yan baru dibaca dan juga filem melayu tanah air. Insyaallah…
Saya juga mengharapkan sokongan kuat dari anda semua untuk terus memberi kritikan dan pandangan yang membina kepada saya serta boleh berkongsi secara ilmiah untuk kita terus mengetahui pelbagai perkara yang kita bincangkan bersama.
Melalui perkongsian berbentuk penulisan ini juga sedikit sebanyak akan menjadi satu mekanisma untuk kita terus berkongsi pendapat dalam pelbagai perkara. Insyaallah… Dan saya juga mengharapkan agar seluruh pembaca blog saya mendoakan kebahagiaan dan kejayaan untuk setiap apa yang dilakukan oleh saya. Insyaallah…
Sekian, Wallahua’lam…
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com
Wednesday, January 4, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment