Salam Perpaduan...
Salam Malaysia Madani...
Sejak beberapa hari ni, aku memfokuskan diri untuk menghabiskan bacaan aku berkaitan Fiqh Siasah Khulafa'Al-Rasyidin - Khalifah Umar RA tulisan bekas Naib Presiden Kesatuan Ulama Se-Dunia, Tuan Guru Tan Sri Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang. Aku sangat-sangat tertarik nak baca buku nie, dan Alhamdulillah...baru-baru ni aku berpeluang untuk mendapatkan buku ini. 😀😀😀
PERKHEMAHAN DI PANTAI MORIB SELANGOR
Tak pernah terlintas sebenarnya untuk terlibat dengan aktiviti perkhemahan (camping) terutamanya dalam kesibukan jadual aku yang agak padat sejak kebelakangan ini. Ditambah lagi perkhemahan dengan sahabat-sahabat baru yang aku baru kenal kurang dari 10 hari (kurang dari 2 minggu).
Aku kenal dengan sahabat-sahabat baru aku nie (actually, dorang nie lebih muda dari aku sebenarnya 😅) semasa Kursus Asas Sukarelawan Anak Malaysia pada 09 hingga 12 Februari 2023 yang lalu. Disebabkan aku yang paling tua (takde la tua sangat pun sbb baru ja cecah ke angka 30-an 😅), so aku anggap macam adik-adik aku saja la sbb beza umur pun dalam 4-12 tahun saja 😅
Dorang ni adalah Aiman Fikri, Zairi, Hariz, Azizul Adi, Alif Aiman dan Fahmizan.
Nak dijadikan cerita, aku tak plan pun sebenarnya untuk join perkhemahan ni sebab aku dah ada aktiviti lain yang aku lock untuk tarikh 18 dan 19 Februari tue (pada asalnya tarikh tue aku balik ke Alor Setar tapi disebabkan aku terikat dengan aktiviti lain di Kuala Lumpur).
Antara perancangan aku pada hari 18hb tue adalah ke Pelancaran Jersey Away dan Pengenalan kesemua Players Selangor FC Musim 2023 di Tropicana Garden Malls (pagi sehingga jam 3pm), pastu discussion dengan pegawai khas YB Timbalan Menteri (4.30pm) di Pavilion then malam tue aku ada buat free tuisyen utk subjek Matematik bagi anak-anak 1 keluarga asnaf di Sri Rampai.
Tak silap aku beberapa hari sebelum hari kejadian, aku masih berbelah bahagi samada untuk join ke tak perkhemahan tue sehinggalah ada 2 orang sahabat aku nie wasap personal utk ajak aku join sekali dengan dorang. Dan Alhamdulillah, aku bersetuju.
Ternyata keputusan aku buat adalah tepat untuk memilih sertai perkhemahan ini yang bertempat di Pantai Morib. Walaupun terpaksa tempuhi perjalanan hampir 87km (sehala) menaiki motosikal ke sana, namun dengan niat dan harapan untuk mengekalkan ukhuwah persahabatan yang terbina, aku redahlah jugak untuk bersama-sama dengan semua.
SEKITAR JAM 4.30 PETANG
Aku dah bersiap-siap untuk gerak. Dalam perjalanan awal tu sebelum sampai di PWTC kot rasanya aku terpaksa patah balik ke rumah disebabkan tertinggal bendera yang aku dah janjikan nak bawak untuk bercamping.
Pastu aku follow saja arah jalan mengikut arah yang ditunjukkan dalam maps. Sehinggalah selepas Putrajaya (dalam kawasan Dengkil rasanya) , 2 kali kaki aku kekejangan (cramp) dan ada sekali tue sampai terbalik la motor aku kt tepi jalan sebab kaki tak boleh nak gerak. Aku rasa jadi cramp nie mungkin disebabkan malam sebelum tue aku tak cukup tidur rasanya. 😅😅 Kesan cramp tue sampai sekarang masih terasa.
Then bergerak ke depan sikit secara perlahan tetiba hujan pulak turun dengan lebatnya sampai aku terpaksa bukak spek mata aku untuk redah jugak hujan sebab aku perlu ada kat sana sebelum jam 7pm (target aku la untuk sampai sebelum jam 7pm). Last terpaksa berhenti jugak sebab aku dah tak nampak jalan dan baju dgn seluar aku dah basah dah masa tue 😅😅
Benda pertama aku kena fikirkan masa tu adalah bendera. Sbb aku xboleh nak letak dalam beg bersekali pakai baju hujan. Nak tinggal tepi jalan, serba salahlah pulak, last2 aku pegang saja di tangan sampailah tiba di Pantai Morib.
SEKITAR JAM 7.10 MALAM
Alhamdulillah, aku dah selamat sampai di Pantai Morib dan betapa terujanya aku untuk bercamping buat kali pertama di tepi pantai. Lebih teruja bilamana semua sahabat-sahabat aku dah sampai dan dh siap pasang khemah (kecuali Aliff dan Fahmizan).
Masa tu, yang lain dok prepare untuk nak bakar-bakar ala barbecue. Aku pula terus tukarkan seluar dulu sebab basah 😅 Then aku bantu si Hariz yang sedang dok bakar-bakar sekali dengan si Adi. Banyaknya makanan yang ada masa tue. Semuanya semangat masa tue.
Hari bertambah gelap then aku baru teringat terlupa bawak lampu suluh dengan selimut aku. Haha 😂😂 Masa tue aku rasa la, aku yang paling 'looser' sebab tak buat persediaan betul-betul. Yang lain ada yang bawak khemah, ada yang bawak makanan, buat perapan ayam, bawak alatan masak, bawak lampu, bawak sleeping beg, bawak alatan camping semuanya, ada yang bawak otak-otak, ada yang bawak air minuman dan lain-lain lagi, rasanya aku sorang saja yang tak bawak apa-apa.
Malam tue, aku merasa dan makan macam-macam makanan. Antaranya ayam bakar (perapan ayam dibuat oleh si Hariz), daging burger bakar, sosej bakar, roti sosej cheese (katanya ada orang bagi yang ni) dan lain-lain lagi. Music dan lagu turut dipasang untuk hidupkan suasana santai.
Masa yang sama sempat jugak ikut si Aiman gi cari ranting-ranting kayu untuk buat umbun api bersekali dengan Hariz dan Zairi.
Selain itu, kitorang ada juga borak-borak dengan yang lain berdekatan dengan umbun api. Bercerita pasal itu ini sehinggalah Alif datang bawak otak-otak dan seterusnya Fahmizan datang bawak beberapa botol air.
Then timbul satu cadangan untuk main game. Antara cadangannya adalah main game Werewolf (guna telefon). First time aku dengar pasal game nie dan ternyata games nie sangat-sangat menarik sampai aku termimpi-mimpi la main games nie. Hahaha 😂😂😂
*Cuma aku tak berapa ingat, malam tue kitorang gi mandi dulu ataupun mandi selepas main game Werewolf nie 😅😅😅 tapi yang penting, malam tue dapat mandi la 😅😅
SEKITAR JAM 4.00 PAGI
Rasanya sekitar jam 3.30 pagi, masing-masing dah mula mengantuk dan ada yang dah tidur di khemah dan ada jugak yang tidur di hammock. Just tinggal aku, Aiman dan Hariz yang belum tidur.
Sempatla kemaskan sikit barang-barang di khemah dan kami bertiga sambung berborak bercerita pasal PLKN, pasal travel dan lain-lain lagi. Pastu sambung tengok Nenek Bongkok Tiga dan sedar-sedar aku dah tertidur...hahaha 😴😴😴
SEKITAR JAM 9.00 PAGI
Aku tersedar dari tidur dan masa tue tinggal aku dan Aiman sahaja di khemah sebab yang lain bertugas sebagai sukarelawan dengan team AADK. Aku dan Aiman terkecuali dan tak terlibat dengan event tersebut.
Pastu aku terus gi mandi dan bersihkan diri dan qada solat subuh. Selesai solat semuanya terus keluar gi cari makanan untuk breakfast dan sempat jugak beli ais-krim potong untuk aku dengan si Aiman. Masa ni dah tak tahu nak buat aktiviti apa sebab kat sekitar pantai dah start penuh dengan para pengunjung.
Then si Aiman ajak untuk beli makanan tengahari dan bawak aku gi jalan-jalan menaiki motosikal ke 'hidden place' yang bagi aku agak menarik. Cuma kawasan tue agak sunyi dan ada monyet. Kawasan agak menarik dengan cuma dia terselindung dengan kawasan paya bakau.
Pastu terus ke Foodcourt Pantai Morib dan kebetulan bertembung dengan Alif Aiman. Kitorang sama-sama pergi ke kawasan acara program AADK bertemu dengan yang lain termasuklah Kapten Hafiza (Ikon Belia AADK Negeri Selangor). Sempatlah bervideo tiktok bersama dengan team ni.
Setelah selesai, kitorang balik ke kawasan perkhemahan. Masa tue ada yang start sambung tidur , manakala aku, Aiman dengan Alif Aiman turun ke pantai untuk tengok orang awam kutip pepahat. Sebenarnya aku tak pernah tengok pun pepahat nie. First time tahu 😅😅😅 cuma aku dimaklumkan oleh sorang makcik nie, pepahat nie antara yang wajib ada kalau makan shellout.
SEKITAR JAM 3.00 PETANG
Kitorang dah start bersihkan khemah dan turunkan khemah. Selepas siap, kitorang gi makan dulu (makan berat & aku makan Mee Jawa rasanya). Pastu solat terus di surau terdekat.
Pastu terus ke Bukit Jugra (asalnya plan untuk tengok dari bawah, last-last naik jugak ke atas). Menarik jugak sebenarnya bersantai-santai di kawasan Bukit Jugra nie. Kali pertama jugak aku jejakkan kaki kt sini. Pakat feeling-feeling la atas nie bilamana melihat hiliran sungai menghala ke laut besar. Nampak kapal-kapal besar dari jauh.
Selepas tue, yang lain hantar aku dengan Aiman untuk ambil motosikal (sebab aku dengan Aiman saja datang naik motosikal). Then terus ke Mercu Tanda Anak-Anak Sidek untuk bergambar dan bersurai di situ sebagai checkpoint terakhir sebelum berpisah.
Aku pun meluncurlah kembali ke jalanraya untuk pulang ke Setapak, Kuala Lumpur. Dan Alhamdulillah, aku selamat sampai di sini sekitar jam 9.00 malam macam tue. Walaupun penat, tapi aku sangat-sangat puas hati
PENUTUP
Sebelum terlambat, aku minta maaf awal-awal pada semua ahli camping sekiranya ada kekurangan dan kesilapan yang membuatkan ketidakselesaan korang sepanjang perkhemahan berlangsung.
Aku sangat seronok bercamping dengan semua (korang) dan ini adalah pengalaman pertama aku bercamping di tepi pantai. Antara moments yang akan aku ingat sampai mati. Insyaallah...
Apa-apa pun, aku doakan semoga kita semua sentiasa di bawah Rahmat dan Perlindungan Allah, sentiasa dilimpahkan rezeki yang halal, dan diberikan kesihatan yang baik. Aku mendoakan juga semoga ukhuwah persahabatan kita semua terus berkekalan dan diberkati Yang Maha Esa. Insyaallah... Amin Ya Rabbalamin
Sekian, Wallahua'lam...
Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Setapak, Kuala Lumpur
28 Februari 2023
2 comments:
MasyaALLAH Haibahhh… Terbaik Bang!! ✨✨✨
Yeahhh nnti kita gi lagi... Insyaallah 😀
Post a Comment