Sunday, November 27, 2011

Tanggal 27 November, Aku...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Hari ini, saya ingin kongsikan satu perkara yang saya simpan sebagai perkongsian dengan pembaca-pembaca semua. Tanggal 27 November 2011 merupakan satu tarikh yang cukup bermakna tetapi terpaksa saya lupakan kegembiraan itu untuk saya berdepan dengan tanggungjawab dan amanah yang saya pikul.

Sebenarnya tanggal 27 November 2011 itu adalah tarikh untuk saya berangkat ke Bandung, Indonesia dan tarikh Pertunangan Adik saya, Wan Mohd Aizzat. Tetapi disebabkan komitmen saya dengan akademik (assignment) dan program saya iaitu TRIP 2SGT TO PUTRAJAYA pada 30 November hingga 2 Disember 2011, terpaksa saya korbankan semua.

Memang berat sebenarnya untuk saya lepaskan semua itu tetapi harapan yang diberikan oleh rakan sekuliah saya, membuatkan saya serba salah sekiranya saya meninggalkan mereka tergapai-gapai keseorangan. Apa-apa pun, saya harapkan keputusan yang dibuat ini memperolehi kejayaan. Insyaallah…

Bila difikirkan kembali banyak kali saya tundakan pelbagai aktiviti semata-mata untuk berikan komitmen saya kepada Program Ke Bandung, Indonesia kerana ianya dirancang awal tahun ini bersama-sama dengan my team, Irfan, Aiman dan Nazriah… Tetapi sekarang ianya hancur sekelip mata. Apakan daya, saya hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan segalanya. Perancangan Tuhan itu lebih baik. Insyaallah…

Apa-apa pun, sebelum itu, saya ingin memohon maaf berbanyak-banyak kerana tidak dapat hadir ke Majlis Pertunangan Adik saya dengan pilihan hatinya serta kepada Encik Sharil, Irfan Shah, Aiman, Nazriah, Faiznur dan semuanya kerana tidak dapat turut serta dalam trip to Bandung. Jangan lupa belikan cenderamata untuk saya di sini. =)

Dan kepada pembaca blog saya pula, jangan lupa doakan kejayaan untuk program kelas saya yang pertama yang saya sendiri ketuai iaitu Program TRIP 2SGT TO PUTRAJAYA yang akan berlangsung di 4 tempat yang berbeza iaitu Perumahan Negara, Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, Perbadanan Putrajaya dan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd.

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: