Sunday, November 27, 2011

Kasino : Satu Perjudian Kehidupan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Setelah kepenatan mengadap tugasan akademik aku yang menggunakan perisian AUTOCAD untuk membuat Plan Akui bagi subjek Ukur Kadaster, aku sempat meluangkan masa aku dengan membaca sebuah buku tulisan Saudara Saifullizan Tahir yang bertajuk KASINO.


“Mohd Narcissus Yusof ialah seorang usahawan Bumiputera yang pantang dicabar. Dia berkebolehan, kacak serta selesa dengan gaya hidup yang mewah dan hedonis. Tetapi dirinya kini tersepit.

Apabila negeri di mana dia berniaga diambil alih oleh Pakatan Rakyat, sumber kewangannya tergugat. Lebih parah, dia kini terhutang RM3.8 juta kepada Kerajaan Negeri. Dia ada hanya 2 minggu untuk melangsaikannya atau padah, dihadapkan ke Badan Pencegah Rasuah.

Mohd Narcissus harus beradu dengan masa untuk menyelamatkan reputasi. Antara ikhtiarnya ialah dengan mencuba nasib di gelanggang judi antarabangsa. Nasib dunianya yang selama ini bergantung kepada tampuk kuasa politik semakin menghimpit. Di medan KASINO sebegini, kemuliaan hanyalah dari kemenangan.”

Setelah selesai membacanya dalam masa sehari, dapat aku katakan bahawa novel yang aku sedang baca ini cukup ‘straight to the point’. Tetapi gaya bahasanya juga ada kekadang cukup meleret-leret. Tapi aku tetap teruskan juga bacaanku.

Apa yang menariknya adalah berkaitan dengan watak utamanya sendiri iaitu Dato’ Mohd Narcissus Yussof. Kehidupan Dato’ Narcissus ini dapat dikatakan sebagai satu perjudian untuk dia teruskan kehidupan yang mendatang.

Dengan persekitaran yang elit serta penuh dengan unsur maksiat sedikit sebanyak menggambarkan betapa kuatnya elemen sedemikian secara realiti hari ini. Perempuan simpanan, perjudian, pergaduhan dan sebagainya dihidangkan tatkala menjadi latar kepada kehidupan Dato’ Narcissus yang diceritakan satu persatu mengikut bab. Setiap bab itu mewakili setiap hari yang dilalui olehnya.

Tetapi saya masih tertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku di sebalik kejadian ketika di akhir bab novel ini yang secara tiba-tiba Projek Perasmian Marina diteruskan ? Errrmmm….

Apa-apa pun, novel ini sedikit sebanyak memberikan gambaran mudah apabila kita melalui hari-hari yang dikelilingi oleh pelbagai ragam orang. Ada yang jenisnya mengampu, ada juga yang jenisnya jujur. Tetapi apa yang dapat saya katakan adalah kejujuran yang digambarkan oleh watak utamanya ini. Sungguh realistik. TAHNIAH… =)

Sekian, Wallahua’lam… =)

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: