Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
Firman Allah yang bermaksud :
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah untuk menegakkan agama Islam, mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan ingatlah Allah maha pengampun lagi maha mengasihani.”
(Surah Al-Baqarah, Ayat 218)
Memang benar ! Setiap orang pasti mengimpikan kebahagian yang sempurna dan diberkati-Nya. Namun, kita lalai dan leka dalam keasyikan duniawi yang semakin tahun berganti usia kita juga semakin bertambah dan semakin dekatlah kita kepada ajal.
Dari itu kita sudah seharusnya semakin matang dan bijak dalam mengisi dan memanfaatkan usia kita dalam kehidupan ini. Apa pun yang kita lakukan haruslah bertambah lebih baik dari sebelumnya. Bagi penulisan kali ini, saya ingin kaitkan dengan penghijrahan yang berlaku di kalangan artis wanita di Malaysia.
Alhamdulillah, satu persatu artis-artis wanita hari ini berhijrah dengan satu penghijrahan yang cukup dihormati dan diterima oleh orang sekeliling terutamanya kepada imej bertudung dan menutup aurat. Ini sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada remaja wanita yang semakin hari semakin terdedah dengan pelbagai kelekaan dan kelalaian yang tidak bermanfaat.
Saya sendiri berpendapat dengan penghijrahan yang ditunjukkan oleh segelintir kecil artis wanita berkenaan, ianya memberi gambaran bahawa setiap manusia boleh berubah kepada kebaikan. Kita sebagai pemerhati seharusnya mendoakan agar golongan artis wanita ini kembali kepada tuntutan agama seperti Firman Allah yang bermaksud :
“Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan (Yang Haq) melainkan Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang Mu’min, laki-laki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat tinggalmu.”
(Surah Muhammad – Ayat 19)
Satu persatu memberi imej bahawa industri hiburan tanah air masih boleh dicorakkan dengan konsep Islamik sebagai tarikan baru kepada golongan remaja yang kian tidak terkawal dengan taksubkan hiburan dari barat. Saya doakan agar setiap kita terus berlapang dada dan mendoakan serta membimbing para remaja di luar sana agar kembali kepada Agama. Insyaallah…
Di sini saya tunjukkan beberapa orang artis wanita yang sudah menunjukkan perubahan yang cukup baik. Sama-samalah kita doakan agar rakan artis mereka yang lain akan turut sama melakukan perubahan. Insyaallah… =)
Sekian, Wallahua’lam…
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com
Wednesday, November 9, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
hey kamoo..dtg melawat kawasan dan baca entry...nice keep it up ;)
Post a Comment