Thursday, June 9, 2011

Pedoman Belia...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Puisi “Pedoman Belia” hasil nukilan Pendita Za’aba pada tahun 1965 harus dijadikan budaya ikutan belia bagi membina keunggulan keperibadian demi kejayaan diri, bangsa dan pertiwi. Perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Za’aba 46 tahun dahulu, masih dan pasti akan terus releven sehingga 50 tahun yang akan datang. Dengan itu, terimalah “Pedoman Belia” sebagai peringatan, teladan dan nasihat untuk kita semua, warga Belia yang akan memimpin negara masa hadapan. Insyaallah…

PEDOMAN BELIA – Pendeta Za’aba

Ingat pesan-ku wahai belia
Jangan berdusta, jangan perdaya
Jangan kikir kasehkan kaya
Jangan boros yang sia-sia

Jangan mengata, jangan mengeji
Jangan aniaya, bengis dan benchi
Jangan takabbur diri di-puji
Jangan sa-kali memungkir janji

Judi dan arak jangan biasa
Luchah dan chabul jangan selesa
Usah bermain ular yang bisa
Lambat bangat-nya dapat binasa

Jangan meminjam, jangan berhutang
Jangan meminta bantu sementang
Bergantong ka-orang hendak-lah pantang
Bebas kehidupan sentiasa tatang

Meminjam jangan meminjamkan jangan
Barang di-pinjam kerap kehilangan
Sahabat peminjam renggang di-tangan
Hutang merosakkan maruah pandangan

Jangan biasakan meminta tolong
Ka-sini tersembah ka-sana terlolong
Ikhtiar sendiri bantut bergulong
Akhir-nya kebolehan lenyap terlelong

Lateh-lah diri sifat merdheka
Daya sendiri sa-genap ketika
Jangan sombongkan asal dan baka
Atau kebolehan adek dan kakak

Bangau yang hitam choba layangkan
Besi yang tawar kilir tajamkan
Waja yang keras padat padukan
Allah kurniai dapat menjayakan

Ingat selalu akan Tuhan-mu
Tuhan pun tentu ingat ‘kan kamu
Jahat dan keji tidak tersemu
Bahaya benchana jauh bertemu

Semua manusia adek-beradek
Semua dunia satu geladek
Bantu-membantu itu-lah didek
Jangan bermusoh, tengking dan herdek

Sakit dan susah walau pun mati
Semua di tanggong bersunggoh hati
Kerana fa’edah orang berketi
Mengorbankan diri itu-lah erti

Sa-baik2 orang ada jahat-nya
Sa-jahat2 orang ada baik-nya
Tidak-lah sa-yogia barang siapa-nya
Menyalahkan orang, tidak diri-nya

Dalam perkara perhubongan negeri
Sangat mustahak bijak bestari
Runding meshuarat ambil dan beri
Jalan muafakat hendak di-chari

Demikian ku-rasa dalam diri-ku
Benarnya tetap dapat di-aku
Banyak yang lain dalam hati-ku
Ku-tunjokkan Hanna simple sa-buku

Sa-lain ini rasa ku-sangka
Tidak-lah sa-yogia aku berbeka
Pintu yang ghaib tidak ku-buka
Kepada Allah harus belaka

Pada-lah itu aku khabari
Ingat-lah semua, muda jauhari
Kira-nya kabul Allah memberi
Diri-mu jadi pemuleh negeri


p/s : Saya berharap agar perkongsian ini memberi sedikit sebanyak perubahan dan rasa tanggungjawab anda terhadap diri anda, keluarga, sahabat-sahabat, agama, bangsa dan negara… Insyaallah… =)


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH

0 comments: