Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
Saban hari, kita seringkali diperhidangkan dengan berita-berita melalui kawan-kawan, sahabat-sahabat dan sebagainya berkenaan dengan rakan yang sering “Lupa Diri”. Lupa diri di sini membawa maksud apabila seseorang itu di atas, dia mulai lupa diri dengan kemewahan dan segala apa yang ada dan apabila berada dalam kesusahan mulalah dia tergapai-gapai mencari sahabat yang sebelum ini dia lupai.
Perkara ini bukanlah satu rekaan atau palsu, tetapi itulah kebenaran yang diceritakan oleh seorang rakan saya kepada saya. Memang benar, pahit untuk kita telankan tambah pula perkara ini memang tidak pernah kita jangkakan. Betul atau tidak, itulah antara permainan yang akan kita alami tatkala kita melangkah ke alam dewasa.
Perkara seperti ini bukanlah medan untuk kita berduka atau bersedih tetapi sebenarnya mempunyai hikmah disebalik setiap kejadian yang berlaku. Kita sepatutnya memuhasabahkan semula terhadap diri kita dan bersama mendekati Allah Taala.
“Bersabar Itu Separuh Daripada Iman”
Memang benar, kita di usia sebegini perlulah pertingkatkan dan praktikkan sifat “Sabar” itu ke dalam diri kita, kerana kita masih di usia muda iaitu di akhir belasan tahun dan awal 20-an. Kenapa kita perlu sabar? Itulah antara persoalan yang kita sering bangkitkan jika kita disuruh bersabar sedangkan kita yang alami apa itu kepahitan situasi yang sedang kita berdepan.
Bersabar itu merupakan satu sifat yang membuatkan diri kita untuk dekatkan diri kepada-Nya dan berbanyak mengingati-Nya sama ada ketika kita mempunyai masalah atau tidak. Apa yang sering diperhatikan, manusia mudah lupa apabila memperolehi kemewahan dan terus alpa dengan apa yang ada dan mula kembali ke jalan-Nya pabila mengalami kecelakaan.
Itulah antara sifat angkuh yang sering kita lakukan. Saya di sini sekadar berkongsi pandangan berhubung dengan sifat manusia yang sering kali “Lupa Diri” dengan kemewahan, pangkat dan sebagainya serta tidak memandang sekeliling apa sebenarnya yang berlaku dan berkongsi bersama-sama nikmat Allah yang diperolehi itu.
Bermuhasabahlah sebelum terlambat kerana selagi kita berasa takut kepada Allah, selagi itulah Iman kita masih ada di dalam hati. Insyaallah… Berbalik kepada penulisan kali ini yang lebih mengenengahkan penulisan berkaitan dengan “Lupa Diri” ini sebenarnya memberi satu pengajaran kepada kita semua dan jadikanlah perkara itu sebagai satu peringatan buat kita yang bergelar pemimpin dan bakal-bakal pemimpin.
Kerana perkara seperti itu banyak kesan negatifnya berbanding positifnya. Berfikirlah secara rasional dan selalulah mengingati Allah Taala agar kita terus terpelihara dengan sifat sabar yang tinggi. Percayalah, setiap kemewahan, pangkat, kecantikkan dan sebagainya itu hanyalah bersifat sementara dan tidak kekal lama, dan perkara yang kekal lama dan membawa kesan kepada orang sekeliling adalah sifat kita yang lemah-lembut, tidak sombong dan mudah bermesra dengan orang.
Insyaallah…saya di sini mengingati sekali lagi kepada diri saya sendiri dan sahabat-sahabat sekalian serta pembaca blog yang lain agar tidak menanam sifat LUPA DIRI dan tidak mengamalkannya di kala kita berada di atas kerana kelak kemudian hari, kita sendiri yang akan memahami apa sebenarnya yang ada disebalik sifat keangkuhan kita itu.
Sekian, Wallahua’lam…
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com
Thursday, January 27, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
terima kasih .sangat menarik.ye la.skrg kan,ramai org yg lupa diri.lupa diri bila dah kaya.lupa diri yg dia hamba Allah.lupa mcm2 la (:
Post a Comment