Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
“Agi Idup Agi Ngelaban” merupakan satu pepatah iban yang begitu memberi maksud mendalam kepada kita selaku umat manusia yang masih berjuang di muka bumi Allah ini. “Berjuang Selagi Nafas Masih Ada” inilah yang dimaksudkan daripada pepatah iban tadi.
Banyak skop boleh diperkembangkan daripada satu punca iaitu daripada pepatah tersebut. Perjuangan Menegakkan Keadilan, Perjuangan Mencapai Cita-Cita, Perjuangan Dalam Pembelajaran, Perjuangan Dalam Menegakkan Agama Allah dan berbagai lagi yang boleh kita sebutkan jika perkataan perjuangan itu diperluaskan.
Berbalik kepada situasi semasa sekarang ini iaitu sebagai insan yang masih bergelar seorang penuntut ilmu atau mahasiswa di sebuah institusi pengajian tinggi awam, erti perjuangan untuk terus memperolehi berbagai-bagai jenis ilmu sama ada berbentuk teori, praktikal, kepimpinan dan sebagainya lagi, ia sudah cukup untuk menggerakkan hati saya ini bagi terus melangkah berjuang dalam mencapai impian yang telah dihajati.
Usaha Tangga Kejayaan…
Dengan usaha juga akan dapat memastikan kita terus berjuang dalam mencapai target atau sasaran yang kita sendiri kenal pasti apa sebenarnya yang kita impikan. Ramai di kalangan kita masih kabur dan masih kurang jelas apa sebenarnya yang ingin kita miliki. Miliki cinta? Miliki Harta? Miliki Wanita? Miliki Kekayaan? Miliki Kecantikan?
Semua itu sebenarnya menjadi idaman dan menjadi impian masing-masing tetapi sedarkah kita bahawa impian itu tidak semuanya kekal jika kita mengabaikan untuk berjuang ke jalan Allah. Kerananya untuk mencapai keredhaan Ilahi, kita perlulah sentiasa mengingati-Nya dan perlulah ikhlas fi sabilillah.
Berbalik kepada maksud usaha pula, kita sebagai seorang yang masih belajar, tidak perlulah mengalah dan mestilah terus berusaha untuk melonjak terus ke hadapan kerana persaingan sesama sendiri sekarang begitu kuat dan releven jika dikatakan ianya sebagai satu langkah untuk kita perolehi kekuatan yakni semangat diri untuk terus perolehi kejayaan.
Persaingan sesama sendiri inilah yang akan memberi kita kekuatan untuk menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik. Betul atau tidak, siapa di antara yang mahu gagal dalam sesebuah perjuangan? Kegagalan akan kita perolehi jika kita alpa dan leka.
Memang benar, kegagalan itu kadang-kala mengajar untuk kita bertindak dengan lebih teliti dan berhati-hati. Tetapi percayalah, jika kita terus memahami dan mempercayai kekuatan diri, Insyaallah…kita pasti akan perolehi kejayaan yang kita impikan. Tidak kiralah berapa lama kita berjuang untuk memperolehinya.
Akhir kata, teruskanlah berjuang dalam menuntut ilmu, agar kehidupan terus diwarnai dengan liku-liku kehidupan seorang mahasiswa. Insyaallah…
Sekian, Wallahua’lam…
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com
Sunday, January 23, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
tertarik dengan maksud nie....
boleh sy tau..adakah firdaus&associates di taman melawati firma yang bagus? sy hendak mohon utk latihan industri(praktikal). mohon pendapat anda yg berpengalaman dan pernah ambil latihan industri di situ.
Wardhatul : Setakat selama hampir 5-6 bulan saya praktikal di situ, banyak jugak pengalaman yg saya dapat terutamanya apabila diberi peluang untuk bersama-sama dgn Eksekutif Penilai melawat periksa sehingga ke dalam hutan untuk menilai harta tanah pelanggan... =)
Post a Comment