Friday, January 28, 2011

Cikgu Semangat, Rakyat Hebat...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Cikgu merupakan seorang insan yang tidak mengenal erti mudah putus asa. Cikgu juga sering dikaitkan dengan sifat sabar yang tinggi dalam hari-hari mengajar anak muridnya yang penuh dengan ragam masing-masing. Cikgu juga merupakan seorang insan yang berjiwa kental dalam memartabatkan anak bangsa di persada ilmu yang penuh kepelbagaian.

Cikgu juga merupakan seorang insan yang mempunyai sifat jati diri yang tinggi terhadap agama, bangsa dan negara. Cikgu juga merupakan seorang pendidik yang akan mengembalikan maruah bangsa dan agama serta negara dengan ilmu yang diajarnya kepada anak bangsa kita.

Perdana Menteri, Polis, Saintis, Peguam dan sebagainya merupakan manusia-manusia yang berjaya dalam bidang masing-masing, tetapi tahukah anda semua bahawa dari mana datangnya ilmu yang mereka pelajari itu? Siapakah insan yang bertanggungjawab memberi tunjuk ajar kepada mereka? Sehingga mereka ini kenal apa itu, A,B,C dan 1,2,3.

Masyarakat sekeliling perlulah melihat perkara itu sebagai satu kekuatan untuk kita terus membangunkan anak bangsa terutamanya dengan didikan Islam yakni ikutan bagi Umat Manusia di akhir zaman ini. Saya percaya jika kita semua sedar akan perkara ini, Insyaallah kita masih mampu untuk berubah dari semasa ke semasa.

Kekuatan jasmani dan rohani juga perlulah seiring bagi membolehkan ianya dijadikan acuan sebagai kekuatan untuk terus membangunkan anak bangsa. Cikgulah insan kedua selain ibu ayah di rumah yang memberi tunjuk ajar dan didikan agama kepada anak masing-masing. Jika kita melihat bekas cikgu dicalonkan sebagai wakil rakyat di mana-mana tempat, ianya suatu peluang yang perlu direbut supaya memilihnya kerana banyak sebenarnya yang boleh diperjuangkan oleh insan yang berpengalaman itu.

Walaupun berlainan bidang pada sebelumnya tetapi persamaan terhadap kerjaya tersebut masih ada terutamanya iaitu matlamat memperjuangkan ISLAM. Ianya sudah menjadi satu tanggungjawab setiap umat manusia supaya menegakkan Agama Allah yakni ISLAM. Pejuang bangsa juga boleh dikatakan terutamanya bekas Cikgu Bahasa Melayu yang begitu tekun dan tidak mengenal erti putus asa untuk memperjuangkan Bahasa Ibunda iaitu Bahasa Melayu.

Itulah sebenarnya perjuangan yang didambakan oleh rakyat sekeliling selain keluhan dan luahan hati yang masih berbunga-bunga dilemparkan kepada pemimpin lepas. Oleh itu, marilah bersama kita fikirkan apa sebenarnya matlamat perjuangan pemimpin yang akan memimpin rakyat di DUN Tenang. Insyaallah…

Mesti ramai yang agak terkejut pada penulisan kali ini kerana lebih ke arah politik Malaysia. Tetapi ini adalah sekadar kongsian pendapat saya sebagai pemerhati dan peminat Politik Malaysia. Saya bukannya ingin mempengaruhi mana-mana pihak atau terlibat dalam Politik Malaysia ini tetapi sekadar kritikan membangun untuk masa depan Politik Malaysia.

Rakyat-rakyat di Tenang perlulah berfikir panjang supaya memilih pemimpin yang terbaik dan tidak termakan dengan propaganda FITNAHAN, TUDUHAN atau PROVOKASI yang ditujukan kepada kedua-dua calon. Saya juga hairan kerana boleh kata setiap kali PilihanRaya Kecil, pasti diluluskan apa-apa peruntukkan semasa sedang berkempen tetapi kenapa tidak ketika pemimpin sebelum itu sedang memimpin kawasan tersebut? Itu merupakan satu persoalan yang ingin saya lemparkan kepada mereka yang dinamakan sebagai Pejuang Rakyat.

Bersamalah kita menanti keputusannya pada 30 Januari 2011, siapakah yang akan menangi Kerusi DUN Tenang pada PRK kali ini. Insyaallah, sama ada di pihak Kerajaan mahu pun pihak Pembangkang, kedua-dua Calon mempunyai kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Yang mendapat undian tertinggi sahajalah yang akan dianggap pemenang bagi pemilihan 2 penjuru kali ini.

Saya ulangi sekali lagi, penulisan kali ini bukanlah sebagai penglibatan saya dalam mana-mana parti politik tetapi sekadar pendapat saya sebagai seorang pemerhati dan peminat Politik Malaysia.

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

0 comments: