Sunday, January 30, 2011

Khurafat : Perjanjian Syaitan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Dari “Hantu Kak Limah Balik Rumah”, jom kita beralih pula kepada satu lagi Filem Seram Melayu 2011 ini iaitu “Khurafat”. Filem keempat (rasanya) arahan Pengarah Terbaik FFM 2010 & Lakon Layar Terbaik Anugerah Skrin 2010, Saudara Syamsul Yusof selepas Filem “Evolusi KL Drift”, “Evolusi KL Drift2” & “Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam”, memang menyeramkan dan menakutkan.






Filem ini juga boleh dianggap filem yang cukup menyeramkan dan penuh dengan mesej yang ingin disampaikannya. Filem lakonan Syamsul Yusof, Liyana Jasmay, Sabrina Ali & Salina Saibi ini juga berjaya memberi kesan yang cukup kuat terhadap diri saya terutamanya berkaitan dengan Mati.

Jika disuruh pilih antara filem arahan saudara Syamsul Yusof yang terbaik, saya akan memilih filem “Khurafat” ini dan saya memberi 4.5 bintang kepada filem Melayu ini. Dan menjadi persoalan ke mana hilangnya 0.5 bintang lagi tue? Ianya datangnya dari persoalan saya kenapa file mini berakhir dengan kematian? Hehe...

Filem ini juga dengar khabarnya sudah mencecah ke angka RM5 juta, betul atau tidak, kita nantikannya… Jalan cerita dan barisan pelakon yang menjayakan filem ini juga dianggap baik dan mantap. Posternya saja dah cukup membuatkan diri saya meremang keseorangan. Hahaha…


Di kesempatan ini juga, saya ingin menceritakan sedikit sebanyak berkaitan dengan khurafat (bukan filem “Khurafat”) ini sebagai pengetahuan kepada kita semua. Insyaallah…

KHURAFAT membawa maksud semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ralaman, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam.

Antara ciri-ciri khurafat ialah :
I. Tidak didasarkan pada nas-nas syarak (al-Quran atau hadis Rasulullah).
II. Cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau karut.
III. Bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan bercanggah dengan Islam.
IV. Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya.
V. Mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariah.
VI. Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus.

Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Quran, al-Hadis, Ijmak dan Qiyas adalah ditolak oleh Islam. Sabda Rasulullah yang bermaksud :

“Barangsiapa mengada-adakan di dalam agama kami sesuatu yang tidak ada di dalamnya, maka yang dikerjakannya itu adalah tertolak.”

Percaya kepada benda-benda yang dijadikan keramat seperti pokok, kubur, telaga dan sebagainya, serta memuja, memohon pertolongan dan melepaskan nazar pada benda-benda berkenaan dan percaya ianya mempunyai kuasa selain dari Allah Taala adalah membawa kepada syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid kepada Allah Taala. Firman Allah dalam Surah al-Jin 72:6 yang bermaksud :

“Dan sesungguhnya ada beberapa orang di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa orang di antara jin, maka jin-jin itu menambah dosa dan keasalahan bagi mereka.”

Sekian, wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH

Hantu Kak Limah Balik Rumah...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…




Tersenyum aku sendirian ketika menonton bersama-sama rakan-rakanku filem Hantu Kak Limah Balik Rumah”. Filem Melayu arahan Saudara Mamat Khalid ini, merupakan antara Filem yang agak melucukan selain “Zombie Kampung Pisang” & “Senario : Lang Buana”.

Walaupun dibelanja orang untuk menonton filem ini, ternyata ianya tidak merugikan kepada mereka yang menontonnya. Kerana banyak babak yang dilihat agak melucukan dan menarik minat kita untuk terus bersama menghadap filem tersebut.

Antara babak yang best dan menarik adalah ketika penduduk kampung masuk bersama-sama dengan Awie ke dalam rumah Kak Limah tue, memang best la babak tersebut. Hehehe… Filem yang santai ini juga sedikit sebanyak me“release” kan saya dari penat bekerja di pejabat.

Walaupun seram itu agak kurang ketika menonton filem ini, tetapi meremang jugak bulu roma nie… hehehe… Tapi memang lucu habis la filem nie.. Tak kering gusi dibuatnya. Penuh sesak ketika menonton file mini dan ianya ternyata sungguh menghiburkan.

Dengar khabar filem ini sudah hampir mencecah RM8.12juta, wow satu angka yang cukup luar biasa dan ini boleh dikatakan antara filem Melayu yang tinggi dari segi kutipannya. Ternyata alihan para penonton terhadap filem Melayu sudah semakin bertambah.




Saya juga jika diberi peluang untuk memberi bintang kepada filem “Hantu Kak Limah Balik Rumah” nie, saya akan beri 4 bintang kerana 1 bintang lagi tu saya tak kasi disebabkan pengakhirannya kurang best. Yang lain dah best tapi masa babak akhir tue, dah mendatar jadinya.

Apa-apa pun saya ucapkan “Tahniah” kepada team produksinya yang cukup kuat dalam memberi hidangan filem yang santai dan menggelikan hati seperti filem ini. Tahniah!

“Bersama Menyokong Filem Melayu”

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH

Friday, January 28, 2011

Senyum Itu Satu Sedekah...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Petang ini saya ingin membawa semua sahabat-sahabat dan pembaca blog saya ini mengenai satu lirik yang cukup saya kagumi berkenaan dengan “Senyum”. Senyum pasti akan menyerlah kejernihan dan keindahan semua pabila orang sekeliling memandang kea rah kita. Insyaallah…

Senyuman itu juga kadang kala member satu kebaikan kepada setiap mata yang memandang. Jom hayati lirik lagu “Senyum”. Terimalah dari saya,



SENYUM - Raihan

Manis wajahmu kulihat di sana
Apa rahsia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat kulihat
Mesra wajahmu dengan senyuman

Senyuman... senyuman
Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah
Tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Hati yang gundah terasa senang
Bila melihat senyum hatikan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati

Senyumlah senyumlah
Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah

Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Itulah sedekah yang paling mudah
Tiada terasa terhutang budi
Ikat persahabatan antara kita
Tapi senyum jangan disalah guna
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah


P/s : Senyum-senyumlah selalu, Insyaallah hati akan tenang juga selalu…he3 =)

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Cikgu Semangat, Rakyat Hebat...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Cikgu merupakan seorang insan yang tidak mengenal erti mudah putus asa. Cikgu juga sering dikaitkan dengan sifat sabar yang tinggi dalam hari-hari mengajar anak muridnya yang penuh dengan ragam masing-masing. Cikgu juga merupakan seorang insan yang berjiwa kental dalam memartabatkan anak bangsa di persada ilmu yang penuh kepelbagaian.

Cikgu juga merupakan seorang insan yang mempunyai sifat jati diri yang tinggi terhadap agama, bangsa dan negara. Cikgu juga merupakan seorang pendidik yang akan mengembalikan maruah bangsa dan agama serta negara dengan ilmu yang diajarnya kepada anak bangsa kita.

Perdana Menteri, Polis, Saintis, Peguam dan sebagainya merupakan manusia-manusia yang berjaya dalam bidang masing-masing, tetapi tahukah anda semua bahawa dari mana datangnya ilmu yang mereka pelajari itu? Siapakah insan yang bertanggungjawab memberi tunjuk ajar kepada mereka? Sehingga mereka ini kenal apa itu, A,B,C dan 1,2,3.

Masyarakat sekeliling perlulah melihat perkara itu sebagai satu kekuatan untuk kita terus membangunkan anak bangsa terutamanya dengan didikan Islam yakni ikutan bagi Umat Manusia di akhir zaman ini. Saya percaya jika kita semua sedar akan perkara ini, Insyaallah kita masih mampu untuk berubah dari semasa ke semasa.

Kekuatan jasmani dan rohani juga perlulah seiring bagi membolehkan ianya dijadikan acuan sebagai kekuatan untuk terus membangunkan anak bangsa. Cikgulah insan kedua selain ibu ayah di rumah yang memberi tunjuk ajar dan didikan agama kepada anak masing-masing. Jika kita melihat bekas cikgu dicalonkan sebagai wakil rakyat di mana-mana tempat, ianya suatu peluang yang perlu direbut supaya memilihnya kerana banyak sebenarnya yang boleh diperjuangkan oleh insan yang berpengalaman itu.

Walaupun berlainan bidang pada sebelumnya tetapi persamaan terhadap kerjaya tersebut masih ada terutamanya iaitu matlamat memperjuangkan ISLAM. Ianya sudah menjadi satu tanggungjawab setiap umat manusia supaya menegakkan Agama Allah yakni ISLAM. Pejuang bangsa juga boleh dikatakan terutamanya bekas Cikgu Bahasa Melayu yang begitu tekun dan tidak mengenal erti putus asa untuk memperjuangkan Bahasa Ibunda iaitu Bahasa Melayu.

Itulah sebenarnya perjuangan yang didambakan oleh rakyat sekeliling selain keluhan dan luahan hati yang masih berbunga-bunga dilemparkan kepada pemimpin lepas. Oleh itu, marilah bersama kita fikirkan apa sebenarnya matlamat perjuangan pemimpin yang akan memimpin rakyat di DUN Tenang. Insyaallah…

Mesti ramai yang agak terkejut pada penulisan kali ini kerana lebih ke arah politik Malaysia. Tetapi ini adalah sekadar kongsian pendapat saya sebagai pemerhati dan peminat Politik Malaysia. Saya bukannya ingin mempengaruhi mana-mana pihak atau terlibat dalam Politik Malaysia ini tetapi sekadar kritikan membangun untuk masa depan Politik Malaysia.

Rakyat-rakyat di Tenang perlulah berfikir panjang supaya memilih pemimpin yang terbaik dan tidak termakan dengan propaganda FITNAHAN, TUDUHAN atau PROVOKASI yang ditujukan kepada kedua-dua calon. Saya juga hairan kerana boleh kata setiap kali PilihanRaya Kecil, pasti diluluskan apa-apa peruntukkan semasa sedang berkempen tetapi kenapa tidak ketika pemimpin sebelum itu sedang memimpin kawasan tersebut? Itu merupakan satu persoalan yang ingin saya lemparkan kepada mereka yang dinamakan sebagai Pejuang Rakyat.

Bersamalah kita menanti keputusannya pada 30 Januari 2011, siapakah yang akan menangi Kerusi DUN Tenang pada PRK kali ini. Insyaallah, sama ada di pihak Kerajaan mahu pun pihak Pembangkang, kedua-dua Calon mempunyai kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Yang mendapat undian tertinggi sahajalah yang akan dianggap pemenang bagi pemilihan 2 penjuru kali ini.

Saya ulangi sekali lagi, penulisan kali ini bukanlah sebagai penglibatan saya dalam mana-mana parti politik tetapi sekadar pendapat saya sebagai seorang pemerhati dan peminat Politik Malaysia.

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Thursday, January 27, 2011

Lupa Diri, Orang Pun Lari...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Saban hari, kita seringkali diperhidangkan dengan berita-berita melalui kawan-kawan, sahabat-sahabat dan sebagainya berkenaan dengan rakan yang sering “Lupa Diri”. Lupa diri di sini membawa maksud apabila seseorang itu di atas, dia mulai lupa diri dengan kemewahan dan segala apa yang ada dan apabila berada dalam kesusahan mulalah dia tergapai-gapai mencari sahabat yang sebelum ini dia lupai.



Perkara ini bukanlah satu rekaan atau palsu, tetapi itulah kebenaran yang diceritakan oleh seorang rakan saya kepada saya. Memang benar, pahit untuk kita telankan tambah pula perkara ini memang tidak pernah kita jangkakan. Betul atau tidak, itulah antara permainan yang akan kita alami tatkala kita melangkah ke alam dewasa.

Perkara seperti ini bukanlah medan untuk kita berduka atau bersedih tetapi sebenarnya mempunyai hikmah disebalik setiap kejadian yang berlaku. Kita sepatutnya memuhasabahkan semula terhadap diri kita dan bersama mendekati Allah Taala.


“Bersabar Itu Separuh Daripada Iman”

Memang benar, kita di usia sebegini perlulah pertingkatkan dan praktikkan sifat “Sabar” itu ke dalam diri kita, kerana kita masih di usia muda iaitu di akhir belasan tahun dan awal 20-an. Kenapa kita perlu sabar? Itulah antara persoalan yang kita sering bangkitkan jika kita disuruh bersabar sedangkan kita yang alami apa itu kepahitan situasi yang sedang kita berdepan.

Bersabar itu merupakan satu sifat yang membuatkan diri kita untuk dekatkan diri kepada-Nya dan berbanyak mengingati-Nya sama ada ketika kita mempunyai masalah atau tidak. Apa yang sering diperhatikan, manusia mudah lupa apabila memperolehi kemewahan dan terus alpa dengan apa yang ada dan mula kembali ke jalan-Nya pabila mengalami kecelakaan.

Itulah antara sifat angkuh yang sering kita lakukan. Saya di sini sekadar berkongsi pandangan berhubung dengan sifat manusia yang sering kali “Lupa Diri” dengan kemewahan, pangkat dan sebagainya serta tidak memandang sekeliling apa sebenarnya yang berlaku dan berkongsi bersama-sama nikmat Allah yang diperolehi itu.

Bermuhasabahlah sebelum terlambat kerana selagi kita berasa takut kepada Allah, selagi itulah Iman kita masih ada di dalam hati. Insyaallah… Berbalik kepada penulisan kali ini yang lebih mengenengahkan penulisan berkaitan dengan “Lupa Diri” ini sebenarnya memberi satu pengajaran kepada kita semua dan jadikanlah perkara itu sebagai satu peringatan buat kita yang bergelar pemimpin dan bakal-bakal pemimpin.

Kerana perkara seperti itu banyak kesan negatifnya berbanding positifnya. Berfikirlah secara rasional dan selalulah mengingati Allah Taala agar kita terus terpelihara dengan sifat sabar yang tinggi. Percayalah, setiap kemewahan, pangkat, kecantikkan dan sebagainya itu hanyalah bersifat sementara dan tidak kekal lama, dan perkara yang kekal lama dan membawa kesan kepada orang sekeliling adalah sifat kita yang lemah-lembut, tidak sombong dan mudah bermesra dengan orang.

Insyaallah…saya di sini mengingati sekali lagi kepada diri saya sendiri dan sahabat-sahabat sekalian serta pembaca blog yang lain agar tidak menanam sifat LUPA DIRI dan tidak mengamalkannya di kala kita berada di atas kerana kelak kemudian hari, kita sendiri yang akan memahami apa sebenarnya yang ada disebalik sifat keangkuhan kita itu.

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Sunday, January 23, 2011

Agi Idup Agi Ngelaban...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Agi Idup Agi Ngelabanmerupakan satu pepatah iban yang begitu memberi maksud mendalam kepada kita selaku umat manusia yang masih berjuang di muka bumi Allah ini. “Berjuang Selagi Nafas Masih Ada” inilah yang dimaksudkan daripada pepatah iban tadi.




Banyak skop boleh diperkembangkan daripada satu punca iaitu daripada pepatah tersebut. Perjuangan Menegakkan Keadilan, Perjuangan Mencapai Cita-Cita, Perjuangan Dalam Pembelajaran, Perjuangan Dalam Menegakkan Agama Allah dan berbagai lagi yang boleh kita sebutkan jika perkataan perjuangan itu diperluaskan.

Berbalik kepada situasi semasa sekarang ini iaitu sebagai insan yang masih bergelar seorang penuntut ilmu atau mahasiswa di sebuah institusi pengajian tinggi awam, erti perjuangan untuk terus memperolehi berbagai-bagai jenis ilmu sama ada berbentuk teori, praktikal, kepimpinan dan sebagainya lagi, ia sudah cukup untuk menggerakkan hati saya ini bagi terus melangkah berjuang dalam mencapai impian yang telah dihajati.

Usaha Tangga Kejayaan…

Dengan usaha juga akan dapat memastikan kita terus berjuang dalam mencapai target atau sasaran yang kita sendiri kenal pasti apa sebenarnya yang kita impikan. Ramai di kalangan kita masih kabur dan masih kurang jelas apa sebenarnya yang ingin kita miliki. Miliki cinta? Miliki Harta? Miliki Wanita? Miliki Kekayaan? Miliki Kecantikan?

Semua itu sebenarnya menjadi idaman dan menjadi impian masing-masing tetapi sedarkah kita bahawa impian itu tidak semuanya kekal jika kita mengabaikan untuk berjuang ke jalan Allah. Kerananya untuk mencapai keredhaan Ilahi, kita perlulah sentiasa mengingati-Nya dan perlulah ikhlas fi sabilillah.

Berbalik kepada maksud usaha pula, kita sebagai seorang yang masih belajar, tidak perlulah mengalah dan mestilah terus berusaha untuk melonjak terus ke hadapan kerana persaingan sesama sendiri sekarang begitu kuat dan releven jika dikatakan ianya sebagai satu langkah untuk kita perolehi kekuatan yakni semangat diri untuk terus perolehi kejayaan.

Persaingan sesama sendiri inilah yang akan memberi kita kekuatan untuk menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik. Betul atau tidak, siapa di antara yang mahu gagal dalam sesebuah perjuangan? Kegagalan akan kita perolehi jika kita alpa dan leka.

Memang benar, kegagalan itu kadang-kala mengajar untuk kita bertindak dengan lebih teliti dan berhati-hati. Tetapi percayalah, jika kita terus memahami dan mempercayai kekuatan diri, Insyaallah…kita pasti akan perolehi kejayaan yang kita impikan. Tidak kiralah berapa lama kita berjuang untuk memperolehinya.

Akhir kata, teruskanlah berjuang dalam menuntut ilmu, agar kehidupan terus diwarnai dengan liku-liku kehidupan seorang mahasiswa. Insyaallah…

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Monday, January 17, 2011

Suka Duka Latihan Industri 1...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Hampir 2 minggu saya menyepi dari sebarang penulisan disebabkan kesibukan setelah bergelar seorang “Pekerja”. Banyak sebenarnya yang ingin saya kongsikan di sini sebagai tempat untuk saya luahkan pahit manis setelah hampir 3 minggu berkhidmat di Firma Firdaus & Associates di Taman Melawati.

Pertamanya, apa yang boleh saya kongsikan adalah berkenaan dengan kepercayaan dan sokongan yang diberikan oleh pegawai dan penilai di situ yang begitu “terbaik” memberi tunjuk ajar walaupun saya kadang-kadang kebingungan dengan perkara baru.

Saya juga diberi kepercayaan untuk melukiskan plan bangunan untuk Banglo yang berjuta-juta ringgit, membuat inspection untuk harta tanah kilang, membuat pengiraan bagi penilaian harta tanah strata, membuat evidence dan pelbagai lagi yang boleh dikatakan sebagai ilmu baru yang patut saya ambil.

Keseronokan itu juga membuatkan saya begitu “Berkobar-kobar” untuk pergi bekerja walaupun kadang-kadang amat memenatkan badan. Tapi selagi masih boleh bertahan, saya akan cuba buat yang terbaik. Insyaallah… Saya ingin sangat berkongi pengalaman ini bersama-sama junior-junior saya tetapi kesibukan yang membataskan untuk saya membuat sedemikian.

Saya pernah terfikir, “kenapa semasa saya di tahun1, para senior tidak berkongsi atau diadakan satu pertemuan hujung minggu antara mentee-mentor untuk berkongsi pengalaman supaya apa yang kita belajar di dunia realiti dikongsikan bersama dengan mahasiswa yang sedang belajar, betul tak???”

Tapi, apa-apa pun masa telah berlalu, so, sekarang kita perlu pandang ke hadapan supaya tidak tergelincir di mana-mana. Hehehehe….


Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
Wan_hazem90@yahoo.com

Wednesday, January 5, 2011

LI...Oh LI...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Berjumpa kembali setelah beberapai tidak menulis disebabkan kesibukan yang melanda setelah bergelar seorang mahasiswa yang menjalani Latihan Industri di Firdaus & Associates Property Professional Sdn Bhd yang terletak di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, setelah 3 hari berada di sana sudah menunjukkan beberapa peningkatan terhadap diri saya terutamanya melibatkan beberapa kerja atau tugas yang telah diberikan kepada saya serta rakan sekerja saya (juga mahasiswi UTM IC) iaitu Izyan Ayuni Bt Isamail.

Pelbagai pengalaman dapat dikutip untuk menjadi bekalan sebelum bekerja nanti. Antara tugas-tugas yang telah saya lakukan adalah membuat pengiraan luas kawasan, pengiraan sewa, memasukkan lampiran, membuat appendixes, rancangan tempatan, melukis pelan kawasan, melukis pelan rumah dan sebagainya lagi.

Selain itu, walaupun penat dan meletihkan ketika berhadapan dengan banyak kerja yang perlu dilakukan sejak 3 hari ini tetapi ianya tidak membantutkan semangat saya untuk terus ke hadapan setelah kekecewaan pertama saya ketika bekerja di syarikat sebelumnya yang terletak di Alor Star, Kedah.

Pembelajaran secara amali ini sungguh membuatkan saya berfikir betapa bezanya suasana bekerja dan belajar. Perbezaan ini yang menyebabkan sedikit keterbukaan terhadap mahasiswa untuk terus berjaya dalam bidang ini. Insyaallah.

Menjadi lumrah apabila setiap yang mahasiswa yang berpraktikal ini akan menjalani Latihan Industri di tempat-tempat yang berbeza mengikut kehendak masing-masing. Ianya sebagai persediaan awal kita sebelum benar-benar bergelar seorang yang bekerjaya pada suatu hari ini nanti.

Oleh itu, saya menyeru kepada seluruh mahasiswa yang sedang dan akan menjalani Latihan Industri, kutiplah pengalaman sebanyak mungkin untuk masa depan masing-masing. Insyaallah…kita sesama insan hanya mampu mendoakan untuk kesejahteraan masing-masing dan seluruh saudara kita yang lain.


Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Sunday, January 2, 2011

Selamat Tahun Baru 2011...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Di kesempatan yang ada ini, saya ingin mengucapkan "SELAMAT TAHUN BARU 2011" kepada seluruh kenalan saya terutamanya di Universiti Teknologi Malaysia International Campus serta kenalan saya di ABIM, SRIAS, MMAS, SMTL, PLKN, PTSB dan sebagainya lagi.

Berazamlah walaupun sekali pada tahun ini demi kejayaan anda pada masa akan datang. Ingatlah, tiada perubahan yang boleh dilakukan orang lain terhadap diri kita melainkan kita sendiri yang ke arah untuk mengubah hidup kita.

Jadikanlah pengalaman dan kegagalan kita pada tahun 2010 yang lalu sebagai kekuatan untuk diri kita meneruskan liku-liku kehidupan yang seterusnya. Percayalah pada diri anda bahawa Tahun 2011 pasti akan peroleh sebuah kejayaan yang tidak dijangkakan. Insyaallah... Dan yang paling penting, janganlah sesekali mengabaikan tanggungjawab seorang hamba-Nya kepada Yang Maha Esa.

Buktikanlah kepada ibu ayah, keluarga, saudara dan seluruh kenalan anda, yang anda boleh berjaya pada masa akan datang dengan ilmu yang penuh di dada dan kemahiran serta kebolehan yang ada pada diri anda. Insyaallah...

Sekali lagi di sini saya ingin ucapkan,

"Meningkatkan Daya Usaha, Mengecapi Kejayaan Bersama"

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus

Now I Do / Ku Tahu...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Sempena tahun baru 2011 ini, saya ingin berkongsi satu lirik lagu yang cukup kuat mesejnya iaitu Now I Do / Ku Tahu, nyanyian Waheeda. Lagu ini merupakan antara lagu kegemaran saya yang cukup menyentuh hati pabila menghayati bait-bait lirik yang diungkapkan. Terimalah dari saya,

NOW I DO / KU TAHU

Once I was lost in the dark
Blind to the lights
Wandering alone in plight…
Each step brought nowhere to sight
My heavy heart
Wanting to impart….

Darkness is questions that hide in my mind
Would I be able to find
Happiness sought or do I stay behind

I never knew how far I could go
But Now I do…


Disuatu masa dulu
Senyum tawa
Dicabuli duka…
Langkah menjadi rangkak
Rantai menggari
Gerak nadi…

Melutut ku menadah rayuan
Musykil ku tiada kekuatan
dalam ronta dihulurNya Tangan
tiada pasti tetapi kini
Ku tahu….


Once all my tears killed my smiles
Wiped them away
Through my heart cried stay…
Each day each pace of my life
Slowed down as though I’m
Chattel in chains….

Down on my knees with my head to the sky
Searching for answers to “why”?
Hands held up high
Then He helped me to rise…

I never knew how strong I could be
But now I do…


Life’s a promising gain
Weakness into strength
Twice stronger towards pain…


Hakikat duniawi
Keberanian menggapai mimpi…
I have learnt that life…

Di suatu masa dulu
Kehilangan
Gelap hambar sendu
Berat dada menahan
Persoalan
“Ke mana tujuan?”


Langkah kakiku tanda tanya
Dapatkah ku bersama
Bahagia atau keciciran..

Tiada pasti tetapi kini
Ku tahu….


Then I look back at my life
When choosing a lane
Was not without struggling to be sane…

The light that was blinding to me
Guided me through
The plight, the chains of time


Dan ku imbas kembali
Perbalahan
Kewarasan diri….
Cahaya yang mengaburkan
Kini menemani
Rangkak yang berlari…



P/s : Semoga kehidupan kita terus diberkati Ilahi…Insyaallah…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH

Percubaan Kedua bagi LI...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Percubaan kedua untuk Latihan Industri merupakan satu semangat baru yang perlu aku lakukan dan teruskan. Walaupun terpaksa berhadapan dengan 1001 pertanyaan oleh rakan-rakan tetapi itulah keputusan yang perlu aku lakukan juga demi kebaikkan diri sendiri.

Kali pertama melaksanakan tanggungjawab bagi Latihan Industri ini di Fadzilah & Fikri Sdn Bhd (Alor Star, Kedah) sudah cukup memberikan 1001 persediaan yang rapi untuk aku teruskan buat kali kedua di Firdaus & Associates Property Profesional Sdn Bhd (Taman Melawati Kuala Lumpur).

Pertukaran yang berlaku ini hanya sekelip mata saja dan terpaksalah aku berhijrah kembali ke kota metropolitan Kuala Lumpur untuk meneruskan perjalanan Latihan Industri bagi diri aku ini. Kali ini, aku tidak keseorangan kerana rakan sekelas aku juga di tempat yang sama iaitu Saudari Izyan Ayuni.

Maka akan bermulalah pengalaman aku melaksanakan tanggungjawab aku di firma baru ini mulai 3 Januari 2011. Insyaallah, dengan ilmu yang aku ada, aku akan buat yang terbaik dan aku akan kutip sebanyak mungkin pengalaman aku di tempat kerja tersebut.

Untuk terus berjaya, aku perlu banyak bersabar dan tunjukkan disiplin yang baik agar terus disenangi oleh pekerja-pekerja di situ. Insyaallah, dengan sokongan dari keluarga dan sahabat-sahabatku semua, aku akan buktikan kecemerlangan diri ini merupakan milik kita bersama. Insyaallah…

Kepada pembaca blog semua, doakan untuk diri aku dan sahabat-sahabat aku yang lain, yang sama-sama menjalani Latihan Industri di firma pilihan masing-masing. Insyaallah…

Sekian, Wallahua’lam..

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Di Sebalik Permasalahan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Membuat sebarang keputusan merupakan satu perkara yang begitu memberi kesan terhadap diri kita. Ia disebabkan setiap tindakan yang kita lakukan sama ada ianya membawa ke arah kebaikkan mahu pun ke arah keburukkan. Tetapi itulah yang patut kita teruskan untuk meneruskan perjalanan liku-liku kehidupan kita.






Memang benar, sesekali tindakan yang kita lakukan pasti akan ada sahaja perkara sampingan yang akan berlaku. Itulah sebenarnya yang dinamakan kehidupan yang hakiki. Kita tidak boleh lari dari sebarang permasalahan walaupun kita ini mempunyai pangkat atau darjat.

Perkara seperti itu sebenarnya mematangkan kita dalam sehari-hari kita meneruskan langkah bagi mencorak kehidupan yang kita bina ini. Begitulah juga jika kita bergelar suami isteri. Permasalahan seperti ini yang dinamakan asam garam dalam berumah tangga.

Kita bukan meminta perkara seperti ini berlaku dan tidak pernah terfikir pun ianya akan berlaku, tetapi itulah sebenarnya qada’ dan qadar yang telah tersurat sejak azali lagi yang diberikan Allah kepada hamba-Nya di muka bumi ini.

Saya pernah dinasihati dan diberitahu oleh seorang hamba Allah yang saya percayai sejak dulu lagi, beliau sering berkata bahawa jika kita mempunyai masalah, ini bermakna Allah sayang pada kita dan kita dianggap bertuah kerana kita dapat atasi setiap masalah yang berlaku itu. Kerana setiap permasalahan itu, pasti ada hikmah di sebaliknya.

Sepanjang Tahun 2010, pelbagai permasalahan berlaku dan ianya merupakan paling memberi kesan kepada hidup saya terutamanya apabila difitnah di blog dan dikritik hebat oleh seorang “tuuut” sehingga berani mengugut untuk menyaman diri saya dan portfolio saya. Tetapi Alhamdulillah, sekiranya kita di pihak yang benar, ALLAH akan bersama-sama dengan kita.

Ingatlah, selagi kita berhadapan dengan sabarang permasalahan yang kita tidak pernah jangkakan, janganlah sesekali kita lupakan kepada-Nya kerana hanya pada-Nya saja ketika bergantung dan memohon pertolongan dan diberi petunjuk.

Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi perkara sedemikian kerana ia merupakan satu perkongsian yang sepatutnya kita fikirkan dan kita hayati. Kerana di akhir zaman ini, ramai belia remaja kita kecundang dan tersungkur dalam menghadapi permasalahan yang berlaku sehingga terpaksa melakukan kemungkaran semata-mata bagi melepaskan tekanan yang dialami.

Cuba kita perhatikan rakan-rakan dan masyarakat di sekeliling kita, di dada-dada akhbar dan sebagainya lagi, dan kita akan dapat lihat setiap ragam manusia yang kecundang dan terpaksa melakukan perubahan diri bagi melenyapkan masalah yang dihadapi termasuklah melakukan perkara-perkara yang sia-sia dan membuang masa.

Pernahkah anda tertanya, kenapa Mat Rempit, Bohsia dan sebagainya terpaksa meneruskan kehidupan mereka seperti itu??? Kehidupan yang dianggap seperti sia-sia sahaja hidup di muka bumi ini. Percayalah, rata-rata di kalangan mereka itu pasti mempunyai masalah seperti diabaikan oleh keluarga, percintaan, pergaduhan ibu ayah dan sebagainya lagi.

Dan apa yang ingin saya beritahu di sini, kita sepatutnya sedar akan perkara ini kerana generasi akan datang belum tentu sama seperti sekarang dan berkemungkinan akan lebih membahayakan. Adat Timur dan berpaksikan Islam lebih perlu ditekankan di sini kerana Ilmu agama itu sendiri semakin pudar sehinggakan dilaporkan hampir 100,000 remaja kita murtad.

Oleh itu, saya menyeru kembali agar kita sama-samalah memuhasabahkan diri dan berazam untuk terus majukan diri dan memantapkan ilmu agama dan pemikiran kita bagi menegakkan Agama Allah. Insyaallah…

Sekian, Wallahua’lam…


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com