Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...
Sejak kebelakangan ini, pelbagai masalah berkaitan dengan kawan, rakan serta sahabat. Memang boleh dikatakan bahawa rakan dan sahabat itu menjadi tempat yang paling hampir untuk kita berkongsi masalah. Tempat untuk kita mencari keriangan dan kegembiraan. Tempat untuk kita meluahkan perasaan.
TETAPI, kita mestilah setia BERINGAT bahawa tidak semua kawan dan rakan boleh dijadikan sebagai sahabat. Kerana pelbagai gelagat dan ragam dapat saya jadikan sebagai pengajaran untuk diri saya dan sebagai renungan semua pembaca blog. Tidak kira kawan sekuliah mahupun sepermainan. Saya tidak akan cakap sebegitu sekiranya saya tidak alaminya. Saya bukannya untuk tujukan pada mana-mana pihak tapi sekadar ingat mengingat-ingati antara saya dan seluruh kawan-kawan sempena Bulan yang mulia dan penuh barakah ini.
Sebagai menghayati maksud kawan, rakan mahupun sahabat, saya telah mengilhamkan satu puisi yang berkaitan dengannya. Maka, terimalah dari saya,
SAHABAT TERISTIMEWA...
Dalam persahabatan ini…
Aku tercari-cari pengertian
Pertakrufan dan makna sahabat
Adakah peneman
Di saat keriangan dan kegemilangan?
Atau pendamping
Di saat kekecewaan menguasai diri?
Ikatan persahabatan ini…
Ku tatapi wajah saudaraku
Ku renungi wajah temanku
Ku tenungi wajah rakanku
Kejernihan apa yang terpancar?
Kilauan apa yang memancar?
Pancaran apa bakal ku terima?
Adakah kawan makan kawan?
Atau sahabat sehidup semati?
Simpulan persahabatan ini…
Rakan persis samudera
Kawan persis ombak gelora
Teman persis mutiara
Sahabat persis insan teristimewa…
Nukilan,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com
Tuesday, August 24, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment