Wednesday, July 6, 2011

Terkini Tentang Bersih 2.0...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Sedikit kelegaan apabila melihat dan membaca beberapa artikel di Berita Harian Online, Harakahdaily dan sebagainya lagi berkenaan dengan Perhimpunan Aman Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang dipengerusikan oleh Dato’ Ambiga Sreenevasan yang akan bertukar tempat ke sebuah stadium yang masih belum diumumkan.

Berikut adalah kenyataan dari Dato’ Ambiga Sreenevasan (Sumber – Berita Harian) :

“Pertemuan kami dengan Baginda selama hampir sejam itu berjalan dengan baik selain turut memberi peluang kepada kami untuk menjelaskan tujuan sebenar perhimpunan itu diadakan.

“Kita setuju untuk mengadakan perhimpunan BERSIH ini di stadium 9 Julai ini.... tiada lagi perhimpunan jalanan seperti yang dirancang sebelum ini. Bagaimanapun lokasi stadium belum ditetapkan.

“Malah, kita juga sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa dan kerajaan bagi menyelesaikan isu ini,”.



Berikut pula kenyataan dari Dato’ Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia (Sumber – Berita Harian) :

"Kita sedia untuk berjumpa dengan pihak berkenaan supaya perhimpunan itu diadakan di stadium dengan syarat mereka akan pergi dengan aman, mengadakan perhimpunan dengan aman dan mereka akan balik dengan aman,"

Oleh itu, semua rakyat Malaysia bebas untuk membuat sesuatu keputusan sama ada untuk menghadiri Perhimpunan Aman di Stadium (masih belum diumumkan) atau tidak. Kerana setiap rakyat mempunyai hak sama ada untuk mengkaji mana baik dan buruk sesuatu keputusan yang telah dibuat.

Saya juga berharap agar seluruh tahanan yang disabitkan dan dikaitkan dengan Bersih 2.0 yang hampir 100 lebih ditahan di seluruh negara dibebaskan serta-merta kerana mereka ini tidak bersalah sepertimana yang digempar-gempurkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Semua menteri-menteri yang berkaitan yang membuat kenyataan di akhbar juga sepatutnya ditarik semula terutamanya Menteri Pengajian Tinggi supaya memberi kebebasan kepada seluruh mahasiswa untuk turun mendengar hujah-hujah daripada penganjur Bersih 2.0. Inilah masa untuk mahasiswa mengkaji dan meneliti apa sebenarnya yang dituntut oleh pihak Bersih 2.0.

Di sini juga, saya ingin memberi cadangan kepada pihak-pihak yang terlibat supaya menemukan dan mengadakan Forum atau Sesi Perdebatan secara terbuka antara pihak Penganjur Bersih 2.0 dengan pihak yang dikaitkan iaitu Pihak Kerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Mungkin ini kelihatan lebih baik untuk rakyat Malaysia melihat hujah-hujah dan soal-jawab antara kedua-dua pihak ini dan seterusnya menilai adakah wajar tuntutan Bersih ini.



Akhir kata, saya amatlah berharap agar semua pihak terus berusaha untuk menjaga keamanan negara dan melakukan yang terbaik untuk rakyat terutamanya mereka-mereka yang hidup di pendalaman dan sebagainya. Berdirilah dengan ilmu bukannya hawa nafsu ! Berdirilah untuk ke jalan Allah bukannya untuk kepentingan peribadi !

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

2 comments:

-peace- said...

semakin teruk politik kat malaysia nih...menyedihkan....

WMHMY said...

yang teruknya, apabila demokrasi dan kejujuran tak dilakukan sebaik mungkin... =)