Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
‘Suka’ atau ‘Duka’ yang akan mengiringi diriku dan sahabat-sahabat yang seangkatan denganku pada esok hari? Mungkin ada yang akan menangis kegembiraan apabila menerima berita yang menggembirakan ! Mungkin juga akan ada yang menangis kekecewaan menerima berita itu !
Apa yang pasti, aku dan sahabat-sahabatku perlu bertenang dan sentiasa berdoa dan tawakal untuk memastikan ‘Berita Gembira’ itu adalah milik kita semua. Insyaallah… Semuanya adalah gara-gara menunggu keputusan kemasukan lepasan Diploma ke Ijazah Sarjana Muda (UPU) yang akan diumumkan mulai esok hari (Jumaat – 15 Julai 2011, 12tengahari).
Aku akan sentiasa mendoakan agar kesemua sahabat-sahabatku terutamanya graduan-graduan Diploma Pengurusan Harta Tanah Universiti Teknologi Malaysia International Campus (sesi 2008-2011) dan mereka-mereka yang se ‘batch’ dengan saya turut menerima berita gembira. Insyaallah…
Sekarang ini, aku hanya mampu untuk menenangkan diriku saja, ada rezeki ada la untuk diriku. Takda rezeki, maka takda la… Aku hanya mampu bertawakal sahaja sekarang dan terus berdoa agar aku meraih berita gembira pada esok hari.
Kepada sahabat-sahabat yang lain jangan lupa, nantikan keputusannya pada esok hari. Dan sahabat-sahabat semua boleh layari laman web ini untuk membuat semakan keputusan UPU iaitu http://upu.mohe.gov.my mulai 12.00tengahari (15/7/2011) atau taip UPU RESULT [NO. IC] dan SMS ke 15888.
Selamat Berjaya untuk semua… Insyaallah…dan doakan KEJAYAAN untuk diri saya... =)
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com
Thursday, July 14, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment