Monday, July 4, 2011

Pemimpin 'EGO' Takkan Ke Mana...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa” itulah ungkapan yang sesuai saya tujukan kepada mereka-mereka yang lagaknya saja seperti seorang pemimpin tetapi kaku dan takut untuk berhadapan dan menyelami isi hati anak buahnya.

Takut bukan bermaksud lari dari medan perang ! Takut juga bukan bermaksud takut dengan hantu ! Tetapi takut untuk menyatakan bahawa anda adalah seorang pemimpin yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan permasalahan yang berlaku. Takut untuk berhadapan dengan apa jua risiko yang mendatang.

Jika anda menyatakan anda adalah seorang pemimpin, tidak wajar rasanya anda mempertikaikan seorang mahasiswa biasa semata-mata untuk menyokong kata-kata anda atau mengatakan bahawa anda adalah seorang yang ‘perfect’ ! Anda sebenarnya takut untuk berhadapan dengan kenyataan !



Hal ini sepatutnya difikirkan kembali oleh seluruh pemimpin mahasiswa tidak kiralah di mana ada berada, selagi anda menjawat jawatan tersebut, janganlah terlalu bongkak dan angkuh dalam memastikan bahawa anda sahaja yang benar ! Cubalah memahami isi hati anak buah anda supaya tidak berlaku persengketaan yang dianggap sebagai satu tindakan ‘Bodoh’ yang dilakukan oleh pemimpin tersebut.

Perkongsian ini dibuat bukan untuk mengkritik mana-mana pemimpin mahasiswa tetapi teguran beradab dari saya sebagai Mantan Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC sesi 2009/2010. Kerana saya melihat sedikit ketidakadilan yang dilakukan oleh pihak anda itu terhadap mahasiswa baru yang masih bertatih dalam menyesuaikan diri sini.

Memang benar saya tiada hak untuk mempertikaikan kredibiliti anda tetapi anda kena faham bahawa anda bukanlah orang yang benar-benar saya hormati dan anda hanya boleh dan bernas dalam memberi idea tetapi anda masih belum sampai ke tahap yang benar-benar merealisasikan idea anda itu. Cermin diri anda dahulu sebelum menghentam anak buah anda !

Noktah ! Terima kasih kepada beberapa orang ‘adik-adik junior’ yang sentiasa berkongsi ilmu dan masalah anda dengan saya dan saya percaya anda lebih baik dari pemimpin ‘ego’ tersebut. Dan saya mohon maaf jika penulisan ini dianggap keterlaluan. Dan kepada pemimpin tersebut, sedarlah diri agar tidak terus hanyut dengan jawatan yang sementara itu dan fahamilah isi hati anak buah anda sebelum membuat apa-apa tindakan.

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: